000007-SJ-SOLAT: SEMBAHYANG DI DALAM KAPALTERBANG

Primary tabs

1 post / 0 new
000007-SJ-SOLAT: SEMBAHYANG DI DALAM KAPALTERBANG

Quote:
Saya didalam kapal terbang, penerbangan 9 jam, sampai masuk waktu subuh saya mengambil wudhuk dengan hanya air secawan (tiada air diwaktu tersebut). Air tersebut hanya cukup untuk merata angota wudhuk sekali sahaja.Saya sembahyang diruang tengah dan tidak mampu untuk mengubah kearah yang saya rasa disebelah itu-lah kiblat disebabkan kesempitan.
Apakah sah wudhuk dan sembahyang yang saya lakukan?

Jumhur ulamak bersependapat jumlah air secawan itu mencukupi untuk berwudhu'; tambahan pula dalam perjalanan seseorang boleh menyapu stokin (jika telah berwudhu sebelum memulakan perjalanan); maka penggunaan amatlah minima semasa musafir. Sukatan air satu sa' dan satu mud dalam feqah berbedza mengikut madzhab dan Imam.

Solat atas kapalterbang menuntut kita menghadap kiblat sedaya mungkin saja kerana hukum solat dalamkenderaan yang bergerak tidak mensyaratkan kita mempastikan arah kiblat dengan tepat kerana kenderaan itu sentiasa bergerak dan kiblat boleh berubah dengan serta-merta.

Kesimpulan: wudhu' anda sah dan solat anda juga adalah sah.

Rujukan
1.Syaikh Rahbawi, solat 'ala Madzhaahib Arba'ah (solat menurut empat madzhab), Cairo
2. Dr Abdul Karim Zaidan, al Mufassal fiqh (Encyclopedia Feqah), baghdad.

thtl, KL