SJ-08-0037 : Puasa 'Asyura' (minta respon segera)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0037 : Puasa 'Asyura' (minta respon segera)

Hadith daripada Ibn 'Abbas r.a. :

Íöíäó ÕóÇãó ÑóÓõæáõ Çááøåö Õáì Çááå Úáíå æÓáã íóæúãó ÚóÇÔõæÑóÇÁó æóÃóãóÑó ÈöÕöíóÇãöåö¡ ÞóÇáõæÇ: íóÇ ÑóÓõæáó Çááøåö: Åöäøóåõ íóæúãñ ÊõÚóÙøöãõåõ ÇáúíóåõæÏõ æóÇáäøóÕóÇÑóìٰ. ÝóÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøåö Õáì Çááå Úáíå æÓáã : «ÝóÅöÐóÇ ßóÇäó ÇáúÚóÇãõ ÇáúãõÞúÈöáõ¡ Åöäú ÔóÇÁó Çááøåõ¡ ÕõãúäóÇ Çáúíóæúãó ÇáÊøóÇÓöÚó ». ÞóÇáó: Ýóáóãú íóÃúÊö ÇáúÚóÇãõ ÇáúãõÞúÈöáõ¡ ÍóÊøóìٰ ÊõæõÝøöíó ÑóÓõæáõ Çááøåö

Maksudnya : “Ketikamana Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan baginda mengarahkan para sahabat untuk berpuasa hari hari tersebut. Para sahabat berkata kepada baginda : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari ‘Asyura ini adalah hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.” Lalu Nabi saw bersabda : “Apabila sampai tahun hadapan, insyaallah kita akan berpuasa bermula hari ke sembilan.” Seterusnya Ibn ‘Abbas menceritakan : “Belumpun sampai tahun hadapan (yang nabi berazam untuk memulakan puasa pada hari ke sembilan), baginda telah diwafatkan oleh Allah.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Berkenaan dgn hadis di atas, bolehkah kita HANYA berpuasa pd 10 Muharram shj?
Atau MESTI kita berpuasa pada 9 Muharram juga. Jika MESTI, bolehkah kita berpuasa pada 10 dan 11 Muharram (memandangkan da terlupa nak puasa 9 Muharram).
Pendapat yg mengatakan dibolehkan puasa pd 11 Muharram utk 'menggantikan' 9 Muharram ana dgr gitu² je.

Harap dpt penjelasan segera dr panel fikh. Sekian.

SJ-08-0037 : Puasa 'Asyura' (minta respon segera)

Wa'alaikumussalam

Alhamdulilah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ahchonx dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Imam al-Syafie rh. dan pengikutnya, serta Ahmad, Ishaq dan lain-lain mengatakan 'mustahab' (digalakkan) untuk berpuasa pada hari ke 9 dan ke 10, kerana Nabi :saw berpuasa pada hari ke 10 dan berniat untuk berpuasa hari ke 9.

Kenyataan ini menunjukkan bahawa puasa pada hari ke 9 adalah digalakkan. Lagi banyak dilakukan ibadat puasa sunat ini lebih baik. Namun demikian, bagi mereka yang ingin berpuasa 1 hari sahaja, iaitu pada 10 Muharram tidaklah menjadi masalah. Berkata Ibn Taimiyah rh. :-

ÕöíóÇãõ íóæúãö ÚóÇÔõæÑóÇÁó ßóÝøóÇÑóÉõ ÓóäóÉò æóáÇ íõßúÑóåõ ÅÝúÑóÇÏõåõ ÈöÇáÕøóæúãö
dir="ltr">"Puasa hari Asyura' menghapuskan puasa satu tahun, dan tidaklah menjadi makruh menjadikan satu hari untuk berpuasa" [al-Fataawa al-Kubra - 5].

Ibn Hajar al-haitami menyebut :-

æÚÇÔæÑÇÁ áÇ ÈÃÓ ÈÅÝÑÇÏ
dir="ltr">"Tidak ada masalah untuk berpuasa 1 satu bagi Asyura'" [Bab Saum al-Tatawwu'].

Kesimpulannya, dibenarkan berpuasa 1 sahaja pada 10 Muharram (Asyura'), dan bukanlah hukumnya makruh. Digalakkan berpuasa pada hari ke 9 juga. Ulama' mengatakan lebih banyak berpuasa lebih bagus. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين