Fatwa Permainan Kuda Kepang Di Negeri Johor

Primary tabs

Huraian Tajuk/Isu:
Hukum permainan kuda kepang yang membawa kepada unsur syirik dan khurafat.

Keputusan:
Alhamdulillah fatwanya ;

'PERMAINAN KUDA KEPANG SAMA ADA TARIAN BIASA ATAU DRAMATARI ATAU TARIAN GELANGGANG ADALAH HARAM KERANA IANYA BERCANGGAH DENGAN AQIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK ISLAMIAH.

SEMUA UMAT ISLAM DILARANG DAN DITEGAH DARIPADA MELIBATKAN DIRI DENGAN PERMAINAN KUDA KEPANG. MEREKA YANG BERGIAT DALAM PERMAINAN KUDA KEPANG HENDAKLAH BERHENTI SERTA MERTA DAN BERTAUBAT DENGAN TAUBAT NASUHA.'
والله أعلم بالصواب

Keterangan/Hujah:

Keputusan di atas adalah berdasarkan kepada hujjah-hujjah berikut :

1) Terdapat unsur-unsur dalam permainan ini yang bercanggah dengan Aqidah Islamiah antaranya ialah :

PERTAMA : Unsur Syirik iaitu melakukan jampi dan mentera dengan memohon pertolongan dari jin dan syaitan. Dalam masa yang sama juga, berlaku perbuatan "menurun" atau dalam bahasa arabnya disebut sebagai Tanasuhul Arwah (تناسخ الاروح) . Pada hakikatnya adalah satu keadaaan yang menyebabkan seseorang itu diresapi oleh jin yang dipanggil atau diseru. Hal tersebut menyebabkan jin tersebut sebati dalam diri orang yang menurun, dan menguasai perasaan, fikiran, tutur kata dan jasad orang yang berkenaan. Hal ini bertentangan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam Surah Yunus ayat 106 yang berbunyi :

Maksudnya : Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya Engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah Engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).

Dan juga Surah Faathir ayat 6...

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: JMJ 351/05/(AQ)/8
Negeri: Johor

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-permainan-kuda-kepang-di-ne...



{youtube}aCnY-E7bR74{/youtube}

{youtube}2ZEdmmFG3kI{/youtube}