:salam
1-adakah perang siffin itu sama dengan perang jamal??
2-bolehkah ahli panel terangkan sedikit berkenaan dengan sbb berlakunya perang tersebut.saya ada baca banyak pasal perang tersebut tp lain buku, lain penulis lain pulak versi jalan ceritanya..
3-dalam perang manakah ali berpeang dengan aisyah??kenapa boleh jadi begitu?
:wassalam
al-Jawab:
1. Perang Siffin dan Jamal tidak sama. Perang Siffin antara kem Khalifah Ali bin Abi Thalib vs Amir Mu'awiyah bin Abu Sufyan, manakala Perang Jamal antara Khalifah Ali bin Abi Thalib vs Ummul Mukminin 'Aisyah binti Abu Bakar(semuanya raa)
2. Sumber referensi peristiwa tsb masih belum diterjemah sepenuhnya (dari bahasa Arab), antaranya kitab Bidayah wal Nihayah oleh Ibn Kathir, Tarikh Tobari dan al-Awashim oleh al-Qadhi Ibn al-Arabi alMaliki.
Secara ringkasnya bila Khalifah ketiga (Uthman al-Affan ra) terbunuh oleh pemberontak yang menguasai Madinah, maka para sahabat berpecah kepada dua golongan:
satu: memerlukan masa utk menangkap pembunuh Uthman kerana kekuatan kumpulan pemberontak dan kekeliruan yang menyelubunginya.
kedua: pembunuh Uthman adalah top priority atau urusan yang perlu disegerakan tanpa tangguh (tarikh Tabari, jilid 4): amir Mu'awiyah dan 'Aisyah termasuk dalam kumpulan sahabat yang mahukan Ali segera menangkap pembunuh Uthman sebelum meminta bai'ah.
Kebanyakan sahabat Madinah ketika itu berada di Mekah kerana ia adalah musim Haji termasuk 'Aisyah. Aisyah mengumpul para sahabat dan bergerak menuju ke Iraq utk mengumpul lebih ramai tentera bagi mengusir tentera pemberontak yang masih berada di Madinah. Ali ra mengetahui misi Aisyah dan beliau sendiri keluar dan menghalang Aisyah dan berunding. Setelah berunding dan akhirnya mereka sudah berpuas hati, tapi pada malamnya pengkhianat (kemungkinan talibarut Ibn Saba') menyerang kedua-dua belah pihak dan berjaya menimbulkan panik dan akhirnya pertempuran meletus di kalangan sahabat dan akhirnya tentera Ali berjaya menguasai peperangan itu dan Aisyah di hantar pulang ke Madinah dan beliau akhirnya insaf akan kesilapannya.
Kemudian Ali terpaksa menghadapi amir Mu'awiyah sebagai Gabnur Syria, dia juga tidak akan memberi ta'at setia kepada Ali kecuali pembunuh Uthman di bawa kemuka pengadilan. Ali menjelaskan dia perlukan masa dan kekuatan utk bertindak. Tapi Mu'awiyah tidak bersetuju dan akhirnya Ali dan bala tenteranya bergerak menuju Syria untuk berunding dgn Mu'awiyah. Perundingan gagal dan akhirnya keduanya bertempur di medan Siffin.
Ini adalah isu ijtihad, ini kerana pihak Aisyah dan Mu'awiyah tidak memahami apa yang berlaku di Madinah dan tekanan yang dihadapi oleh Ali dalam menghadapi pembunuhan Uthman dan tekanan menghadapi kumpulan pemberontak yang mengepung Madinah.
Isu Ali-Mu'awiyah-'Aisyah telah dimainkan oleh Syi'ah khususnya dengan menonjolkan bahawa yang bersalah ialah Aisyah dan Mu'awiyah. Tapi yang sebenarnya, Aisyah dan Mu'awiyah cuma tersilap dalam ijtihad dan mereka berdua tidak ada motif lain dalam peperangan mereka dengan tentera Ali (Ibn Kathir, jld 8, ms 15)
3) Perang antara Ali dan 'Aisyah ialah perang Jamal. Ia berlaku kerana Aisyah ketika itu sedang mengerjakan Haji di Mekah dan ia mendapat berita bahawa Uthman telah dibunuh. Bila Ali tidak dapat membawa pembunuhnya kemuka pengadilan, maka Aisyah bertindak dgn mengumpulkan para sahabat di Mekah dan berarak menuju Iraq utk mengumpul tentera seramai mungkin dan kembali ke Madinah utk menguatkan Ali dan seterusnya menangkap pembunuh uthman. Ali juga tidak dapat gambaran sebenar kenapa Aisyah berbuat demikian. lalu dia keluar utk menghalang pergerakan Aisyah dan hasil dari espionage dan gerakan sulit pemberontak, maka tentera Ali dan Aisyah berperang dgn keadaan kelamkabut dan suasana panik.
Cerita sebenar, cuma boleh ditemui dalam kitab2 besar spt alBidayah oleh Ibn kathir dan Tarikh Tabari. sekian WA