SJ - 1992 : KUFUR & KUFUR NIKMAT

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1992 : KUFUR & KUFUR NIKMAT

Assalamu'alaikum Warah MatuLlah

Apakah ertinya kufur nikmat, apakah contoh2nya?
Apakah ancaman2/siksa2 bagi orang2 yang mengkufuri nikmat Allah S.W.T ?

Re: SJ-1992: Kufur Nikmat


Jawab:
1. Kufur ni'mat ini adalah istilah dalam perbahasan ilmu Kalam yg membawa maksud seorang yg tidak bersyukur atau menyalahgunakan nikmat Tuhan yg tidak terhitung banyaknya itu bukan pada jalan keta'atan kepada-Nya.
Antara Dalil: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami tambah nikmatnya kepadamu, dan jika kamu kufur (nikmat), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih." terjemah AQ14 :7
Ilmu Kalam turut menyenaraikan beberapa jenis kufur yg lain, antaranya kufur ingkar, kufur juhud, kufur nifaq, kufur inad, dll.
Manakala ulum Fiqh melihat kekufuran dari sudut untuk meletakkan hukum amali ke atasnya, maka dari pengklasan ilmu fiqh, orang kafir dipecahkan kpd kafir harbi, kitabi, mu'ahid, musta'min dan riddah. (alMausu'ah alFiqhiyah, PT Ikhtiyar baru, Jakarta,1996 )

Kufur nikmat ini ditulis dan disyarah dengan detail dalam Kitab Tasawwuf yg amat tinggi nilainya karya lmam alHafeedz Ibn Qayyim alJawzea,' Madaarij asSaalikin'. Kufur nikmat ini adalah fenomena yg lumrah bagi setiap orang Islam yg lalai dgn nikmat dunia. Ibn Qayyim memetik ayat Allah. "Katakanlah, Dia-lah yg menciptakan kamu, menjadikan kamu pendengaran, penglihatan, serta hati. Akan tetapi, sangat sedikit dari kamu yg bersyukur." alMulk:23
"sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi mengingkari (kufur nikmat)" Ibrahim :34
alMarhum asySyaheed Sayyid Qutb dalam tafsirnya Fi Dzilal, Juz4 / 2107menghuraikan fenomena kufur nikmat ini pada ayat," jika kamu menghitung nikmat Allah, maka tiada engkau dapat menghitungnya." maksudnya nikmat itu lebih besar dan lebih banyak dari kemampuan manusia menghitungnya.
2. Dari sudut fiqh, kufur nikmat ini tidak mengeluarkan seseorang muslim dari agamanya. Tapi dari sudut tasawwuf, ia suatu yg amat berat, lihat saja ayat yg kita paparkan di atas (AQ14 :7). Sayyid Qutb dengan olahan bahasanya ketika metafsir ayat alMulk: 23pada ayat," akan tetapi amat sedikit kamu yg bersyukur." Sayyid Qutb menulis," apabila Allah mendedahkan fenomena berleluasanya kufur nikmat ini, bahawa sedikit sekali dari hamba-Nya yg bersyukur, maka ia suatu fenomena yg amat memalukan dan menyedihkan sedangkan di segenap sudut dalam alQur'an, manusia sentiasa diperingatkan tentang nikmat mensyukuri dan menta'ati Allah dan ancaman bagi yg kufur dan derhaka kepada-Nya. Manusia juga diperingatkan bahawa walaupun dia bersyukur, kesyukurannya masih tidak setimpal dengan anugrah nikmat yg tidak terhitung atasnya. Maka rumusan: kufur nikmat ini suatu fenomena hati dan dalaman manusia, maka ia memerlukan rawatan kejiwaan dan inilah Ulum Tasawuf. Fiqh tidak dapat menangkap dan menghukum pesalah kufur nikmat sebab ia suatu jenis kufur yg bersifat fiqh albatin. WaLlahu a'alam
sangat sedikit dari kamu yg bersyukur

Re: SJ - 1992 : KUFUR & KUFUR NIKMAT


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara tersebut . Kami di al-ahkam mengucapkan syabas kepada saudara di atas keprihatinan saudara terhadap ilmu-ilmu agama .

KUFUR (þßÝÑ )

Menurut Istilah Bahasa : Ertinya Tutupan ataupun Terlindung.

Menurut Istilah Syarak pula : Ertinya Perkara-Perkara Yang Boleh Menggugurkan Iman .

Kaitan di antara kedua-dua istilah ini ialah orang yang melakukan kekufuran bermakna dia telah tertutup drp melakukan perkara yang diperintah ( pahala ) kepada melakukan perkara yang boleh menjejaskan imannya kepada Allah Ta’ala .

Di dalam B. Melayu ianya bermakna : KEENGKARAN

Orang yang melakukan kekufuran ini , secara amnya dipanggil sebagai KAFIR ( Seorang yang engkar ) .

JENIS-JENIS KEKUFURAN ~ Ada 3 jenis :

1 – KEKUFURAN DISEBABKAN KEJAHILAN ( ÇáßÝÑ ÇáÌåáí ) :

Ianya disebabkan lalai daripada arahan-arahan Allah Ta’ala dan petunjuk-petunjuk Baginda Rasulullah s.a.w . Kekufuran ini banyak berlaku di kalangan orang awam yang selalu sibuk dengan dunia ( yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam dan beribadah ) .

Kebodohan yang mengakibatkan kekufuran ini jenis pula terbahagi kepada 2 bahagian :

( I ) - Al-Jahl Basit ( Kebodohan Yang Mudah Dihilangkan ) :

Orang yang mengidap penyakit ini ialah orang yang tahu bahawa dirinya bodoh mengenai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Islam . Ubat untuk melawan kebodohan ini ialah dengan BELAJAR SELOK-BELOK ILMU YANG BERKAITAN DENGAN ISLAM .

( II ) - Al-Jahl Al-Murakkab ( Kebodohan Yang Berlapis-Lapis , Sukar Dihilangkan ) :

Orang yang mengidap penyakit ini pula ialah : ORANG YANG TIDAK TAHU BAHAWA DIRINYA BODOH ( Dia Rasa Dia Pandai , Dialah The Best) .

Pesakit jenis ini biasanya sukar diubati !!! .

2 – KEKUFURAN DISEBABKAN PENENTANGAN DAN KERAS KEPADA ( ÇáÌÍæÏí ÇáÚäÇÏí ÇáßÝÑ )

Sebab penyakit yang berbahaya ini ialah : ANGKUH , SOMBONG , BESAR-DIRI , EGO DAN GILA KUASA .

Seperti kekufuran Namrud di zaman Baginda Nabi Ibrahim a.s , Fir’aun di zaman Baginda Nabi Musa a.s , Abu Jahal , Hercules ( Raja Rom ) di zaman Baginda Rasulullah s.a.w . Mereka itu semua telah pun didatangi oleh dakwah dan seruan drp Para Rasul Utusan Allah Ta’ala ( s.a.w ) akan tetapi mereka tetap engkar dan menentang akan dakwah tersebut kerana sebab-sebab di atas .

Sila Pelajari Al-Quran : Surah Al-Mukminun , Ayat 46 – 47 & Surah An-Naml , ayat 14 .

Walaupun Namrud, Fir’aun , Abu Jahal , Abu Lahab , Hercules dan semua rakan-rakan yang “ sewaktu “ dengannya ini telah lama berkubur , akan tetapi pelakon-pelakon yang memainkan watak-watak mereka semua ini pastikan ada di atas pentas kehidupan dunia ini , sehinggalah datangnya hari akhirat .

3 – KEKUFURAN MENURUT HUKUM SYARAK ( ÇáßÝÑÇáÍßãí) :

Seperti perbuatan mempersenda-sendakan ataupun memandang remeh terhadap agama Islam ini dan syiar-syiarnya ( lambang-lambang kebesaran dan kemuliannya ) . Termasuklah juga keengkaran seseorang muslim itu untuk meletakkan Islam itu sebagai dasar tertinggi perundangan bagi hidup dan negaranya ! .

Dan semua jenis kekufuran tersebut boleh berlaku disebabkan oleh : KEPERCAYAAN , PERBUATAN DAN TUTUR-KATA !!! .

4 – KADANG-KADANG ISTILAH “ KUFUR “ JUGA DIGUNAKAN BUKAN UNTUK MENUNJUKKAN PERBUATAN SYIRIK @ MURTAD SEMATA-MATA :

Iaitu seperti KUFUR NIKMAT , iaitu mengengkari salah-satu daripada nikmat yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala kepada makhluk-makhluk-Nya .

Kufur nikmat ini secara biasanya , bukanlah seperti kufurnya mereka yang tidak menjadikan Allah Ta’ala sebagai Tuhan mereka semata-mata , dan bukanlah juga seperti KUFUR BAWWAH ( ßÝÑ ÈæÇÍ ) : Kufur terang-terangan ! . Kufur Nikmat ini adalah LAWAN bagi SYUKUR .

Allah Ta’ala menjelaskan hal itu di dalam Surah Al-Insan , ayat 3 :

ÅöäøóÇ åóÏóíúäóÇåõ ÇáÓøóÈöíáó ÅöãøóÇ ÔóÇßöÑðÇ æóÅöãøóÇ ßóÝõæÑðÇ

Ertinya : “ Kami telah tunjukkan kepada insan itu 2 jalan , sama ada dia memilih jalan untuk bersyukur , ataupun jalan untuk menjadi kufur ( engkar ) “ .

