SJ-13-0215 : Masalah Bid'ah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0215 : Masalah Bid'ah

Assalamualaikum Tuan Sheikh..

Saya ada dua kemusykilan, harap Tuan Sheikh dapat menyelesaikan kemusykilan tersebut:-

1) Saya ingin mengetahui samada perlaksanaan undang-undang jenayah syariah yang diamalkan di Mahkamah Syariah di negara kita pada masa kini adalah sesuatu yang tergolong di dalam kategori bid'ah dhalalah atau pun sebaliknya. Ini kerana undang-undang yang digunapakai tidak menepati ajaran-Al-Quran & As-Sunnah.

2) Bagaimana kedudukan seseorang yang dihukum di bawah undang-undang jenayah syariah yang ada pada masa kini, samada perlu mematuhinya atau sebaliknya, seandainya benar undang-undang jenayah yang digunapakai pada masa kini jatuh di bawah katogeri bid'ah dhalalah.

SJ-13-0215 : Masalah Bid'ah

:wassalam

al-Jawab:

1) Merubah syari'at adalah bid'ah. Kata al-Syatibi, "keluar menentang aturan2 agama yang telah baku (tsabit) dan merubah hudud syari'at yg telah ditetapkan adalah bid'ah (al-I 'tisham, 2/86)

2) Keujudan mahkamah civil dan syari'ah adalah realiti yahg perlu dihadapi dengan matang. kita tidak perlu mengambil tindakan melulu (ghuluw) seperti kaum khawarij yang keluar menentang pemerintah secara terang-terang.
Ini dinamakan Fiqh politik & kenegaraan. Kita tidak dapat menjelaskan (secara direct (telus)) bagaimana anda harus bertindak terhadap pemerintah dan keadaan politik sesebuah negara seperti Malaysia. Kami syorkan anda meneliti bagaimana Dr Qardhawi menjelaskan isu bid'ah Pemerintah dalam bukunya Fiqh Daulah atau Fikih Kenegaraan dan tatacara menghapuskan bid'ah politik. Bid'ah politik dan perundangan adalah isu yg amat besar dan adalah lebih baik kita utamakan isu2 bid'ah dalam akidah kita dan ibadah kita terlebih dahulu. Kita utamakan apa yang boleh kita rubah dulu. sekian