Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan silek dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Tidak ada larangan yang melarang seseorang melakukan wudhu' ketika azan di laungkan. Kemungkinan mereka yang menangguhkan wudhu' ketika azan adalah kerana mereka ingin menjawab laungan azan terlebih dahulu.
Didalam kes solat sunnat, adalah mustahab ditangguh solat sehingga selesai azan, dengan tujuan untuk mendapat pahala menjawab azan.
Bagi ibadat seperti wudhu' dan tawaf misalnya, tidak ada larangan bagi mereka yang melakukan ibadat ini menjawab azan. Malah, tidak dilarang berkata-kata ketika mengambil wudhu' atau pun bertawaf; ini kan pula menjawab azan!
Berkata Ibn Hajar al-Haitami rh didalam isu ini :-
dir="ltr">"Didalam keadaan seseorang sedang mengambil wudhu', hendaklah di menjawab azan! Kerana sesungguhnya adalah sunnah bagi seseorang yang sedang melakukan wudhu' menahan dirinya dari bercakap selain daripada berzikir" [al-fataawa al-fiqhiyyah al-Kubra, 1/61].
dir="ltr">"Mengenai hal menjawab seruan muazzin : adalah mandub (sunat) menurut ittifaq (sepakat) ulama', malah mereka mengatakan adalah sunat menjawab azan ketika bertawaf walaupun terdapat zikir yang sunat dibaca oleh ittifaq ulama', maka menjawab muazzin lebih diutamakan."
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan silek dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Tidak ada larangan yang melarang seseorang melakukan wudhu' ketika azan di laungkan. Kemungkinan mereka yang menangguhkan wudhu' ketika azan adalah kerana mereka ingin menjawab laungan azan terlebih dahulu.
Didalam kes solat sunnat, adalah mustahab ditangguh solat sehingga selesai azan, dengan tujuan untuk mendapat pahala menjawab azan.
Bagi ibadat seperti wudhu' dan tawaf misalnya, tidak ada larangan bagi mereka yang melakukan ibadat ini menjawab azan. Malah, tidak dilarang berkata-kata ketika mengambil wudhu' atau pun bertawaf; ini kan pula menjawab azan!
Berkata Ibn Hajar al-Haitami rh didalam isu ini :-
Tambah beliau lagi :-
Sekian, wassalam
==========
Beberapa link yang berkaitan :-
SJ-13-0103 : Soalan: Status Hadis Bercakap Semasa Azan
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28648
SJ - 3011: [Z] azan
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=19117
خيرالأمين