Pengajaran Tsunami Jepun: Erti Sebenar Kemajuan

Primary tabs

Mengenang tragedi gempa bumi dan tsunami juga diikuti dengan letupan loji nuklear di Fukushima, saya berasa terpanggil untuk menulis. Apa yang ingin saya sentuh bukan berkenaan tragedi yang menyayat hati itu, tetapi tentang maju nya jiwa dan rohani masyarakat Jepun seiring dengan kemajuan teknologi dan ekonomi mereka.

Bayangkan, sejurus selepas gempa dan tsunami melanda, banyak kedai-kedai dan pasaraya ibarat dilanggar garuda. Ramai yang melarikan diri atau terkorban dalam bencana tersebut. Surut sahaja tsunami, walau terlopong kedai terbuka tanpa penjaga, TETAPI tiada seorang pun yang cuba panjang tangan untuk mengambil kesempatan dari ketiadaan penjaga kedai tersebut. Tidak berlaku kecurian di mana-mana pun. Masing-masing sibuk tolong menolong untuk menyelamatkan nyawa dahulu. Bayangkan lah wahai pembaca! Itu lah namanya kemajuan. Bandingkan dengan kejadian beras tumpah dek kerana lori terbalik di Malaysia tempohari, si pemandu merayu, tolong lah kawan nya yang mungkin sudah terkorban itu dahulu, atau pun tolong lah saya yang cedera ini. Tidak diendahkan langsung, ibarat nyawa itu kurang harganya dari beras yang sudah bercampur pasir itu. Tiada siapa menolong si pemandu malang itu. Inikah kemajuan yang kita kecapi di Malaysia? Inikah hasil pendidikan kita melahirkan insan-insan bakal penaraju masa hadapan Malaysia. Bukan saya ingin menjatuhkan hukuman (generalized) kepada semua rakyat Malaysia, dengan mengatakan semua nya begitu, tetapi sedikit sebanyak umpama nila setitik rosak susu sebelanga. Apa pandangan masyarakat antarabangsa? Sudah tentu mereka mengatakan, Malaysia negara dunia ke-3, tidak berTAMADUN. Bayangkan, adakah Islam mengajar kita begitu? Boleh mencuri jika ada kesempatan?

Cuba dengar kisah satu lagi tentang masyarakat Jepun ini, teman saya yang bermastautin di Jepun bercerita, masyarakat Jepun panik dengan kejadian musibah berangkai-rangkai itu (Gempa, Tsunami, Nuklear, Terputus bekalan eletrik dan air dll) lalu mereka pun berduyun-duyun melakukan belian panik, sehingga habis segala-gala barang di pasaraya dan convinience store . Bayangkan, tiada seorang pun atau tiada mana-mana pihak pun yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Semua barang tetap sama, di mana sahaja dan kepada siapa sahaja yang membeli tanpa kira warna kulit atau pun faktor lain. Cuba kita renungkan sejenak, itu lah yang sepatutnya berlaku. Cuba kalau benda yang sama berlaku kepada kita di Malaysia, fuhh sana naik sini naik, dengan alasan bekalan tak mencukupi. Kenapa pula bekalan tak mencukupi harga jadi naik?? Bukankah itu waktu bencana? Bayangkan lah wahai pembaca. Bukankah kita rakyat Malaysia beragama Islam? Kita boleh mengatakan, "oh tak apalah, mereka (orang Jepun) kaya kaya belaka, tak heran tentang duit jadi tiada siapa yang ambil kesempatan" (Hakikatnya fakta itu salah pun, bukan semua orang Jepun kaya, banyak juga yang homeless, tiada kerja dan lain-lain lagi, tetapi tidak merubah prinsip hidup mereka). Sebenarnya pemikiran kita itu terbalik, kerana mereka tidak ambil kesempatan, tidak mencuri hak orang lain dan tidak memandang kebendaan lah yang membuatkan mereka menjadi maju (kaya bak kata orang kita).

