SJ – 2176 : MENGHADIRI PESTA PERKAHWINAN DI GEREJA

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2176 : MENGHADIRI PESTA PERKAHWINAN DI GEREJA

:salam

Jika org bukan islam menjemput kita ke majlis perkahwinan nya yang dibuat di gereja, bolehkah kita menghadirinya ? .

Re: SJ – 2176 : MENGHADIRI PESTA PERKAHWINAN DI GEREJA


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2176 : MENGHADIRI PESTA PERKAHWINAN DI GEREJA

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara solid di atas pertanyaannya itu .

Islam tidak melarang seseorang muslim itu untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam selagi mereka tidak menunjukkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam dan umatnya .

Lantaran itulah Allah Ta’ala telah berfirman di dalam ayat 8 dan 9 , Surah al-Mumtahanah :


áóÇ íóäúåóÇßõãõ Çááøóåõ Úóäö ÇáøóÐöíäó áóãú íõÞóÇÊöáõæßõãú Ýöí ÇáÏøöíäö æóáóãú íõÎúÑöÌõæßõã ãøöä ÏöíóÇÑößõãú Ãóä ÊóÈóÑøõæåõãú æóÊõÞúÓöØõæÇ Åöáóíúåöãú Åöäøó Çááøóåó íõÍöÈøõ ÇáúãõÞúÓöØöíäó

Ertinya : “ Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil “ .


ÅöäøóãóÇ íóäúåóÇßõãõ Çááøóåõ Úóäö ÇáøóÐöíäó ÞóÇÊóáõæßõãú Ýöí ÇáÏøöíäö æóÃóÎúÑóÌõæßõã ãøöä ÏöíóÇÑößõãú æóÙóÇåóÑõæÇ Úóáóì ÅöÎúÑóÇÌößõãú Ãóä Êóæóáøóæúåõãú æóãóä íóÊóæóáøóåõãú ÝóÃõæúáóÆößó åõãõ ÇáÙøóÇáöãõæäó

Ertinya : “Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu itu sebagai kawanmu . Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim “.

Begitulah prinsip Islam terhadap golongan bukan Islam , iaitu berbaik-baik dengan mereka yang tidak memusuhi Islam dan umatnya dan bersikap tegas dan keras terhadap golongan yang menentang Islam dan umatnya .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Kembali kita kepada topik yang dikemukakan di atas . Semata-mata masuk ke dalam gereja itu , tidak kami temui sebarang larangannya di dalam agama kita ( sepanjang pengetahuan kami yang sedikit ini ) .

Walaupun begitu , ada beberapa perkara penting yang perlu kita perhatikan bersama , iaitu :

( 1 ) ~ Hadist Baginda Rasulullah s.a.w :


ãóäú ÑóÃóì ãöäúßõãú ãõäúßóÑðÇ ÝóáúíõÛóíøöÑúåõ ÈöíóÏöåö ÝóÅöäú áóãú íóÓúÊóØöÚú ÝóÈöáöÓóÇäöåö ÝóÅöäú áóãú íóÓúÊóØöÚú ÝóÈöÞóáúÈöåö æóÐóáößó ÃóÖúÚóÝõ ÇáúÅöíãóÇä

Ertinya : “ Sesiapa sahaja di kalangan kamu yang melihat kemungkaran , maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan ( kuasa ) , maka jika cara itu tidak terdaya dilakukannya maka hendaklah dengan menggunakan lisan ( nasihat dan teguran ) , dan kalau tidak mampu juga dengan lisan , maka hendaklah dicegah kemungkaran itu dengan hatinya ( dengan perasaan tidak suka / tidak redha ) , kerana itu adalah selemah-lemah iman “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh , al-Imam Ahmad rh , al-Imam Abu Daud rh dan al-Imam Ibnu Majah rh .

( 2 ) ~ Atsar ( kata-kata sahabat r.a ) :


Úóäú Úóáöíøò ÞóÇáó ÕóäóÚúÊó ØÚóÇãðÇ ÝóÏóÚóæúÊõ ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÌóÇÁó ÝóÑóÃóì Ýöí ÇáúÈóíúÊö ÊóÕóÇæöíÑó ÝóÑóÌóÚó

Ertinya : Saidina Ali r.a pernah berkata : “ Aku pernah membuat makanan lalu aku menjemput Baginda Rasulullah s.a.w , maka manakala sahaja dia sampai ke rumahku , dilihatnya ada gambar-gambar di dalam rumahku , lalu Baginda s.a.w pun balik “ ~ Diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah rh .

( 3 ) Sabda Baginda Rasulullah s.a.w lagi :


ãóäú ßóÇäó íõÄúãöäõ ÈöÇááøóåö æóÇáúíóæúãö ÇáúÂÎöÑö ÝóáóÇ íóÞúÚõÏóäøó Úóáóì ãóÇÆöÏóÉò íõÏóÇÑõ ÚóáóíúåóÇ ÈöÇáúÎóãúÑö

Ertinya : “ Barang siapa yang benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat , maka janganlah sekali-kali di dalam satu majlis ( hidangan ) yang disediakan arak padanya “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad rh , al-Imam Nasaie rh , al-Imam at-Tirmidzie rh dan al-Imam al-Hakim rh .

( 4 ) ~ Saidina ‘Umar al-Khattab al-Faruq r.a pernah berkata :


ÅöäøóÇ áóÇ äóÏúÎõáõ ßóäóÇÆöÓóßõãú ãöäú ÃóÌúáö ÇáÊøóãóÇËöíáö ÇáøóÊöí ÝöíåóÇ ÇáÕøõæóÑ

Ertinya : “ Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam gereja-gereja kamu wahai orang-orang Kristian disebabkan di dalamnya ada patung-patung yang bergambar “ ~ Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab as-Solah .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Mungkin timbul persoalan di benak kita apabila kita menghayati sabda-sabda Baginda Rasulullah s.a.w dan kata-kata para sahabatnya r.a : “ Kalau begitu , bagaimanakah kita hendak menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di gereja , tokong , kuil , walhal sudah pasti di sana diadakan upacara-upacara yang bertentangan dengan Islam seperti menyembah patung-patung , mengelilingi api , nyanyian-nyanyian keagamaan mereka , adat persandingan , dihidangkan arak dan sebagainya ? , dan bagaimanakah pula kita hendak meneruskan hubungan baik kita dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam ? . “ .

JAWAPANNYA :

Di sini ada beberapa cara yang Insya-Allah boleh menyelesaikan kemelut itu :

{ 1 } ~ Biasanya , pesta-pesta perkahwinan yang diadakan di dalam rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam itu tidaklah terhenti di situ sahaja . Malahan mereka mengadakan majlis makan-minum – kenduri di rumah-rumah mereka .

Samalah dengan kita selaku orang-orang Islam , kebanyakan kita hanya menjadikan masjid sebagai tempat melakukan upacara Akad Nikah sahaja , tetapi kenduri di rumah-rumah kita , ataupun di balairaya – balairaya dan bagi yang berduit banyak , di hotel-hotel .

Oleh itu , jika kita benar-benar bimbang kita terbabit dengan majlis-majlis yang yang bertentangan dengan Islam , maka kita TANGGUHKANLAH kehadiran kita ke majlis akad nikah mereka .

Tidak perlulah kita ke gereja ataupun tokong ataupun kuil mereka . Kita Cuma perlu hadir ke rumah-rumah mereka sahaja yang di situlah mereka mengadakan majlis kenduri .

{ 2 } ~ Kalau kita bimbang juga kita dikira “ bersyubahat “ kerana di dalam majlis-majlis kenduri mereka sudah pasti dihidangkan juga makanan dan minuman yang diharamkan kita menikmatinya , maka kita TANGGUHKANLAH kehadiran kita sehingga selesai majlis itu .

Apabila selesai majlis itu , kita pun melawat rakan kita itu dan memohon maaf di atas kelewatan kita lalu kita pun “ berbasa-basi “ dan menikmati makanan dan minuman yang halal yang masih ada ( kalau tiada pun tidak mengapa , sebab yang lebih penting ialah menjaga hubungan kita dengan dia ) , dan akhirnya kita pun memberinya hadiah sempena perkahwinannya itu .

Bukankah cara kedua ini juga tidak menjadi apa-apa masalah bagi kita dan sekaligus masih boleh menjaga hubungan baik kita dengan dia ? .

{ 3 } ~ Kalau cara kedua “ tak jalan “ . Maka TANGGUHKANLAH lagi kehadiran kita ke suatu masa yang sesuai . Hubungilah kawan kita itu di hari itu dan katakanlah padanya bahawa kita tidak dapat hadir langsung ke majlis perkahwinannya ataupun rumahnya di hari itu .

Katakanlah juga padanya , bahawa kita akan menziarahinya 2-3 hari selepas itu dengan membawa hadiah perkahwinannya yang lebih cantik dan bagus sebagai GANTI ( qodho ) ketidak-hadiran kita ke majlis perkahwinannya .

Bukankah cara yang ketiga ini juga tidak berat untuk kita lakukan ? . :smirk:

Dan bukankah cara itu juga boleh menyebabkan hubungan kita dengan dia yang tidak beragama Islam itu berterusan dengan baik , sekaligus menyediakan peluang untuk kita berdakwah kepadanya ? . :yess

Umat Islam hendaklah sentiasa “ cerdik “ , “ berhati-hati “ dan juga “ sentiasa berdakwah “ dengan segala kebolehan yang ada !!! .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ FATAWA MU’ASIROH III ( ms 668 )
~ Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ha
Penasihat & Mufti Negara Qatar serta Dekan Fakulti Syariah di Qatar ..

2 – KATA BERJAWAB : 1 –5
Oleh : al-‘Allamah Ustadz Abd. Qadir Hassan rh
Topik : Mendatangi Pesta Kahwin Di Gereja , Halaman : 806 – 807
Terbitan : Yayasan al-Muslimun , Bangil , Indonesia
Harga : 10.00

3 – SJ - 1961: PERAYAAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8472

4 - SJ - 1878 : MENZIARAHI IBU-BAPA YANG BELUM MEMELUK ISLAM
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8150&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
02 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
02 / Jun / 2003 M

ISNIN – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum