hukum sentuh muka dalam solat dan juga menyapu lantai dan dahi semasa solat, dan juga semasa hendak sujud menjatuhkan kedua2 belah lutut dengan kuat. hukulm nya??
Sabit dalam hadis-hadis sahih larangan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam daripada menyapu batu-batu dan tanah ketika sembahyang. Larangan ini adalah makruh.
Daripada Mu'aiqib, bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berkata kepada lelaki yang meratakan tanah ketika solat, "Jika kamu mahu lakukan, maka sekali sahaja".
Direkod oleh Bukhari dan Muslim (no: 1149) dan Muslim (no: 546).
Hikmah larangan disebut dalam hadis lain, iaitu:
ÝÅä ÇáÑÍãÉ ÊæÇÌåå
Maksudnya, "Kerana rahmat berhadapan dengannya". Direkod oleh Abu Daud (no: 946), Tirmizi (no: 379), Nasaie (no: 1191), dan Ibn Majah (no: 1027). Cuma dipertikaikan pada kesahihannya.
Manakala hukum sentuh dahi di dalam solat, yang biasa dilakukan untuk menyapu pasir-pasir yang melekat padanya, juga termasuk dalam larangan ini, maka hukumnya makruh juga.
Kata al-Qadhi Iyadh: "Para salaf membenci perbuatan menyapu dahi di dalam sembahyang, dan sebelum bersurai". (yakni: bersurai daripada masjid).
Ibn Abdil Barr menukilkan hukum makruh menyapu dahi daripada beberapa salaf iaitu: Said bin Jubair, Sya'biy, dan Hasan Basri.
(Umdatul Qari 7/285)
Adapun menjatuhkan kedua-dua lutut dengan kuat ketika sujud, ia hanyalah menyakitkan lutut, menyebabkan bunyi bising, dan mengganggu jemaah lain. Apatah lagi tidak ada apa-apa pahala dengan melakukan sedemikian. Maka sujudlah dengan tertib.
hukum sentuh dahi dalam solat.??
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com