SJ-11-0079 : Jual-beli di surau, dewan pengajian, masjid?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0079 : Jual-beli di surau, dewan pengajian, masjid?

:salam

1. Apakah hukum bagi seseorang yang menjalankan transaksi muamalah di dalam sebuah dewan yang telah diubahsuai menjadi surau/madrasah?
Contohnya: rumah kedai dijadikan tempat pengajian ilmu, juga turut diadakan solat jamaah.
2. Adakah larangan bertransaksi dilarang dikhususkan hanya di masjid sahaja?

Terima kasih...

SJ-11-0079 : Jual-beli di surau, dewan pengajian, masjid?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr shahnor77 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Larangan jual-beli dimasjid hanya khusus kepada institusi 'masjid' sahaja. Ulama' khilaf dalam menentukan hukumnya. Ada yang memakruhkan dan ada yang mengharamkan. al-Shawkani didalam Nailu al-Authar menyatakan bahawa jumhur ulama' melarang berjual-beli diatas dasar makruh. Ada juga dikalangan beberapa ulama' mazhab Syafie menyatakan bahawa tidak dimakruhkan sama sekali perbuatan tersebut.

'Ala kulli hal, para ulama' mengatakan bahawa adalah lebih baik (awla) seseorang Islam itu menjauhkan diri dari melakukan jual-beli didalam masjid oleh kerana tempat ini dibina untuk beribadat kepada Allah, maka jika datang sesiapa yang melakukan transaksi didalam masjid, maka seolah-olah ia menjadinya sebagai pasar. Didalam Muwattha' Imam Malik ada meriwayat sesungguhnya 'Atha' bin Yasar pernah melintasi beberapa orang yang sedang berjual di masjid, dia berdo'a dan bertanya kepada mereka mengenai apa yang mereka inginkan? Maka mereka pun mengatakan bahawa mereka ingin menjual kepadanya, lalu dia berkata :

Úáíß ÈÓæÞ ÇáÏäíÇ æÅäãÇ åÐÇ ÓæÞ ÇáÂÎÑÉ
dir="ltr">"Bagi kamu ini adalah pasar dunia, dan sesungguhnya ini adalah pasar Akhirat"

Walaupun begitu, pasarana seperti surau yang fungsinya sama seperti masjid tidaklah wajar di jadikannya seperti sebuah pasar, lainlah kalau didalam situasi dewan awam yang kadang-kala diadakan kursus-kursus agama dan sebagainya. Perkataan 'Atha' bin Yasar diatas mengambarkan konsep prioriti atau aulawiyat harus di aplikasikan.

Sila rujuk kepada URL berikut untuk melihat perbincangannya :-

SJ - 2829 : Jual Beli dan iklan didalam masjid
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=17020

Sekian, wassalam

Rujukan :

Markas Fatwa dibawah pengawasan Dr Abdullah al-Faqih - Íßã ÇáÈíÚ Ýí ÇáãÓÌÏ
URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=23300&Option=FatwaId

خيرالأمين