Salam,
Saya seorang yg sangat kuat penyakit was-was.
Masa masbuq time duduk tahiyyat akhir dan dah mula pun, saya syak samada dah duduk antara 2 sujud ke belum. Perlu ke saya sujud sahwi sebelum salam?
Sebab macam menjadi2 pulak penyakit ni, hampir setiap solat kalo bersendirian kene sujud sahwi.. ni solat jemaah sebab masbuq pun dah jadi macam tu... bukan setiap masa dapat rakaat pertama, kadang2 termiss.
Kadang2, saya ragu-ragu masuk masbuq pada rakaat ke berapa. Boleh ke saya apply ambik yg kurang/tarjih mana yg lebih baik dan pilih samada sujud sahwi sebelum/selepas salam?
terima kasih. semoga Allah memberkati tuan.
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Kami sarankan agar anda berdo’a agar Allah swt memberi kesembuhan didalam menghadapi penyakit waswaas ini.
Semasa solat bersama Imam, tidak timbul syak keatas pergerakkan anda, kerana segala perbuatan Imam itu menjadi ikutan makmum. Sabda Nabi :saw :-
إنما جُعِل الإمام ليؤتمّ به ، فلا تختلفوا عليه
“Imam itu dilantik untuk diikuti, maka janganlah kamu berbeza dengannya” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Didalam keadaan masbuq, apabila Imam memberi salam, apa-apa keraguan selepas itu bolehlah melakukan sujud al-sahw. Menurut Syeikh Ibn Utsaimin rh. :-
إذا سها المأموم في صلاته وكان مسبوقا وجب عليه أن يسجد للسهو إذا كان سهوه مما يوجب السجود
“Jika seseorang makmum bersolat dibelakang imam melakukan kesilapan, dia berkeadaan masbuq, perlu (wajib) baginya melakukan sujud al-sahw, jika kesalahannya memerlukan kepada sujud al-sahw” [Majmu’ al-Fataawa 14/698].
Mengenai syak berapakah bilangan rakaat yang telah dilakukan ketika solat, bolehlah merujuk kepada saranan Syeikh Sa’ad al-Humaid didalam jawapan kami yang lepas. Disini kami petik kembali :-
Mengenai persoalan samada bila harus melakukan sujud sahw sebelum atau selepas solat, pilihlah keadah yang MUDAH (sebagaimana saranan Syiekh Sa’ad al-Humaid), iaitu lakukan sujud al-sahw sebelum salam.
Bagi penyakit waswaas anda, satu saranan kami nyatakan kepada anda, ingatlah sabda Nabi :saw :
مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلا وَصَبٍ وَلا هَمٍّ وَلا حُزْنٍ وَلا أَذًى وَلا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
“Tidak ada seorang Islam yang mengalami kepenatan, keletihan, kerisauan, kesedihan, gangguan atau kesulitan, malah tidak sebatang duri yang mencucuknya, melainkan Allah mengkifarah beberapa dosanya” [Hadith Bukhari dan Muslim].
Setiap kali anda berjuang mengatasi penyakit tersebut mudah-mudahan Allah mengkifarahkan dosa-dosa anda.
Ingat kata-kata Syeikh Ibn Taimiyyah rh berkenaan dengan perjuangan melawan waswaas :
كالمجاهد الذي جاءه العدو فدافعه حتى غلبه فهذا أعظم الجهاد
“Bagaikan Mujaahid dimana musuh datang kepadanya dan dia melawan kembali sehingga dia mengalahkannya, dan ini mereka Jihad yang besar”.
InSyaAllah, disebalik kepayahan itu ada ganjarannya. Cuba jangan layan apa-apa perasaan syak yang keluar sewaktu menjalani ibadat. Banyak berdo’a kepada Allah swt, dan amalkan saranan Syeikh diatas. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين