SJ-12-0373 : kenapa menggalakkan amalan zina?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0373 : kenapa menggalakkan amalan zina?

assalamualaikum ustaz.

1stly saya mohon maaf kpd ahli panel al-ahkam kerana soalan yg saya bakal ajukan ini sudah ramai yg tanya. saya telah pun baca jawapan2 berkaitan dlm ruangan wanita, perkahwinan, seks & pendidikan tapi still saya masih confused terutamanya tentang mahar musamma & mahar mitsl

saya dijadualkan melangsungkan perkahwinan saya dgn pemuda pilihan saya pada bulan 6 tahun ini. tapi masalahnya ibu dan keluarga saya meletakkan jumlah hantaran bernilai RM 20000 dan maskahwin saya pula terpulang kpd pemberian bakal suami samada mengikut jumlah minimum mengikut negeri ataupun memberinya lebih. terpulang kpd pihak lelaki. keluarga bakal suami saya mulanya meminta supaya jumlah hantaran tersebut dikurangkan tetapi keluarga saya berkeras dgn jumlah tersebut kerana keluarga saya ingin menggunakan duit hantaran tersebut utk mengadakan kenduri sebelah perempuan dan ingin menjemput ramai ahli keluarga, sanak saudara, kawan2, VIP2 dan jiran tetangga ke majlis kenduri itu nanti.

disbbkan memikirkan tentang cinta dan janji sewaktu bertunang iaitu sekiranya salah seorg dari kami sudah bekerja, kami boleh kahwin, maka bakal suami saya dan keluarganya bersetuju dgn nilai hantaran tersebut. walaubagaimanapun selepas itu dia mengadu yg nilai hantaran tersebut terlalu tinggi utk dipenuhi. bakal suami saya bercadang utk membuat pinjaman peribadi di bank bagi membayar hantaran tersebut.

tapi baru2 ni bakal suami saya memberitahu kemungkinan perkahwinan kami perlu ditunda kerana dia mempunyai masalah dlm memohon pinjaman peribadi di bank. perkahwinan akan hanya teruskan selepas pinjaman dia diluluskan or sehingga dia mampu mengumpul RM 20000. saya memberitahu keluarga saya hal berkenaan tapi mereka tetap dgn pendirian mereka tentang jumlah hantaran.

soalan saya ustaz. perlu sangatkah hantaran ni? adakah ianya dianjurkan dlm Islam?

dlm kes saya yg mana hantaran bernilai RM 20000 manakala maskahwin pula terpulang pada ehsan bakal suami. katakanlah nilai maskahwin saya RM 150. maka berapakah NILAI SEBENAR MAHAR saya? adakah mahar saya bernilai RM 150 (mahar musamma) ataupun mahar saya bernilai RM 20150 (mahar musamma + mahar mitsl)?

sekiranya mahar saya bernilai RM 20150, adakah perkahwinan saya itu diberkati sedangkan mahar saya sangat tinggi? dan adakah ianya tetap diberkati sedangkan bakal suami saya redha dlm paksa dlm membayar nilai hantaran + maskahwin tersebut kpd keluarga saya?

saya juga ingin tahu. dlm Islam, tanggungjawab siapa sebenarnya untuk mengeluarkan belanja, membiayai, menanggung kos dan seterusnya mengadakan kenduri kahwin saya. adakah tanggungjawab tersebut tanggungjawab bakal suami saya atau ia sepatutnya tanggungjawab ayah saya?

terus terang saya katakan saya sangat kurang senang dgn situasi saya sekarang ni. dan kadang2 saya rasa benci kpd ibu dan ayah serta keluarga saya kerana mereka menyusah-nyusahkan urusan perkahwinan saya.

saya berharap pihak panel al-ahkam memberi jawapan yg jelas & straight to the point kpd soalan saya terutamanya tentang nilai sebenar mahar saya.

sekiranya hantaran tersebut hanyalah adat yg menyusah-nyusahkan bakal pengantin, tiadakah cara utk kita umat Islam di malaysia ni menghapuskan budaya hantaran ni dlm kehidupun kita?

Re: kenapa menggalakkan amalan zina?

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

a. Berapakah nilai sebenar mahr?

Dari apa yang anda jelaskan diatas, mahrnya adalah Rm150.00 (andaian) yang dinamakan juga sebagai Mas kahwin didalam masyarakat kita. Wang Rm20k itu adalah hadiah perkahwinan atau masyarakat kita menamakan sebagai Wang hantaran. Ini adalah Mahr Musamma, iaitu mas kahwin yang ditetapkan kadarnya bagi setiap negeri, dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada mas kahwin semisal dengan saudara perempuan yang lain.

Jika mas kahwin yang ditentukan dengan melihat saudara perempuan yang lain, atau semisal, dinamakan mahr mithil. Contohnya anda mempunyai kakak yang semasa perkahwinannya mahr berjumhlah rm600, dan bapa anda bersetuju menjadikan mahr kakak anda sebagai mahr anda. Mahr Mithil ini juga dinilai dari segi latarbekang pelajaran, paras rupa, dsb.

Islam tidak menentukan kadar minima atau maxima mahr seseorang, malah para fuqaha’ menjelaskan bahawa mahr ini janganlah mahal sehingga menjadikan halangan kepada kedua-dua pengantin untuk melangsungkan pernikahan mereka. Mahr yang paling baik adalah paling murah nilainya. Sabda Nabi :saw :-

خير الصداق أيسره
“Sebaik-baik mahr adalah yang paling mudah (memadai)” [Hadith Riwayat al-Baihaqi]

اعظم النساء برآة أيسرهن مؤنة
“Kebanyakkan wanita yang berkat pernikahannya adalah yang mudah mahrnya” [Hadith Riwayat al-Hakim. Al-hakim mengatakan bahawa ia sahih menurut syarat Muslim]

Ali ra. sendiri menikahi Fatimah ra dengan maskahwinnya perisai perang. Berkata Ali ra :

تَزَوَّجْتُ فَاطِمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، ابْنِ بِي – وهو الدخول بالزوجة - . قَالَ : أَعْطِهَا شَيْئًا . قُلْتُ : مَا عِنْدِي مِنْ شَيْءٍ . قَالَ : فَأَيْنَ دِرْعُكَ الْحُطَمِيَّةُ ؟ قُلْتُ : هِيَ عِنْدِي . قَالَ : فَأَعْطِهَا إِيَّاهُ
“Aku telah berkahwin dengan Fatimah ra. dan berkata : Ya Rasulullah, biarkan ku teruskan pernikahan. Baginda berkata : berikanku sesuatu. Aku berkata : Aku tidak mempunyai apa-apa. Baginda berkata : Dimana perisai Hutami anda? Aku berkata : Aku ada bersamaku. Baginda berkata : Bagikan kepadanya”. [Hadith Riwayat al-Nasaa’i.]

Nampaknya mahr anda tidaklah mahal, akan tetapi wang hantarannya agak tinggi. Wang hantaran ini juga boleh digunakan oleh anda sebagai wang perbelanjaan walimah / kenduri kahwin nanti.

b. Walimah, tanggung jawab siapa?

Walimah hendaklah dianjurkan oleh suami, kerana suami disunatkan melakukannya. Sabda Nabi :saw kepada Abdul Rahman bin Auf kepada perkahwinan beliau :

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ
“Moga Allah memberkati kamu. Berilah walimah / kenduri walaupun seekor kambing” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim].

Menurut Syiekh Utsaimin hadith ini menunjukkan suami dipertanggung-jawabkan mengadakan walimah atau kenduri, dan tidak ditujukan kepada Bapa mertua. Menurut beliau lagi, keperluan kepada keberkatan adalah lebih kepada pihak suami berbandig dari pihak isteri, kerana didalam kebanyakkan keadaan, lelaki yang mencari wanita. [al-Sharh al-Mumthi’, 12/321]

Namum demikian, mengadakan walimah ini bukannya wajib, ia adalah sunnat yang dituntut. Ia hendaklah dilakukan dengan kemampuan dari pihak lelaki, dan bukan luar dari kemampuannya. Agama Islam telah menjelaskan bahawa perkahwinan yang barakah adalah yang paling sederhana. Ini dijelaskan lagi didalam sabda Nabi :saw :-

خير النكاح أيسره
“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah” [Hadith Riwayat Ibn Hibban]

Walimah tidak semestinya dilakukan dengan seekor kambing sahaja, tetapi bersesuaian dengan kemampuan suami. Nabi :saw pernah melaksanakan walimah untuk Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji bercampur keju dan tepung melalui sumbangan para sahabat yang hadir, sebagaimana didalam hadith riwayat Bukhari

Hadith seruan kepada walimah ini menunjukkan satu walimah sahaja yang menjadi tanggung jawab suami, dan jika dibantu oleh isterinya, maka ia diperbolehkan. Akan tetapi, jika ada perselisihan pihak mana yang harus melakukan walimah, maka dimasa itu, suami bertanggung jawab mengadakan walimah pertamanya. Walimah yang seterusnya boleh dibiayai oleh mana-mana keluarga yang ingin melakukannya.

c. Budaya hantaran tinggi

Budaya hantaran yang tinggi ini terlalu sukar untuk dihapuskan secara total didalam masyarakat Islam masakini. Budaya ini bukan sahaja berlaku dikalangan orang Melayu, malah rata-rata menjadi satu fenomena dan kemegahan setengah-setengah keluarga Islam. Mahr yang tinggi, Hadiah/Hantaran yang mahal, walimah yang besar-besar seolah-olah menjadikan wanita itu sebagai bahan dagangan sebuah produk!

Fenomena mengadakan walimah dengan menjemput orang-orang kenamaan juga kriktik oleh Islam. Sabda Nabi :saw :-

شر الطعام طعام الوليمة : يدعى لها الأغنياء ويترك الفقراء
“Seburuk-buruk makanan adakah makanan dari walimah, dimana orang-orang kaya dijemput dan mereka yang miskin di tinggalkan” [Hadith Riwayat Bukhari].

Untuk menghentikan budaya ini, kita boleh mulakan dengan generasi kita yang menyedari hakikat sebenar realiti sekarang. Jika tidak boleh kita mengubah apa yang sedang berlaku, kita ubah apa yang boleh kita lakukan untuk generasi yang akan datang. Kita aplikasikan sunnah ini secara menyeluruh, dan bukan hanya didalam bab-bab munakahat sahaja. Penerapan Islam ini perlu dilakukan pada peringkat akar-umbinya. Sebagai contoh, semua orang tahu bahawa pembaziran itu adalah amalan Syaitan, akan tetapi berapa ramai yang menghayati hakikat ini??? WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين