SJ-16-0022 : masalah nazar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0022 : masalah nazar

a'kum ustaz, sy dah baca berkenaan nazar di link di bwh ni:

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=37120

sy ada satu kemushkilan iaitu, sy telah melakukan nazar kategori muallaq iaitu jika sy dapat nikmat tersebut sy akan berpuasa 20 hari berturut-turut. dan alhamdulillah, apa yang telah sy inginkan itu dimaqbulkan oleh Allah ta'ala.

sy telah cuba untuk lakukan nazar tersebut, tetapi dugaan amat hebat dan rasakan kini amat sukar utk saya laksanakan nazar terseut. bukanlah maksud saya untuk tidak bersyukur atas nikmat yang Allah telah berikan, tapi kalau disana ada ruang alternatif utk saya ganti nazar puasa 20hr berturut2 itu dengan kafarat yg lain, yg setimpal dengannya? dibimbangi sy pendek umur, tapi masih belum tunai nazar. lagipun, perkara ini terdapat khilaf ulama.

pohon nasihat ustaz. sekian wassalam

SJ-16-0022 : masalah nazar

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Jika seseorang itu bernazar, maka hendaklah dia tunaikan. Sabda Nabi :saw :-

ãä äÐÑ Ãä íØíÚ Çááå ÝáíØÚå
dir="ltr">"Barangsiapa yang bernazar untuk ta'at kepada Allah, maka biarkan dia menta'atinya" [Hadith Riwayat al-Bukhari #6318].

Didalam nazar tersebut, anda nernazar akan berpuasa 20 bulan berturut-turut, maka jika terputus satu har berpuasai, maka anda mempunyai 2 pilihan.

a. Meneruskan untuk menunaikan Nazar tersebut dengan mengulangi semula berpuasa sebanyak 20 hari berturut-turut ATAU

b. Membatalkan nazar dan dikenakan Kafaarat Yameen (Kifarat)

Membatalkan nazar - Kafaarat Yameen - Hendaklah seseorang yang membatalkan nazar melakukan perkara berikut (kafaarat yameen) :-

a. Memberi makan kepada 10 orang miskin, atau
b. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin, atau
c. Membebaskan seorang hamba atau
d. Jika tidak mampu melakukan diatas, barulah berpuasa selama 3 hari. Firman Allah swt :-

åúáöíßõãú Ãóæú ßöÓúæóÊõåõãú Ãóæú ÊóÍúÑöíÑõ ÑóÞóÈóÉò Ýóãóäú áóãú íóÌöÏú ÝóÕöíóÇãõ ËóáóÇËóÉö ÃóíøóÇãò Ðóáößó ßóÝøóÇÑóÉõ ÃóíúãóÇäößõãú ÅöÐóÇ ÍóáóÝúÊõãú æóÇÍúÝóÙõæÇ ÃóíúãóÇäóßõãú ßóÐóáößó íõÈóíøöäõ Çááøóåõ áóßõãú ÂíóÇÊöåö áóÚóáøóßõãú ÊóÔúßõÑõæäó
dir="ltr">"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. " [surah al-Maa'idah : 89]

Sekian, wassalam

خيرالأمين