000001-SJ-WUDUK: Cara-cara mandi junub

Primary tabs

1 post / 0 new
000001-SJ-WUDUK: Cara-cara mandi junub

Quote:
Boleh jelaskan cara-cara terperinci mandi junub? Sejak saya belajar
> kitab kuning sekitar akhir tahun 1970an di Johor bahru, saya sudah lupa
> nama kitab yang menyatakan secara terperinci tentang cara-cara mandi
> junub bermula dengan menghilangkan najis, berwuduk, kemudian mulakan
> dengan niat dan air yang mula-mula cecah ke kepala sebelah kanan dan
> seterusnya ... sebanyak tiga kali termasuklah air sabun ...
> Pinta sertakan rujukan sekali ...

Jawab
Rukun mandi dua perkara:
1. Niat; tujuan membezakan ibadat dan adat. Tempatnya ialah dihati
2. Meratakan air keseluruh anggota.
(Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

Tatacara (suna-sunatnya):
1. dimulakan dengan mencuci tangan tiga kali
2. membasuh kemaluan
3.berwudhu' sepertimana wudhu' untuk solat dan tangguhkan membasuh kaki
hingga dipenghujung mandian.
4. memulakan mandi dengan siraman di kepala sebanyak tiga kali hingga
meratai kulit kepala.
5. memulakan siraman air ke badan pada anggota sebelah kanan terlebih
dahulu.
6. memberi perhatian khusus kepada rongga dibadan seperti telinga, lubang
hidung, pusat, jari-jari kaki dan celah-celah anggota lain.
7. akhir sekali membasuh dua kaki.
(Sayyid Sabiq, ibid; Dr Abdul Karim Zaidan, almufassal)

Cara kedua:

Jika dia mandi dengan shower, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air
telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari, tidak payah
berwudhu', memadai hanya berniat untuk mandi dan wudhu' sekaligus. (Fatwa
Prof Dr Abdul karim Zaidan, alMufassal)

Penambahan untuk wanita:

Pada dasarnya mandi lelaki sama dengan wanita, cuma ia perlu memberi
perhatian pada rambutnya, kerana rambut wanita lebih panjang, maka
disunatkan diuraikan rambut . Bagi wanita yang mandi disebabkan haidh dan
nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath parfume)
supaya harum dari bau darahnya. (Dr Abdul Karim Zaian, ibid)

thtl for al_ahkam online