Umat Islam juga tidak terlepas daripada melakukan KUFUR NIKMAT ini , contohnya :

Mata dikurniakan Allah Ta’ala untuk melakukan perkara yang diredhai-Nya , tetapi ramai manusia yang menggunakannya untuk tujuan sebaliknya ( contohnya : tengok benda-benda yang haram dan mengintai @ sekodeng ! ) .

Hidung dikurniakan untuk menyedut udara yang segar di bumi ini , tapi ramai juga yang menggunakannya untuk menyedut gam ! .

Telinga dikurniakan untuk mendengar perkara-perkara yang diredhai-Nya , tetapi masih ramai yang suka “ menadah telinga “ mereka untuk mendengar gossip-gossip liar , fitnah-fitnah ( termasuklah fitnah terhadap Islam ) , carut-carutan dan juga umpat-umpatan ! .

Al-Quran Al-Karim , diturunkan dengan fungsi utamanya sebagai petunjuk dan rahmat semesta alam , tapi ramai juga umat Islam yang hanya menjadikan Al-Quran itu sebagai bahan pameran , tangkal dan azimat ! .

Nikmat-Nikmat Allah Ta’ala itu terlalu banyak , dan kita tidak berdaya untuk menghitungnya satu-persatu . Kerana itulah Allah Ta’ala menjelaskan :

æóÅöä ÊóÚõÏøõæÇú äöÚúãóÉó Çááøåö áÇó ÊõÍúÕõæåóÇ Åöäøó Çááøåó áóÛóÝõæÑñ ÑøóÍöíãñ

Ertinya : “ Jika kamu cuba menghitung akan nikmat-nikmat Allah , pastilah kami tidak akan terdaya . Sesungguhnya Allah itu Amat Pemaaf Lagi Amat Mengasihani “ ~ Surah An-Nahl : Ayat 18 .

Dan di antara nikmat-nikmat tersebut , ISLAM ADALAH NIKMAT TERBESAR YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH TA’ALA KEPADA KITA SEMUA ! . Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Maidah , ayat 3 :

……Çáúíóæúãó ÃóßúãóáúÊõ áóßõãú Ïöíäóßõãú æóÃóÊúãóãúÊõ Úóáóíúßõãú äöÚúãóÊöí æóÑóÖöíÊõ áóßõãõ ÇáÅöÓúáÇóãó ÏöíäðÇ ……

Ertinya : “ ….Pada hari ini ( Hari Haji Wida’ ) telah Aku sempurnakan untukmu agamamu , telah Aku cukupkan nikmat-Ku ke atas kami dan telah Aku redha Islam itu sebagai agama kamu …“ .

Oleh kerana kufur nikmat juga ada berbagai-bagai jenis dan bentuknya , maka tidaklah boleh kita mengkufurkan ( mengkafirkan ) seseorang muslim yang melakukan “ Kufur Nikmat “ itu secara semberono , melainkan apabila telah jelas dan terang bahawa dia memang telah melakukan sesuatu yang menjadikan dia dan orang-orang kafir ( penyembah berhala ) itu sama sahaja ! .

Azab bagi setiap kekufuran juga tentulah berbeza di antara satu dengan lain , bergantung kepada jenis manakah yang dilakukan oleh seseorang itu . Jika kekufuran yang menyebabkan dia murtad – Wa Na’zubillahi Min Dzalik – sudah pastilah azab baginya adalah neraka jahannam buat selama-lamanya ! .

Alangkah beruntungnya kita jika di masjid-masjid , surau-surau , pusat-pusat pengajian Islam, rumah-rumah orang-orang Islam , media-massa dan sebagainya , diadakan satu majlis pengajian yang menerangkan BATAS-BATAS KUFUR DAN IMAN SERTA PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ITU MENJADI MURTAD , bukan sekadar membincangkan Tauhid secara Sifat 20 ( Hafal buta ) ataupun Asmaul Husna untuk keberkatan semata-mata . Tauhid perlulah dipraktikkan di dalam kehidupan , bukannya sekadar sebagai bahan hafalan sahaja !!! .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN

1 – AL-ISLAM : ‘Allamah Ustaz Said Hawwa – Terbitan : Darus Salam , Cairo .

2 – SILSILAH AL-‘AQAID ( Bahagian ke-6 ) : ‘Allamah Ahmad ‘Izzuddin Al-Bayanuniy - Darus Salam , Cairo .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

10 / Ramadhan / 1423 H
15 / November / 2002 M

Jumaat– Bandaraya Kaherah

Pendekar ®
http://al-ahkam.com.my/forum