SJ – 2293 : SUNNAH YANG TIDAK BOLEH DIIKUTI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2293 : SUNNAH YANG TIDAK BOLEH DIIKUTI

Ana ni musykil ler...

Dalam banyak-banyak sunnah... kan ada sunnah yang takleh diikut...
Massalahnya... apa dia sunnah yang takkleh diikut tu... Boleh tolong senaraikan?
Pas tu... ummi pun termasuk salah satu ke? Misalnya... ada lah seorang Muslim yang tak nak belajar membaca dan menulis pasal dia kata nak ikut sunnah... Kalau dia cakap macam tu... kita nak jawab macam mana?

Wallahua'lam

Re: SJ – 2293 : SUNNAH YANG TIDAK BOLEH DIIKUTI


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2293 : SUNNAH YANG TIDAK BOLEH DIIKUTI

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih sekali lagi kepada Saudara VhoutenJr daripada negeri Serambi Mekkah kerana mengajukan soalan yang sangat cantik dan sangat berfaedah . Kami memohon jutaan kemaafan di atas kelewatan menjawabnya .

Perkara-perkara yang dikhususkan hanya untuk Baginda Rasulullah s.a.w digelar dengan berbagai gelaran di kalangan para cendekiawan Islam kita , seperti :

1 - “ Khususiyat ar-Rasul s.a.w “ ( ÎÕæÕíÇÊ ÇáÑÓæá Õáì Çááå Úáíå æ Óáã )

2 - “ Khosois ar-Rasul s.a.w “ ( ÎÕÇÆÕ ÇáÑÓæá Õáì Çááå Úáíå æ Óáã (

3 - “ Sunnah Khossah “ ( ÇáÓäÉ ÇáÎÇÕÉ ) .

4 – “ Khisol an-Nabi s.a.w “ ( ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ÎÕÇá ) .

5 – “ Simat ar-Rasul s.a.w “ ( ÓãÇÊ ÇáÑÓæá Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ) .

6 – “ Sifat ar-Rasul s.a.w “ ( ÕÝÇÊ ÇáÑÓæá Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ) .

Dan semuanya itu dihimpunkan di bawah satu nama am iaitu SUNNAH RASULULLAH S.A.W ataupun ASY-SYAMAIL .

ADA BERAPAKAH JUMLAH PERKARA-PERKARA YANG DIKHUSUSKAN HANYA UNTUK BAGINDA S.A.W ? :

Ianya merupakan topik yang mempunyai berbagai pandangan ulama’ rh mengenainya .

1 – Al-Imam Abu Sa’ad an-Naisaburi rh menyatakan di dalam “ Kitab Syarf al-Mustofa “ bhw ianya berjumlah 60 perkara .

2 – Al-Imam an-Nawawi rh di dalam “ Muqaddimah Syarh Sohih al-Imam Muslim rh “ menyatakan bhw ianya berjumlah 1200 perkara .

3 – Al-Imam al-Baihaqi rh pula menyatakan di dalam “ Al-Madkhal “ bhw ianya berjumlah 1000 perkara .

4 – Ada ulama’ rh yang menyatakan ianya mencapai 3000 perkara selain daripada Al-Quranul Karim .

5 – Ada pula yang mengatakan ianya lebih-kurang mencapai 60, 000 perkara ( termasuklah mukjizatnya s.a.w ) .

HUKUM MENGETAHUI PERKARA INI :

Ulama’ rh juga mempunyai berbagai pandangan mengenai hal ini , iaitu :

1 – DITEGAH MEMBICARAKANNYA ~ Sebab perkara-perkara itu semuanya telah berlalu , maka tidaklah bermakna untuk dijadikan bahan perbicaraan [ Pendapat Al-Imam Abu ‘Ali Bin Khairan rh drp Golongan Asy-Syafi’eyah ] .

2 – IANYA ADALAH HARUS ~ Kerana ianya menambahkan lagi pengetahuan [ Pendapat Al-Imam an-Nawawi rh di dalam di dalam Kitab Raudhah at-Tolibin dan At-Tahdzib ] .

3 – SUNAT .

4 – IANYA ADALAH WAJIB ~ Kerana kemungkinan orang-orang yang jahil mengenainya akan menirunya terus tanpa diketahui bahawa perkara itu hanyalah untuk Baginda Rasulullah s.a.w sahaja .

PENDAPAT YANG DIPILIH : Pendapat terakhir kerana jika orang awam pun dituntut untuk mengetahuinya agar mereka tidak meniru-niru Baginda Rasulullah s.a.w secara semberono dan totok , maka apatah lagi bagi golongan cendekiawan agama , walhal mereka inilah golongan yang paling dituntut untuk mengembangkan ilmu-ilmu pengetahuan agama Islam ! .

ADA BERAPA BAHAGIANKAH PERKARA-PERKARA INI ?:

Perkara-perkara yang dikhususkan hanya untuk Baginda Rasulullah s.a.w pula terbahagi kepada 4 bahagian :

1 - Perkara-perkara yang dikhususkan hanya untuk Baginda Rasulullah s.a.w daripada kewajipan-kewajipan .

2 - Perkara-perkara yang dikhususkan hanya untuk Baginda Rasulullah s.a.w daripada larangan-larangan .

3 - Perkara-perkara yang dikhususkan hanya untuk Baginda Rasulullah s.a.w daripada perkara-perkara yang harus .

4 - Perkara-perkara yang dikhususkan hanya untuk Baginda Rasulullah s.a.w daripada perkara-perkara yang luar biasa dan kelebihan-kelebihan tertentu . [ Maaf , perkara ke-4 ini tidak akan dibincangkan di dalam jawapan ini memandangkan ianya sudah banyak dibincangkan di dalam web al-Ahkam online ini . Sila SEARCH dengan menggunakan kata kunci : MUKJIZAT ataupun GHAIB , ataupun sila lihat MUKJIZAT RASULULLAH S.A.W http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=3958 ataupun SJ – 2291 : BENARKAH RASULULLAH S.A.W TAHU MASA DEPAN / FUTURE / GHAIB ? http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Board=UBB8&Number=10418

BAHAGIAN PERTAMA :

Perkara-perkara yang dikhususkan hanya untuk Baginda Rasulullah s.a.w daripada kewajipan-kewajipan . Ertinya bagi Baginda Rasulullah s.a.w ia adalah satu kewajipan , namun tidak pula ianya menjadi wajib kepada umatnya , seperti :

1 – Solat Dhuha.

2 – Solat Witir .

3 – Solat 2 rakaat sebelum Solat Subuh ( Qabliyah Subuh ) .

4 – Solat Malam ( Qiyammullail ) .

5 – Menyediakan binatang untuk dikorbankan ada ‘Idil Adha al-Mubarak ( Hari Raya Haji / Korban ) .

6 – Bermesyuarat di dalam urusan yang bukan ibadah khusus ( contohnya di dalam taktik peperangan dan urusan kehidupan yang tidak disebut secara terperinci di dalam Al-Quranul Karim dan di dalam Hadist ) .

7 – Tidak berganjak dan menyerah diri kepada musuh-musuh Islam sekalipun jumlah mereka sangat besar .

8 – Mengubah kemungkaran ( walhal bagi umatnya yang di dalam keadaan yang lemah ataupun di dalam keadaan terpaksa @ dharurat tidak diwajibkan mengubah kemungkaran ini dengan kuasa ataupun dengan kaedah menasihati ) .

9 – Menyempurnakan hutang mana-mana umat Islam yang mati di dalam keadaan kesusahan di zamannya s.a.w . ( Sebab Baginda s.a.w adalah pemimpin teragung dan penaung umat Islam ) .

10 – Bertanya kepada para isterinya r.a sama ada hendak terus kekal dan redha dengan kehidupan Baginda s.a.w ataupun tidak mahu lagi menjadi isteri bagi Baginda s.a.w ( Ini berkait rapat dengan ayat 28 , Surah al-Ahzab ) .

11 – Wajib Baginda Rasulullah s.a.w menyempurnakan amalan-amalan sunat ( walhal umatnya tidak diwajibkan menyempurnakannya seperti boleh membatalkan puasa sunat di siang hari kerana menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah ) .

12 – Wajib Baginda s.a.w menyempurnakan solat tanpa ada sebarang cacat cela dan kekurangan .

13 – Hukum-hakam yang wajib tidak gugur daripada Baginda Rasulullah s.a.w walaupun Baginda s.a.w di dalam keadaan yang tidak mengizinkan ( contohnya Baginda Rasulullah s.a.w tetap wajib melaksanakan solat-solat wajib yang ditinggalkan di dalam keadaan seperti koma akibat “ penangan “ wahyu , walhal kita tidak diwajibkan mengganti kembali ( qadho’ ) solat-solat yang ditinggalkan di dalam keadaan pengsan ( koma ) .

14 – Beristighfar sebanyak 70 ataupun 100 kali sehari-semalam .

BAHAGIAN KEDUA :

Perkara-perkara yang dikhususkan hanya untuk Baginda Rasulullah s.a.w daripada larangan-larangan , iaitu Baginda Rasulullah s.a.w dilarang daripada melakukannya walhal ia tidaklah dilarang bagi umatnya s.a.w , seperti :

1 – Dilarang Baginda Rasulullah s.a.w menerima zakat dan sedekah [ menurut pendapat yang paling kuat berdasarkan hadist yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim rh ] .

2 – Dilarang Baginda Rasulullah s.a.w memakan makanan yang berbau busuk seperti bawang putih dan bawang besar . Ini agar Baginda Rasulullah s.a.w sentiasa di dalam keadaan siap sedia menyambut kedatangan para malaikat a.s ataupun kedatangan wahyu pada bila-bila masa .

3 – Dilarang Baginda Rasulullah s.a.w daripada makan sambil duduk berbaring ( sebelah tangan menongkat kepala dan diletakkan siku di atas lantai / tilam ) kerana itu adalah perbuatan pembesar-pembesar . ( Namun pendapat yang paling sahih perbuatan itu adalah makruh sebagai mana di dalam kitab “ Ar-Raudhah “ . Dan perlu diingat , Baginda Rasulullah s.a.w sama sekali tidak melakukan sesuatu perkara yang dianggap makruh walaupun ianya tidaklah seberat hukum haram ) .

4 – Dilarang Baginda Rasulullah s.a.w daripada memberikan sesuatu dengan cita-cita agar mendapat pulangan yang lebih baik , sama ada cita-cita itu tersirat di dalam hati ataupun tersurat melalui kata-kata . ( Walhal , bagi umatnya pula mereka hanya dilarang daripada bercita-cita untuk mendapatkan pulangan dengan melalui kata-kata . Adapun melalui hati @ cita-cita tidaklah sama sekali dilarang kerana menjadi fitrah manusia , apabila memberi sesuatu , tentu mereka akan mengharapkan imbalan ataupun balasan sekalipun hanya dengan ucapan “ Terima Kasih “ ) .

5 – Dilarang Baginda Rasulullah s.a.w daripada bercita-cita untuk turut sama memperolehi nikmat dan kesenangan yang dirasai oleh orang lain .Cita-cita seperti itu tidaklah sesuai dengan martabat seseorang yang bergelar utusan ( rasul ) Allah Ta’ala yang bersifat maksum ( terpelihara drp sebarang dosa dan drp sebarang sifat yang tidak selayaknya bagi dirinya s.a.w ) .

6 – Dilarang Baginda Rasulullah s.a.w memberikan isyarat dengan tangan ataupun lirikan mata agar dibunuh seseorang itu ataupun dipukul .

7 – Dilarang Baginda Rasulullah s.a.w drp menikahi mana-mana wanita yang tidak berhijrah ke Al-Madinah al-Munawwarah .

8 – Dilarang Baginda Rasulullah s.a.w drp terus hidup sebagai suami bagi mana-mana wanita yang berperasaan benci terhadap Baginda Rasulullah s.a.w ( Adapun bagi umatnya s.a.w , mereka masih boleh terus bersabar – tidak terus menceraikan - di atas kederhakaan si isteri sehingga ke satu tahap yang tidak memungkinkan lagi si suami dan isteri itu hidup bersama ) .

9 – Dilarang Baginda Rasulullah s.a.w drp menikahi mana-mana wanita daripada golongan Ahlul Kitab dan dilarang juga Baginda s.a.w drp menikahi wanita-wanita drp golongan hamba-sahaya .

10 – Dilarang Baginda Rasulullah s.a.w berpaling daripada masjid tatkala azan dilaungkan .

BAHAGIAN KETIGA :

Perkara-perkara yang dikhususkan hanya untuk Baginda Rasulullah s.a.w daripada perkara-perkara yang harus ( dibenarkan ) . Iaitu ianya adalah HARUS bagi Baginda Rasulullah s.a.w , walhal tidaklah sebegitu bagi umatnya , seperti :

1 – Tidak batal wudhuk Baginda Rasulullah s.a.w walaupun tidur menelentang ataupun mengiring ( menyenggeng ) . Ini disebabkan hati-hati Para Anbiya’ a.s tidaklah tidur walaupun mata mereka tidur .

2 – Dibenarkan Baginda Rasulullah s.a.w solat sunat mutlaq selepas waktu ‘Asar.

3 – Dibenarkan Baginda Rasulullah s.a.w solat witir di atas kenderannya .

4 – Dibenarkan Baginda Rasulullah s.a.w mencium isteri-isterinya s.a.w di dalam keadaan puasa , sekalipun dengan keinginan syahwat ( walhal menurut majoriti ulama’ perbuatan itu jika dilakukan oleh selain Baginda Rasulullah s.a.w , ianya boleh membatalkan puasa . Ini disebabkan Baginda Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berupaya mengawal keinginan syahwatnya ) .

5 – Dibenarkan Baginda Rasulullah s.a.w berpuasa wisol [ sila lihat perbahasan terperinci mengenai masalah ini di dalam SJ – 2287 : HUKUM PUASA WISOL http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10399

6 – Dibenarkan Baginda Rasulullah s.a.w mengambil makanan dan minuman daripada tuannya , kerana wajib bagi orang-orang Islam lebih mengutamakan diri Baginda Rasulullah s.a.w daripada selainnya dan wajib mereka mengorbankan diri dan keinginan mereka demi diri Baginda Rasulullah s.a.w . [ Namun Baginda Rasulullah s.a.w sendiri sebenarnya tidak pernah sama-sekali mengambil makanan dan minuman daripada tuannya kerana Baginda Rasulullah s.a.w adalah pemimpin yang paling mengutamakan kepentingan umatnya . Adapun mengenai pengorbanan diri , ini dapat dilihat di dalam Kisah Perang Uhud di mana terdapat beberapa orang sahabat r.a yang menjadikan diri mereka “ perisai “ bagi tubuh – badan Baginda Rasulullah s.a.w daripada serangan tombak dan panah musuh . Dan ini salah satu contoh pengorbanan terbesar yang dilakukan oleh Para Sahabat r.a di dalam konteks mengutamakan dan memuliahkan Baginda Rasulullah s.a.w ] .

7 – Dibenarkan Baginda Rasulullah s.a.w menikahi lebih daripada 4 orang wanita .

8 – Dibenarkan Baginda Rasulullah s.a.w menerima pinangan kahwin daripada wanita di atas dasar menghadiahkan dirinya untuk Baginda Rasulullah s.a.w tanpa perlu Rasulullah s.a.w memberikan kepada wanita itu mahar ( mas kahwin ) , tanpa perlu saksi dan wali .

9 – Dibenarkan Baginda Rasulullah s.a.w berkahwin sekalipun di dalam keadaan berihram .

10 – Dibenarkan Baginda Rasulullah s.a.w menikahkan mana-mana wanita-wanita muslimat walaupun tanpa redha daripadanya.

11 – Dibenarkan baginya s.a.w untuk berperang dan membunuh musuh di dalam Mekkah al-Mukarramah serta dibenarkan juga Baginda s.a.w untuk memasuki Mekkah al-Mukarramah tanpa berihram [ Sedangkan bagi umatnya hanya boleh berperang dan membunuh musuh di dalam Mekkah al-Mukarramah di dalam keadaan dharurat sahaja ] .

12 – Dibenarkan bagi Baginda Rasulullah s.a.w untuk menjatuhkan hukuman berdasarkan pengetahuannya , walhal bagi umatnya pula tidak dibenarkan berbuat demikian , bahkan hendaklah hukuman itu dijatuhkan setelah mendengar keterangan daripada kedua-dua belah pihak ( pendakwa dan pembela ) . Atau dengan kata lain : Setelah diadakan perbicaraan .

13 – Dibenarkan Baginda Rasulullah s.a.w memberikan fatwa dan hukuman di dalam keadaan marah .

14 – Dibenarkan berdoa dan berselawat ke atas diri Baginda Rasulullah s.a.w .

15 – Dibenarkan Baginda Rasulullah s.a.w membunuh dan “ menarik kembali jaminan keselamatan “ ke atas seseorang . Contohnya Baginda s.a.w telah menarik kembali jaminan keselamatan yang diberikan kepada seorang penyair musyrikin Mekkah yang mencela Baginda s.a.w di Perang Badar dengan membunuh penyair itu di dalam peperangan berikutnya ( Perang Uhud ) .

16 – Memberikan hasil-mahsul bumi kepada seseorang sedangkan ia masih belum kelihatan lagi ataupun sebelum sesuatu kawasan itu dibuka , seperti Baginda Rasulullah s.a.w pernah menjanjikan perhiasan Raja Rom kepada Suraqah Bin Malik ( akhirnya perhiasan ini didapati oleh beliau di zaman pemerintahan Saidina ‘Umar Al-Khattab ) .

MASALAH BAGINDA RASULULLAH S.A.W “ UMMIY “ :

Pernah ada seorang penceramah agama yang menterjemah perkataan “ UMMIY “ ini sebagai IBU , lalu dikatakan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w adalah laksana Ibu kepada seluruh umatnya kerana Baginda s.a.w sangat mengasihi akan umatnya melebihi kasihnya seorang ibu terhadap anaknya .

Terjemahan ini walaupun dihuraikan dengan huraian yang MACAM BETUL AJE , sebenarnya TIDAK BETUL . Dan BETUL ( Benar ) itu sendiri berlainan pula dengan perkataan “ KEBETULAN “ .

Tidak betul di sini ialah tidak betul dari segi memberikan pengertian bagi perkataan “ UMMIY “ itu sendiri .

“ Ummiy “ itu sebenarnya bermakna seseorang yang tidak tahu membaca dan tidak pula tahu menulis . Dan kedua-dua sifat tidak tahu membaca dan menulis itu pula digelar sebagai “ Ummiyah “ . Kerana itulah perbahasan mengenai bab ini sering dibicarakan di dalam topik “ Ummiyah ar-Rasul s.a.w “( ÃãíÉ ÇáÑÓæá Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ).

Sifat ini dinyatakan sendiri oleh Al-Quranul Karim di dalam ayat 157 , Surah al-A’araf :


ÇáøóÐöíäó íóÊøóÈöÚõæäó ÇáÑøóÓõæáó ÇáäøóÈöíøó ÇáÃõãøöíøó ÇáøóÐöí íóÌöÏõæäóåõ ãóßúÊõæÈðÇ ÚöäÏóåõãú Ýöí ÇáÊøóæúÑóÇÉö æóÇáÅöäúÌöíáö íóÃúãõÑõåõã ÈöÇáúãóÚúÑõæÝö æóíóäúåóÇåõãú Úóäö ÇáúãõäßóÑö æóíõÍöáøõ áóåõãõ ÇáØøóíøöÈóÇÊö æóíõÍóÑøöãõ Úóáóíúåöãõ ÇáúÎóÈóÂÆöËó æóíóÖóÚõ Úóäúåõãú ÅöÕúÑóåõãú æóÇáÃóÛúáÇóáó ÇáøóÊöí ßóÇäóÊú Úóáóíúåöãú ÝóÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇú Èöåö æóÚóÒøóÑõæåõ æóäóÕóÑõæåõ æóÇÊøóÈóÚõæÇú ÇáäøõæÑó ÇáøóÐöíó ÃõäÒöáó ãóÚóåõ ÃõæúáóÜÆößó åõãõ ÇáúãõÝúáöÍõæäó

Ertinya : “(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang “ummiy “ yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka . Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur'an), mereka itulah orang-orang yang beruntung “ .

Sifat tidak tahu membaca dan menulis itu sudah tentulah sifat yang terlalu buruk bagi kita , namun ianya tidaklah pula dianggap sebagai sifat yang buruk bagi Baginda Rasulullah s.a.w lantaran kedua-dua sifat itulah di antara bukti dan mukjizat kenabian dan kerasulan Baginda s.a.w .

Ia adalah bukti bahawa Al-Quranul Karim adalah bersumber 100 % daripada Allah Ta’ala ! .

Ia juga adalah bukti bahawa ianya adalah 100 % asli dan tulin ! .

Kedua-dua sifat ini jugalah merupakan bukti-bukti yang kukuh yang boleh menepis segala dakwaan palsu dan tohmahan liar daripada golongan Orientalis Yahudi dan Kristian , yang selalu menuduh bahawa Baginda Rasulullah s.a.w telah menulis Al-Quranul Karim berdasarkan pembacaannya terhadap kitab Taurat dan Injil .

Bagaimanakah mungkin Baginda Rasulullah s.a.w membaca kitab Taurat dan Injil walhal Baginda Rasulullah s.a.w tidak tahu membaca dan menulis !? .

Maka inilah dia bukti yang kukuh yang menyatakan bahawa Al-Quranul Karim itu benar-benar bersumber daripada Allah Ta’ala 100 % dan ia bukanlah ciptaan Baginda s.a.w !!! .

Lantaran itulah Allah Ta’ala berfirman di dalam ayat 48 , Surah al-‘Ankabut :


æóãóÇ ßõäÊó ÊóÊúáõæ ãöä ÞóÈúáöåö ãöä ßöÊóÇÈò æóáóÇ ÊóÎõØøõåõ Èöíóãöíäößó ÅöÐðÇ áøóÇÑúÊóÇÈó ÇáúãõÈúØöáõæäó

Ertinya : “Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al Qur'an) sesuatu Kitabpun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari(mu) “ .

Firman-Nya lagi di dalam ayat 111 , Surah Yusuf :


áóÞóÏú ßóÇäó Ýöí ÞóÕóÕöåöãú ÚöÈúÑóÉñ áøöÃõæúáöí ÇáÃóáúÈóÇÈö ãóÇ ßóÇäó ÍóÏöíËðÇ íõÝúÊóÑóì æóáóÜßöä ÊóÕúÏöíÞó ÇáøóÐöí Èóíúäó íóÏóíúåö æóÊóÝúÕöíáó ßõáøó ÔóíúÁò æóåõÏðì æóÑóÍúãóÉð áøöÞóæúãò íõÄúãöäõæäó

Ertinya : “ Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur'an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman “ .

Sesungguhnya membaca dan menulis adalah wasilah ( alat ) untuk mencapai ilmu pengetahuan . Baginda Rasulullah s.a.w pula telah diberikan mukjizat ilmu dan merupakan sumber ilmu yang menghimpunkan semua pengetahuan orang-orang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian . Oleh kerana Baginda Rasulullah s.a.w sendiri sudah digelar “ Mahaguru Terbesar “ bagi makhluk dan merupakan makhluk yang paling pandai disebabkan sifatnya sebagai seorang utusan Allah Ta’ala , maka untuk apa Baginda Rasulullah s.a.w belajar menulis dan membaca !!?? .

Adapun jika ada orang yang berhujah bahawa dia sendiri tidak mahu belajar membaca dan menulis kerana mengikuti sunnah Baginda Rasulullah s.a.w , maka kita menjawab :

1 – Orang itu adalah orang yang bodoh dan dangkal ilmunya mengenai Islam ( khasnya mengenai pembahagian sunnah ) .

2 – Ajaklah dia meneliti mengapakah ayat yang pertama diturunkan ( ayat 1- 5 drp Surah al-‘Alaq ) itu mengandungi perintah dan gesaan menuntut ilmu dengan dimulai dengan kalimah IQRA’ !? .

3 – Hadist-Hadist Baginda Rasulullah s.a.w mengenai kewajipan dan gesaan menuntut Islam bukanlah satu perkara yang asing di kalangan umat Islam .

4 – Bagaimanakah umat Islam boleh memajukan diri mereka sendiri dan mampu menggerunkan musuh-musuh Islam jika mereka sendiri tidak mengetahui ilmu agama dan ilmu sains teknologi yang hanya boleh didapati dengan pandai membaca dan menulis !? .

5 – Kalau dia masih degil lagi , katakanlah kepadanya : “ Kalau engkau masih terus tidak mahu belajar dan membaca dengan dalih konon-kononnya itu adalah sunnah , maka ingatlah , engkau sekali-sekali tidak akan boleh menjadi Rasul akhir zaman dengan sifat “ ummiy “ itu !!! “ .

Sekian . Semoga ada manfaatnya .

Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN


1- KHUSUSIYYAT ar-RASUL S.A.W

Oleh : Al-‘Allamah Tuan Guru Muhammad Nuruddin Marbu Banjari al-Makki
Terbitan : Majlis Ihya’ at-Turast al-Islamiy , Kaherah

2 - YASALUNAK FID DIN WAL HAYAH
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Ahmad Asy-Syarabasi ( rh )
Vol I , Halaman 466
Darul Jil , Beirut

3 – AL-MADKHAL FI DIRASATIL QURAN al-KARIM
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Muhammad Muhammad Abu Syuhbah ( rh )
[ Bekas Dekan Fakulti Pengajian Al-Quran & As-Sunnah , Universiti Al-Azhar asy-Syarif ]
Halaman : 87 – 93
Terbitan : Maktabah as-Sunnah , Kaherah


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
21 / Dzulhijjah / 1423 H
22/ Febuari / 2003 M

SABTU – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum