SJ-2143: Musykil-Jawatan dan Khalwat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2143: Musykil-Jawatan dan Khalwat

A'kum....
Saya ada beberapa soalan ,
1) Adakah seseorang itu dikira berdosa apabila dia menolak jawatan utk dipimpinnya kerana tidak sanggup memegang amanah?
2) Apakah hukumnya menolak jawatan tersebut sekiranya dia adalah yang paling layak untuk memegang jawatan itu?
3) Apakah hukumnya bercouple antara lelaki dan perempuan.
Harap dapat penjelasan.

Re: SJ-2143: Musykil-Jawatan dan Khalwat

:wassalam
Jawab:
Soalan 1 dan 2 terlalu umum dan luas skopnya. Kita tidak pasti apakah jawatan dalam kerjaya, jika kerjaya apakah di sektur korporat atau awam; apakah jawatan dalam persatuan pelajar, apakah persatuan biasa atau dakwah, apakah jawatan dalam pertubuhan politik, NGO, harakah Islamiah dsbnya.
Memang benar secara umum, generasi salaf melihat jawatan politik dan pentadbiran kerajaan sebagai amanah dan suatu kedudukan yg memerlukan kelayakan yg setimpal. Mereka juga menghubungkan dengan Akhirat, bahawa jawatan itu ada implikasi kebertanggungjawaban di hadapan Rabbul Jalil.
Dalil: sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kpd yg berhak menerimanya..." terjemah AQ 4:58
HR Bukhari-Muslim.." setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yg kamu pimpin.."
Nas-nas ini dari sekian banyak (nas) menjadikan generasi pertama Islam tidak ghairah kepada jawatan dalam pentadbiran khalifah. Mereka selalu mengelakkan diri dari jawatan. Senario itu berubah selepas dinasti Umayyah, Abbasiyah, yg terakhir Uthmaniyah dan keujudan negara2 merdeka yg spt hari ini. Hari ini jawatan adalah sebesar-besar nikmat dan peluang untuk menikmati kemewahan hidup. Manusia sanggup melakukan apa saja demi jawatan. Kami perlukan soalan yg specifik dari anda dan kita akan sesuaikan dengan dunia realiti yg sedang berlaku di luar sana.

2. Coupling atau dating di pawagam, taman2, di shopping mall, adalah bukan budaya Islam. ia juga bukan budaya manusia Barat baik Timur, ia budaya yg dikembangkan oleh Hollywood dan Bollywood yg didalangi oleh yahudi antarabangsa atau Zionis.. Masyarakat Yahudi yg berjumlah 4 juta di USA, telah menguasai industri hiburan dan mereka telah menemui rencah dan formula untuk meruntuhkan tamaddun agama, yaitu liberalisasi seks. dating hari ini menjadi semakin canggih dan dipermudahkan terutama dgn media chatting internet, SMS (mobile comm), dsbnya. Ia menular dgn pantas sejak 50-60 tahun ini dengan meletupnya industri hiburan terutama cinema dan TV dan rangkaian komunikasi ICT hingga masyarakat beragama terpaksa menerimanya sebagai suatu perubahan yg tidak dapat dihalang lagi. Tapi ISLAM tetap berdiri teguh atas keasliannya.
Coupling atau berdua-duaan antara perempuan dan lelaki yg tiada ikatan mahram sudah diharamkan dalam alQur'an dgn maksud yg umum, "jangan kamu hampiri zina." Juga dalam hadis-hadis, antaranya riwayat Ahmad, " tidak adalah yg ketiga di antara lelaki dan perempuan, melainkan syaitan." (Qardhawi, Fatawa Mu'asirat). WA