SJ-01-0132 : Dalil tawassul dgn nabi atau org soleh?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0132 : Dalil tawassul dgn nabi atau org soleh?

Salam,
Soalan saya kali ini mengenai tawassul.Didalam kuliah saya ikuti,pengajar mengatakan membolehkan tawassul dengan berdalilkan hadis dibawah..Boleh pihak aan menjelaskan adakah benar dalil ini boleh digunakan untuk membolehkan tawassul?

Mafhum hadis riwayat At-tabarani;

"Ya Allah aku memohon kepada ENGKAU dengan Nabi ENGKAU Muhammad,Nabi yang rahmah.Wahai Muhammad sesungguhnya aku bertawajjuh dengan engkau kepada Tuhanku dalam hajatku untuk diperkenankan ........(sebutkan hajat kita)

Satu lagi dalilnya yang membolehkan tawassul adalah hadis riwayat Imam bukhari n imam muslim yang keseluruhan maksudnya saya tak ingat tetapi antara lain kefahaman dari penerangan ustaz tu adalah mengenai "minta pertolongan daripada nabi-nabi di akhirat nanti"

SJ-01-0132 : Dalil tawassul dgn nabi atau org soleh?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
Mafhum hadis riwayat At-tabarani;

"Ya Allah aku memohon kepada ENGKAU dengan Nabi ENGKAU Muhammad,Nabi yang rahmah.Wahai Muhammad sesungguhnya aku bertawajjuh dengan engkau kepada Tuhanku dalam hajatku untuk diperkenankan ........(sebutkan hajat kita)

Hadis ini ialah hadis Uthman bin Hunaif. Iaitu:

Ãä ÑÌáÇ ÖÑíÑ ÇáÈÕÑ ÃÊì ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ÝÞÇá ÇÏÚ Çááå Ãä íÚÇÝíäí ÞÇá Åä ÔÆÊ ÏÚæÊ æÅä ÔÆÊ ÕÈÑÊ Ýåæ ÎíÑ áß ÞÇá ÝÇÏÚå ÞÇá ÝÃãÑå Ãä íÊæÖà ÝíÍÓä æÖæÁå æíÏÚæ ÈåÐÇ ÇáÏÚÇÁ Çááåã Åäí ÃÓÃáß æÃÊæÌå Åáíß ÈäÈíß ãÍãÏ äÈí ÇáÑÍãÉ Åäí ÊæÌåÊ Èß Åáì ÑÈí Ýí ÍÇÌÊí åÐå áÊÞÖí áí Çááåã ÝÔÝÚå Ýí

Maksudnya: Seorang lelaki buta datang kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan berkata: "Berdoalah supaya Allah sembuhkan aku".
Baginda berkata: "Kalau engkau mahu, aku akan berdoa, dan kalau engkau mahu, engkau boleh bersabar dan ia lebih baik untuk kamu".
Lelaki itu berkata, "Berdoalah".
Lalu baginda memerintahkannya berwudhu' dengan cara sempurna, dan berdoa dengan doa ini: "Ya Allah, aku meminta dariMu, dan aku bertawajjuh kepadaMu dengan NabiMu, Muhammad, Nabi Rahmah. Sesungguhnya aku bertawajjuh denganmu kepada Tuhanku dalam hajatku ini supaya ditunaikan. Ya Allah, terimalah syafaat baginda kepadaku".

Direkod oleh: Tirmizi (no: 3578), Ibn Majah (no: 1385). Kata Tirmizi: Hasan, Sahih, Gharib.

- Hadis ini bukan bermaksud tawassul dengan zat atau kemegahan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Tetapi tawassul kepada doa baginda. Ia difahami daripada matan hadis tersebut;

i) lelaki itu datang meminta baginda berdoa.
ii) Baginda menjanjikan untuk berdoa jika dia mahu, atau dia bersabar.
iii) Lelaki itu kemudian memilih supaya baginda berdoa.

- Maka tawassul seperti ini adalah dibenarkan, malahan disepakati padanya.

- Adapun, yang disebut dalam riwayat Thabarani dalam mukjam-mukjam beliau, iaitu tambahan cerita bahawa Uthman bin Hunaif menyuruh seorang lelaki yang mempunyai hajat supaya berwudhuk dan berdoa dengan doa tersebut, maka ia tidak sahih.

- Kisah ini tidak disebut dalam kitab-kitab hadis Sunan, dan dinilai dhaif oleh Ibn Taimiyyah dalam kitab Al-Tawassul Wa Al-Wasilah (110-112). Dinilai munkar oleh Al-Albani dalam kitab al-Tawassul (95). Kerana ia adalah riwayat Ibn Wahb daripada Syabib, dan beliau meriwayatkan daripadanya hadis-hadis munkar.

Quote:
Satu lagi dalilnya yang membolehkan tawassul adalah hadis riwayat Imam bukhari n imam muslim yang keseluruhan maksudnya saya tak ingat tetapi antara lain kefahaman dari penerangan ustaz tu adalah mengenai "minta pertolongan daripada nabi-nabi di akhirat nanti"

Ia berkaitan dengan syafaat kubra, yg diberikan kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Dan tidak ada dalil tentang permasalahan tawassul dengan zat atau kemegahan Nabi atau orang soleh.

Wallahu A'lam.