:salam
Isteri saya baru sahaja melahirkan anak sulong kami pada April yang lalu melalui kaedah Ceaserean. Mengikut nasihat saudara mara dan kenalan yang lain, masa untuk benar-benar pulih dari operation tersebut adalah dalam 1-3 tahun. Walau bagaimanapun, isteri saya sudah lewat datang haidnya dan kami jangkakan yang dia telah mengandung (Tak buat pregnancy test lagi).
Soalan : Jika isteri saya benar2 mengandung, maka bolehkah kami menggugurkan kandungan tersebut. Ini kerana saya risau atas kesihatan dia disebabkan operation yang lalu (baru 3 bulan lebih). Adakah memang benar tempoh rehat (dari mengandung) tersebut?Apakah justifikasi yang membolehkan kami menggugurkan kandungan tersebut?
Bolehkah para panel menasihatkan saya (Apa yang perlu saya buat)?
Jazakallah..
:wassalam
Ini kena jumpa Panel Doktor Perubatan bukan Panel Fiqh. Jumpa depa dulu, selepas itu barulah kami berikan pendapat fiqih. Ini kena pastikan fiqih perubatan sentiasa selari dgn agama.