:salam
maaf jika soalan ulangan, dah cari tp tak jumpa threadnya.
ada sesetengah ustaz mengajar suatu doa bagi menghalau jin jika memasuki kwsn semak/rumah tinggal dsb dengan cara memberi salam kepada nabi sulaiman. adakah riwayat yg sahih ttg ini?
jika tidak, apakah cara yg sbnarnya (sbg alternatif kpd ayatul kursi, surah2 Qul)? Dan adakah ianya berkesan sama sekali dlm menghalau jin/hantu/setan/dsb selama mana si pembaca doa tsb berada di tempat itu?
terima kasih
:wassalam
setakat yg tahu...
amalan utk memberi salam kpd nabi sulaiman tidak ditemui dalam Al-Quran atau hadith2 sahih.
apa yg sahih ialah seperti yg disebut oleh yg bertanya iaitu membaca ayat2 Al-Quran terutama surah al-Baqarah dan Ali Imran yg dinyatakan dalam hadith sahih bahawa ia boleh menghalang tugas ahli sihir. Surah al-Baqarah jg ada disebut dalam hadith sahih sebagai pemelihara rumah daripada gangguan syaitan.
satu lagi perkara yg perlu kita sama2 tahu ialah - utk rumah itu diberkati dan dijauhi daripada perkara yg tidakbaik sama ada yg zahir atau ghaib, perlulah ahli keluarga itu sendiri cuba mentaati Allah sedaya mampu dan meninggalkan larangan Allah. itulah antara perkara terbaik utk kita sama2 lakukan. wallahu a'lam.
---- tambahan kamin :-
sila rujuk URL berikut berkenaan dengan ayat-ayat al-Quran abi menghindar Sihir/Jin/Hantu :-
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32804