Celak merupakan satu perhiasan diri yang wujud sebelum kedatangan Islam. Namun begitu, Islam tidak melarang bahkan Nabi saw sendiri menggalakkan pemakaian celak ini
Antara dalil:
1) Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Ibnu Abbas ra. Dikemukakan: “Sesungguhnya Nabi saw bersabda: “Bercelaklah kalian dengan Itsmid(batu celak), kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.” Sungguh Nabi saw mempunyai tempat celak mata yang digunakannya untuk bercelak pada setiap malam. Tiga olesan di sini dan tiga olesan di sini(mata kanan dan mata kiri).” [Riwayat At-Turmudzi]
2) Dalam suatu riwayat yang bersumber dari Jabir bin Abdullah ra. Dikemukakan bahwa Rasulullah saw bersabda: “Selalulah kalian bercelak mata dengan Itsmid sewaktu akan tidur, kerana sesungguhnya Itsmid itu menjernihkan pandangan dan menumbuhkan bulu mata.” [At-Turmudzi, Abu Daud, Ibnu Majah]
Walaupun pemakaian celak ini digalakkan oleh Nabi saw kita harus juga meliaht beberapa perkara yang lain. Seperti trend pemakaiannya pada masa kini. Pemakaian celak pada masa kini terbahagi kepada kepada dua.
1)Penggunaan celak untuk meluruskan pandangan, menjelaskan lagi penglihatan dan untuk membersihkan mata. Dengan erti kata lain bukan untuk kecantikan, ini dibolehkan bahkan ia merupakan sesuatu yang harus dilakukan berdasarkan hadis di atas.Memakainya adalah sunat hukumnya.
2)Penggunaan celak yang kedua adalah dengan tujuan kecantikan dan menarik pandangan ajnabi. Penggunaan celak dengan tujuan ini adalah haram bagi wanita. Sekiranya dengan tujuan mengemaskan diri agar tidak nampak selekeh, maka ia dibenarkan dengan syarat tidak berlebihan.WA.
Rujukan
KITAB AS-SYAMAIL MUHAMMADIYYAH
Jawapan Ahli Panel Fiqh Al-Ahkam berkaitan sunnah. Women Applying Kohl-Islam Online
Fatwa Ibn Uthaimin dalam Fatwa Islamiyyah Jilid 1 Tabarruj
:salam

Jawapan Ahli Panel Fiqh Al-Ahkam berkaitan sunnah.
Women Applying Kohl-Islam Online
Fatwa Ibn Uthaimin dalam Fatwa Islamiyyah Jilid 1
Tabarruj
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.