Saya terfikir apakah Malaysia berkeMUNGKINAN untuk menjadi negara maju dengan erti kata maju yang sebenar. Kemajuan dalam erti kata yang hakiki ialah maju dari segi infrastruktur, ekonomi, mentaliti dan integriti bagi membentuk sesuatu bangsa menjadi satu bangsa yang berTAMADUN. Apa itu tamadun? Menurut dictionary.com tamadun atau civilisation bermaksud  a human society that has  highly developed material and spiritual resources and a complex cultural, political, and legal organization;  an advanced  state in social development (Sesebuah bangsa yang mempunyai bahan-bahan dan sumber kerohanian yang amat maju dan juga mempunyai budaya, politik dan organisasi legal yang kompleks; atau, sesuatu keadaan kemajuan dari segi pembangunan sosial). Nampak, disini Tamadun itu yang ditekankan ialah kerohanian, pembangunan sosial disamping kemajuan materiali.

Bolehkah kita ini dipanggil bangsa berTAMADUN jika sungai kita masih teramat kotor, kurang orang yang mahu menolong orang lain dikala kesusahan malah ambil kesempatan lagi, masih lagi suka mencarut guna kata-kata kotor dan nista bila mencaci orang (terutamanya dalam alam cyber), hanya mahu tandas bersih ketika mahu gunakannya sahaja,lepas guna tak peduli, conteng sana conteng sini, memandu dengan teruk sekali (pasal jalan raya ini harus tulis satu topik khusus) dan banyak contoh lagi.

Saya suka ambil kisah orang Jepun kerana, mereka ini lebih menjalankan ajaran-ajaran islam dari orang islam sendiri. Bersih (kebersihan sebahagian iman- Hadith), menghormati waktu (Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian - Surah AlAsr), tolong menolong, bertolak ansur, tidak makan rasuah, menepati janji, tidak menipu, tidak salah guna kuasa, amanah dan banyak lagi. Saya ungkapkan ini bukan dalam erti kata seorang dua sahaja orang Jepun yang begitu, malah bangsa Jepun dari segi keseluruhan bersikap yang sama.Walaupun bukan lah semua sikap bangsa Jepun itu baik (banyak juga yang buruk nya, mungkin mereka tiada agama untuk membimbing), tetapi alangkah baiknya jika kita sebagai orang islam yang lebih champion dalam menjalankan ajaran islam. Barulah kita dipandang berTAMADUN.

Tahukah pembaca sekalian! Buat pertama kalinya kontraktor pemungut sampah bekerja senang dan ringan  sesudah sesuatu perlawanan bolasepak di stadium ialah sewaktu perlawanan menentukan slot ke Piala Dunia yang terakhir tahun 1998 antara Iran lwn Jepun yang dihadiri oleh 40000 orang penyokong pasukan Jepun. Bersih, tiada sampah yang nak dikutip. Mereka bawa pulang sampah mereka sendiri.

Bukankah Islam itu adalah TAMADUN yang begitu hebat sekali! Kenapa penganutnya masih tidak kelihatan seperti orang yang bertamadun, dimana salahnya? Bagaimana tingginya tamadun Islam sewaktu hidupnya rasulallah, sewaku zaman khalifa arrashidin. Bagaimana Saidina Umar r.a tidak memakan harta rakyat dan lain-lain lagi. Bilakah akan muncul kembali 'gah'nya tamadun Islam yang akan dipandang di mata dunia. Apa pandangan dunia terhadap islam sekarang? amat menyedihkan. Dunia memandang islam sebagai agama penaja keganasan, terrorisma, tiada kebebasan bersuara dan lain-lain lagi. Salah merekakah yang bukan beragama Islam memandang sebegitu? Mereka bukan beragama Islam, jadi tak salah mereka memandang sebegitu. Sebaliknya, ianya salah kita orang Islam sendiri yang menggambarkan Islam sebagai tidak bertamadun.

Seiji Maehara, Menteri Luar Jepun, meletak jawatan pada 7 Mac 2011 yang lalu kerana merasa bertanggungjawab mengambil derma yang bernilai RM200. Bayangkan lah wahai pembaca sekalian.

Apa peranan kita sekarang? Fikir-fikirkanlah.


Diambil dari: O-Shima Restaurant http://www.facebook.com/note.php?note_id=154874691240484