salam kpd semua ahli feqh yg dihormati.
saya disini ada muskil sedikit.
apabila azan dilaungkan ,contoh bilal azan apabila masuk waktu isyak,nanti ade org yg abis amik wuduk lalu masuk masjid dia akan berdiri sehingga azan abis dilaungkan oleh bilal.adakah wajib berdiri ketika itu?
sbb saya masuk masjid dan ketika tu azan sdg dilaungkan dan saya terus duduk,tapi saya dimarahi oleh org tua disitu dan menyuruh saya berdiri.
kalau macam tu,patutnya semua yg ade dlm ruang solat tu patut berdiri sama la utk hormat azan tu sama seperti hormat lagu negaraku.x gitu?
mohon pencerahan.
wa'alaikumussalam
Allhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Apabila azan di laungkan, bagi mereka yang baru memasuki masjid, kenapa mereka masih berdiri?
a. Mereka berdiri adalah kerana, mereka belum menunaikan Solat Tahiyatul al-Masjid. Sabda Nabi :saw :-
Sebelum seseorang itu duduk didalam masjid, disunatkan dia menunaikan Solat Tahiyatul al-masjid, walaupun Imam sudah mulai membaca khutbah.
b. Kebetulan pula dia menangguh solat Tahiyatul al-masjid oleh kerana ingin menjawab AZAN. Dengan itu dia akan mendapat tiga pahala, iaitu :-
Maka bukanlah seseorang itu berdiri kerana menghormati Azan. Tidak ada dalil yang menyokong perbuatan ini. Menghormati Azan adalah dengan cara menjawabNya. Menghormati dan memuliakan masjid ialah dengan melakukan Solat Tahiyatul Masjid sebelum duduk.
Dalam kes Azan KEDUA pada hari Jumaat, ulama' mengatakan tidak perlu menjawab laungan Azan, iaitu dengan bersegera menunaikan solat Tahiyatul Masjid, supaya bersedia mendengar khutbah Jumaat. [Fataawa Arkaan al-Islam, Ibn Utsaimin, ms. 28]. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين