SJ – 2445 : HADIS – HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2445 : HADIS – HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN

Ahli Panel,

Harap maaf kalau soalan ini kurang relevan atau terlalu panjang.

Diharap pihak Al-ahkam dapat memberikan komen secara ringkas mengenai hadis2 yg diutarakan disini??

Ini adalah petikan email yg saya dapat dari group. Jazakallah.

Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan.
Betul tak? Benar Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman. Benar atau tidak? Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000
hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman. Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq di blocked oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.

Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai
dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom (Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya.

Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta disungai
Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan,Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.

Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar - ibu segala peperangan - Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel).
Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia.
Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat
Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.

Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya: Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya
hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam
berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan.

Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda
yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi. Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar
senjata nuklear, biolgi atau kimia akan digunakan.

Re: SJ – 2445 : HADIS – HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2445 : HADIS – HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Hasry di atas soalan-soalan yang dikemukakan .

Saya memohon jutaan kemaafan di atas kelewatan membalas soalan saudara di atas disebabkan :

1 – Kesibukan dengan program-program pengajian dan persatuan di sini .

2 – Sakit selama seminggu ( sampai sekarang masih terasa “ bisanya “ sakit itu , namun alhamdulillah dah pulih sikit-sikit ) .

3 – Baru sampai drp permusafiran yang agak jauh ( selama 3 hari ~ sakit-sakit pun kena musafir juga sebab ada hal yg sgt penting ) .

Mengenai soalan-soalan yang diajukan di atas , saya sendiri terpaksa mengakui betapa sukarnya untuk mencari sumber-sumber asalnya . Ini disebabkan :

1 – Saya sendiri adalah orang yang tidak pakar di dalam selok-belok pengajian Ilmu Hadist dan pecahan-pecahannya . Saya sendiri masih belajar dan terus belajar .

2 – Lantaran itu saya ibarat seorang nelayan yang sedang berhadapan dengan lautan ilmu-ilmu hadist yang begitu luas dan besar ( yang terkandung di dalam beribu-ribu buah kitab lama dan moden ) . Bukan itu sahaja malahan ombaknya juga amat besar dan menggunung .

3 – Hadist-hadist yang dikepilkan bersama-sama dengan soalan di atas , tidak dinyatakan matannya ( teks asal ) yang berbahasa Arab , tidak pula dinyatakan drp manakah sumbernya , tidak pula dinyatakan drp kitab mana , yang menyebabkan hasil-usaha mencari kembali sumber-sumber asalnya itu “ memakan masa “ , dan menyebabkan saudara terpaksa menanti . ( “ Bukankah penantian itu satu yang menyiksakan ? “ ) .

Namun , alhamdulillah , setelah puas mencuba dengan sekadar sedikit pengetahuan yang diberikan oleh Allah Ta’ala kepada diri saya , berikut ini adalah jawapan-jawapannya .

Saya tidak akan menghuraikan hadist-hadist di berikut melainkan di beberapa tempat yang saya rasakan ianya benar-benar perlu kepada huraian .

*********************************************

Soalan Saudara :

1 - Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan.

Jawapannya :

Ya benar sabda Baginda Rasulullah s.a.w itu . Semenjak Baginda Rasulullah s.a.w dilahirkan dan diutuskan untuk mengembangkan Islam , Al-Quran dan Hadist selalu menyatakan :


. ÇÞúÊóÑóÈóÊö ÇáÓøóÇÚóÉõ æóÇäÔóÞøó ÇáúÞóãóÑõ

Ertinya : “ Telah dekatlah saatnya qiamat dan telah terbelahlah bulan “ ~ Surah al-Qamar , ayat 1 .

Úóäú Óóåúáö Èúäö ÓóÚúÏò ÞóÇáó ÓóãöÚúÊõ ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íõÔöíÑõ ÈöÅöÕúÈóÚöåö ÇáøóÊöí Êóáöí ÇáúÅöÈúåóÇãó æóÇáúæõÓúØóì æóåõæó íóÞõæáõ ÈõÚöËúÊõ ÃóäóÇ æóÇáÓøóÇÚóÉõ åóßóÐóÇ

Ertinya : Saidina Sahl Bin Sa’ad r.a berkata , aku pernah mendengar Baginda Rasulullah s.a.w bersabda sambil Baginda s.a.w memberikan isyarat dengan dua jarinya ( merapatkan jari telunjuk dengan jari tengahnya ) seraya berkata : (( Aku dilahirkan dan saat hampirnya qiamat dengan kelahiranku itu adalah seperti dua batang jariku ini )) ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh .

Oleh itu , memang semenjak kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w itu sendiri HARI KIAMAT SUDAH SEMAKIN DEKAT DIRASAI , SUDAH SEMAKIN HAMPIR KEPADA KITA . Hampir di sini bukanlah menurut perhitungan kita , tetapi menurut perhitungan Allah Ta’ala yang tidak “ terkesan “ dengan sebarang perubahan hari , bulan , tahun dan waktu .

Hadist yang menceritakan perihal akan berlakunya peperangan demi peperangan itu ialah :


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó áóÇ ÊóÞõæãõ ÇáÓøóÇÚóÉõ ÍóÊøóì íóÝöíÖó ÇáúãóÇáõ æóÊóÙúåóÑó ÇáúÝöÊóäõ æóíóßúËõÑó ÇáúåóÑúÌõ ÞóÇáõæÇ æóãóÇ ÇáúåóÑúÌõ íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÞóÇáó ÇáúÞóÊúáõ ÇáúÞóÊúáõ ÇáúÞóÊúáõ ËóáóÇËðÇ

Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (( “ Tidaklah akan berlakunya Hari Qiamat sehinggalah melimpah-ruah harta-benda dan timbul fitnah ~ ujian terhadap keimanan ~ dan banyak pula berlaku “ al-Harj “ . Para sahabat r.a bertanya : Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah ? , Baginda s.a.w menjawab : “ Peperangan demi peperangan demi peperangan “ ~ diulangi sebanyak 3 kali )) ~ Hadist diriwayakan oleh al-Imam Muslim rh ( Kitab al-Fitan wa Ashrot as-Sa’ah – 6310 ) dan al-Imam Ibnu Majah rh di dalam Kitab al-Fitan , Bab : Ashrot as-Sa’ah .

*********************************************

Soalan Saudara Lagi :

2- Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman. Benar atau tidak?

Jawapannya :

Ya benar , Baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda :

Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó áóÇ ÊóÞõæãõ ÇáÓøóÇÚóÉõ ÍóÊøóì ÊóÚõæÏó ÃóÑúÖõ ÇáúÚóÑóÈö ãõÑõæÌðÇ æóÃóäúåóÇÑðÇ

Ertinya : Drp Saidina Abu Hurairah r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (( “ Tidaklah akan berlakunya Hari Qiamat itu sehinggalah Tanah Arab ~ yang tandus ~ itu akan menjadi lembah yang subur dan diairi oleh sungai-sungai “ )) ~ Hadist diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh ( Kitab az-Zakah , Bab at-Targhib fi as-Sodaqah… ) dan al-Imam Ahmad ( Baqi Musnad al-Muktsirin )

*********************************************

Soalan Saudara Lagi :

3 - Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq.

Jawapannya :

Ya benar , Baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda :


Úóäú ÃóÈöí äóÖúÑóÉó ÞóÇáó ßõäøóÇ ÚöäúÏó ÌóÇÈöÑö Èúäö ÚóÈúÏö Çááøóåö ÝóÞóÇáó íõæÔößõ Ãóåúáõ ÇáúÚöÑóÇÞö Ãóäú áóÇ íõÌúÈóì Åöáóíúåöãú ÞóÝöíÒñ æóáóÇ ÏöÑúåóãñ ÞõáúäóÇ ãöäú Ãóíúäó ÐóÇßó ÞóÇáó ãöäú ÞöÈóáö ÇáúÚóÌóãö íóãúäóÚõæäó ÐóÇßó Ëõãøó ÞóÇáó íõæÔößõ Ãóåúáõ ÇáÔøóÃúãö Ãóäú áóÇ íõÌúÈóì Åöáóíúåöãú ÏöíäóÇÑñ æóáóÇ ãõÏúíñ ÞõáúäóÇ ãöäú Ãóíúäó ÐóÇßó ÞóÇáó ãöäú ÞöÈóáö ÇáÑøõæãö Ëõãøó ÓóßóÊó åõäóíøóÉð Ëõãøó ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóßõæäõ Ýöí ÂÎöÑö ÃõãøóÊöí ÎóáöíÝóÉñ íóÍúËöí ÇáúãóÇáó ÍóËúíðÇ áóÇ íóÚõÏøõåõ ÚóÏóÏðÇ

Ertinya : Drp Saidina Abu Nadhrah r.a dia telah berkata : Kami pernah duduk bersama-sama dengan Saidina Jabir Bin ‘Abdullah r.a , dan dia pernah berkata : ( “ Hampir-hampir nanti penduduk Iraq tidak akan dikumpulkan kepada mereka semangkuk biji-bijian ( makanan ) dan satu dirham pun “ ) . Kami bertanya ( kpd Saidina Jabir r.a ) : “ Bagaimanakah sampai boleh terjadi begitu ? “ . Jawabnya : ( “ Disebabkan perbuatan Bangsa Asing . Mereka inilah yang menghalangnya memasuki Iraq “ ) . Saidina Jabir r.a berkata lagi : ( “ Hampir-hampir nanti penduduk negara Syam tidak akan dikumpulkan kepada mereka satu dinar sekalipun dan tidak juga semangkuk makanan “ ) . Kami bertanya lagi kepadanya : ( “ Bagaimanakah sampai boleh terjadi sebegitu pula ? “ ) . Jawab beliau r.a : ( “ Itu disebabkan perbuatan Rom “ ) , kemudian beliau r.a terdiam seketika sehinggalah beliau r.a menyambung kata-katanya : ( “ Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : Pada akhir umatku nanti ada seorang pemimpin yang menimbunkan hartanya bertimbun-timbun dan tidak dia mengiranya satu-persatu ) . Dia berkata lagi : Aku pun ( Saidina Jabir r.a ) bertanya kepada Saidina Abu Nadhrah r.a dan Saidina Abu al-‘Ala’ r.a : ( Adakah kamu sangka pemimpin itu adalah Saidina ‘Umar Bin ‘Abdul ‘Aziz r.a ? ) . Mereka berdua r.a menjawab : ( Tidak ! ) ~ Hadist diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh ( Kitab al-Fitan wa Ashrot as-Sa’ah : 6364 )

PENJELASAN HADIST :

( a ) ~ Hadist di atas adalah sungguhpun pada permulaannya adalah hadist mauquf ( kerana bersumber drp sahabat r.a , bukannya terus drp Baginda Nabi s.a.w ) akan tetapi hadist ini diterima . Ini disebabkan kita percaya berita mengenai hal ghaib ( apa yang akan datang ) TIDAK AKAN DIREKA-CIPTA @ PANDAI-PANDAI SENDIRI oleh seorang sahabat r.a seperti Saidina Jabir r.a dan kedua-dua orang rakannya di atas . Kita juga percaya bahawa mereka berkata demikian ( di dalam hal ghaib ini ) kerana mereka sendiri pernah mendengarnya daripada lisan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri .

( b ) ~ Terdapat beberapa huraian mengenai bagaimanakah para penduduk Iraq dan Syam ( Palestin , Utara Jordan , Lubnan dan Syiria ) terhalang daripada makanan dan harta-benda ataupun ( menurut satu pendapat lain ) negara-negara itu sendiri akan menghalang orang lain drp memiliki harta-benda dan makanan mereka , iaitu samada ( 1 ) ~ Mereka memeluk Islam , maka mereka tidak lagi perlu membayar jizyah . [b] ( 2 ) ~ Bangsa Asing dan Rom akan menakluk negara-negara itu di akhir zaman kelak lalu menghalang umat Islam lain menikmati harta-benda dan makanan negara-negara tersebut ~ ini adalah pendapat yang paling termasyhur . Manakala pendapat 3 ~ pula , para penduduk negara tersebut akan menjadi murtad dan tidak pula mahu membayar jizyah ataupun kharaj ~ pendapat ini lemah . { Fathul Mun’iem Syarh Sahih al-Imam Muslim rh , Jilid 10, halaman : 513 } .

*********************************************

Soalan Saudara Lagi :

4 - Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai
dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu

Jawapannya :

Ya benar , Baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda :


Ëã ÓÊÕÇáÍæä ÇáÑæã ÕáÍÇ ÂãäÇ ÍÊì ÊÛÒæÇ ÃäÊã æåã ÚÏæÇ ãä æÑÇÆåã ÝÊäÕÑæä æÊÓáãæä æÊÛäãæä ÍÊì ÊäÒáæÇ ÈãÑÌ ÝíÞæá ÞÇÆá ãä ÇáÑæã ÛáÈ ÇáÕáíÈ æíÞæá ÞÇÆá ãä ÇáãÓáãíä Èá Çááå ÛáÈ æíÊÏÇæáæäåÇ æÕáíÈåã ãä ÈÚíÏ ÝíËæÑ Åáíå ÑÌá ãä ÇáãÓáãíä ÝíÏÞå æíËæÑæä Åáì ßÇÓÑ ÕáíÈåã ÝíÖÑÈæä ÚäÞå æíËæÑ ÇáãÓáãæä Åáì ÃÓáÍÊåã ÝíÞÊÊáæä ÝíßÑã Çááå Êáß ÇáÚÕÇÈÉ ÈÇáÔåÇÏÉ ÝíÃÊæä ãáßåã ÝíÞæáæä ßÝíäÇß ÌÒíÑÉ ÇáÚÑÈ ÝíÌÊãÚæä ááãáÍãÉ ÝíÃÊæä ÊÍÊ ËãÇäíä ÛÇíÉ ÊÍÊ ßá ÛÇíÉ ÇËäÇ ÚÔÑ ÃáÝÇ

Ertinya : (( …” kemudian kamu akan berbaik-baik dengan Bangsa Rom dan kamu serta Rom akan memerangi musuh di belakang mereka . Lalu kamu akan menang , berasa aman dan memperolehi harta ghanimah , sehinggalah apabila kamu sampai ke sebuah taman yang luas , nanti akan ada seorang drp pihak Rom : “ Salib telah menang “ , manakala seorang pula drp tentera Islam akan berkata : “ Bahkan sebenarnya Allah lah yang telah menang “ .

Pasukan Rom itu tadi terus-menerus mengucapkan ucapan itu dan mengangkat salib mereka drp jauh , sehinggalah seseorang daripada pihak tentera Islam marah lalu menerpa kepada si lelaki ( Rom ) yang memegang salib itu dan membunuhnya . Lelaki Islam itu pula dibunuh oleh mereka drp pasukan Rom .

Kemudian , tentera Islam pula segera mencapai senjata-senjata mereka dan memerangi Rom pula sehinggalah tentera Islam itu diberikan kemulian oleh Allah Ta’ala dengan anugerah mati syahid .

Pasukan Rom selepas itu pun balik dan menemui raja mereka dan berkata : “ Kami dah takluk Tanah Arab untuk tuanku ! “ .

Kemudian , tentera Rom itu pula berkumpul untuk menghadapi satu peperangan yang besar ( seperti Armageddon ~ menurut lagenda mereka ) dan akan datanglah mereka sebanyak 80 pasukan dan setiap pasukan itu ada 12, 000 tentera “ ~ Sahih al-Imam Ibnu Hibban rh , No. Hadist : 6709 , Halaman : 102 , Jilid : 15 , Terbitan : Muassasah ar-Risalah, Beirut ( 1993 ) .

PENJELASAN HADIST :

Bangsa Rom di dalam hadist di atas mungkin penduduk Rom yang kita kenali sekarang ( berhampiran Itali dan Romania ) dan mungkin juga adalah Bani Ishak ( Yahudi ) ataupun mungkin juga Amerika Syarikat ~ sebagai mana yang akan dibahaskan di dalam hadist ke-6 di bawah ini .

Hadist ini adalah sama dengan hadist-hadist akhir zaman yang lain , ianya berbentuk umum dan tidak menceritakan secara khusus dan spesifik . Kerana itu tidaklah semestinya bangsa Rom yang disebut-sebut itu mestilah Amerika Syarikat yang bersama-sama dengan Puak Kurdistan yang menyerang rakyat Iraq sendiri baru-baru ini ! .

Mungkin juga ia merujuk kepada Amerika Syarikat yang pernah bersama-sama dengan Iraq satu masa dahulu memerangi rakyat Iran .

Mungkin juga merujuk kepada Amerika Syarikat yang bersama-sama dengan “ Perikatan Utara “ ( yang bersikap munafiqin ) yang menyerang Taliban dan penduduk Afghanistan .

Pendek kata : Semuanya yang dinyatakan di dalam hadist itu masih terlalu umum dan tidak dapat dikhususkan lagi dengan apa yang berlaku di dunia ini sampai masa kini .

*********************************************

Soalan Saudara Lagi :

5 - Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furat (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati.

Jawapannya :

Ya benar . Hadist ini telah saya bahaskan secara khusus di dalam SJ – 2436 : PERANG DI SUNGAI FURAT , IRAQ di url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11678
. Oleh itu diharap saudara-saudari dapat merujuk kepada Soal-Jawab tersebut .

*********************************************

Soalan Saudara Lagi :

6 - Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik).

Jawapannya :

Ya benar . Baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda :


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó áóÇ ÊóÞõæãõ ÇáÓøóÇÚóÉõ ÍóÊøóì íóäúÒöáó ÇáÑøõæãõ ÈöÇáúÃóÚúãóÇÞö Ãóæú ÈöÏóÇÈöÞò ÝóíóÎúÑõÌõ Åöáóíúåöãú ÌóíúÔñ ãöäó ÇáúãóÏöíäóÉö ãöäú ÎöíóÇÑö Ãóåúáö ÇáúÃóÑúÖö íóæúãóÆöÐò ÝóÅöÐóÇ ÊóÕóÇÝøõæÇ ÞóÇáóÊö ÇáÑøõæãõ ÎóáøõæÇ ÈóíúäóäóÇ æóÈóíúäó ÇáøóÐöíäó ÓóÈóæúÇ ãöäøóÇ äõÞóÇÊöáúåõãú ÝóíóÞõæáõ ÇáúãõÓúáöãõæäó áóÇ æóÇááøóåö áóÇ äõÎóáøöí Èóíúäóßõãú æóÈóíúäó ÅöÎúæóÇäöäóÇ ÝóíõÞóÇÊöáõæäóåõãú ÝóíóäúåóÒöãõ ËõáõËñ áóÇ íóÊõæÈõ Çááøóåõ Úóáóíúåöãú ÃóÈóÏðÇ æóíõÞúÊóáõ ËõáõËõåõãú ÃóÝúÖóáõ ÇáÔøõåóÏóÇÁö ÚöäúÏó Çááøóåö æóíóÝúÊóÊöÍõ ÇáËøõáõËõ áóÇ íõÝúÊóäõæäó ÃóÈóÏðÇ ÝóíóÝúÊóÊöÍõæäó ÞõÓúØóäúØöíäöíøóÉó ÝóÈóíúäóãóÇ åõãú íóÞúÊóÓöãõæäó ÇáúÛóäóÇÆöãó ÞóÏú ÚóáøóÞõæÇ ÓõíõæÝóåõãú ÈöÇáÒøóíúÊõæäö ÅöÐú ÕóÇÍó Ýöíåöãõ ÇáÔøóíúØóÇäõ Åöäøó ÇáúãóÓöíÍó ÞóÏú ÎóáóÝóßõãú Ýöí Ãóåúáöíßõãú ÝóíóÎúÑõÌõæäó æóÐóáößó ÈóÇØöáñ ÝóÅöÐóÇ ÌóÇÁõæÇ ÇáÔøóÃúãó ÎóÑóÌó ÝóÈóíúäóãóÇ åõãú íõÚöÏøõæäó áöáúÞöÊóÇáö íõÓóæøõæäó ÇáÕøõÝõæÝó ÅöÐú ÃõÞöíãóÊö ÇáÕøóáóÇÉõ ÝóíóäúÒöáõ ÚöíÓóì ÇÈúäõ ãóÑúíóãó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÃóãøóåõãú ÝóÅöÐóÇ ÑóÂåõ ÚóÏõæøõ Çááøóåö ÐóÇÈó ßóãóÇ íóÐõæÈõ ÇáúãöáúÍõ Ýöí ÇáúãóÇÁö Ýóáóæú ÊóÑóßóåõ áóÇäúÐóÇÈó ÍóÊøóì íóåúáößó æóáóßöäú íóÞúÊõáõåõ Çááøóåõ ÈöíóÏöåö ÝóíõÑöíåöãú Ïóãóåõ Ýöí ÍóÑúÈóÊöåö

Ertinya : Drp Saidina Abu Hurairah ra , Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : (( “ Tidaklah akan berlaku qiamat sehinggalah Bangsa Rom sampai di al-A’amaq ataupun dikenali sebagai Dabiq ~ di Syiria . Lalu akan datanglah kepada mereka sepasukan tentera muslimin drp al-Madinah al-Munawwarah yang mana mereka itu adalah sebaik-baik manusia pada waktu itu . Apabila pasukan muslimin dan Rom saling berhadapan , maka berkatalah Rom : “ Biarlah kami wahai orang-orang Islam membunuh beberapa orang Islam yang telah pun membunuh dan memenjarakan beberapa orang kami ! “ . Umat Islam pun menjawab : “ Tidak ! , Demi Allah , kami sekali-kali tidak akan menyerahkan saudara-saudara kami itu kepada kamu . “ . Maka umat Islam itu pun terus memerangi Rom. Satu pertiga daripada jumlah tentera muslimin itu telah kalah sehingga Allah tidak menerima taubat mereka selama-lamanya ~ disebabkan mereka lari drp medan pertempuran . Satu pertiga lagi daripada tentera umat Islam terbunuh dan mereka inilah para syuhadak di sisi Allah . Manakala satu pertiga lagi tentera Islam akan menang di dalam pertempuran itu dan mereka tidaklah akan terpedaya dengan segala bentuk fitnah ( cubaan ) selama-lamanya . Maka mereka inilah yang akan membuka ( sekali lagi ) Bandar Konstantinopal ( Istanbul ) .

Sedang tentera muslimin itu sibuk membahagi-bahagikan harta ghanimah dan mengantung pedang-pedang mereka di pohon-pohon zaitun , tiba-tiba datanglah syaitan lalu bertempik kepada mereka : “ Dajjal telah menuju kepada anggota keluarga kamu semua di belakang kamu “ . Lalu tentera Islam pun keluar menuju ke arah keluarga-keluarga mereka dan kata-kata syaitan tadi adalah palsu .

Apabila tentera muslimin sampai di Syam , keluarlah Dajjal . Dan tatkala tentera muslimin bersiap-sedia untuk memerangi Dajjal dan membetulkan barisan , maka tiba-tiba dilaungkan iqamat , maka turunlah selepas itu Nabi Isa anak Maryam a.s , lalu Baginda a.s menjadi imam sembahyang bagi umat Islam .

Apabila musuh Allah ( Dajjal ) melihatnya ( Nabi Isa a.s ) , kecut-perutlah dia seumpama hancurnya garam di dalam air . Kalau dibiarkan terus dia ( Dajjal ) berkeadaan begitu , dia akan mati ( sebab takut nak mampus ) , akan tetapi Allah telah membunuhnya ( Dajjal ) dengan dihantarnya Nabi Isa a.s . Akhirnya , Nabi Isa a.s pun menunjukkan darah Dajjal itu dihujung tombaknya kepada umat Islam “~ Hadist diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh ( Kitab al-Fitan :6329 )

PENJELASAN HADIST :

Di dalam hadist ini dinyatakan bahawa yang akan memerangi umat Islam di akhir zaman kelak di sebuah kawasan di Syiria yang bernama DABIQ ( ada yang mengatakan ianya berdekatan dengan kawasan Halab , di utara Syiria ) . Kaum itu adalah Kaum Rom .

Namun di dalam hadist lain pula ( Hadist ke-2376 menurut riwayat al-Imam Muslim rh ) pula kaum itu adalah kaum BANI ISHAK seramai 70,000 orang .

Bani Ishak adalah satu gelaran kepada Bangsa Yahudi sebagai mana orang-orang Arab pula dikenali sebagai “ Bani Ismail “ . Selain gelaran “ Bani Ishak “ digunakan untuk bangsa Yahudi , mereka juga digelar sebagai “ Bani Ya’akub “ .

Tidak mustahil pula Bani Ishak itu adalah Amerika Syarikat ( walaupun tidalah semestinya , disebabkan tiada hadis secara spesifik yang mengatakan ia mesti begitu dan begini ) .

Tidak mustahil disebabkan kepimpinan Amerika Syarikat sendiri dikawal oleh pemimpin-pemimpinnya yang beragama Yahudi dan berfahaman Zionisme dan Freemason yang memang menjadi alat propaganda dan idealisme Bangsa Yahudi .

Amerika Syarikat sendiri , walaupun mempunyai presidennya yang beragama Kristian , tetapi semua orang tahu bahawa kebanyakan pemimpin A.S adalah orang-orang Yahudi ! .

Hadist di atas menyatakan juga bahawa Nabi Isa a.s akan menjadi imam sembahyang kepada umat Islam . Sedangkan di dalam hadist yang lain ( menurut riwayat Musnad Harist Bin Abu Umamah dan Imam Ibnul Qaiyim ) menyatakan bahawa yang menjadi imam sembahyang ialah Imam al-Mahdi , bukannya Nabi Isa a.s . Jadi bagaimanakah sebenarnya ? .

Sebenarnya kedua-dua hadist itu tidaklah bertentangan . Ya, memang benar Imam al-Mahdi r.a yang akan menjadi imam sembahyang bagi umat Islam di Mekkah al-Mukarramah . Ini berlaku di saat awal munculnya Nabi Isa a.s . Nabi Isa a.s memberikan laluan kepada Imam Mahdi r.a agar menjadi imam sembahyang sebagai satu penghormatan kepada beliau selaku umat bagi nabi dan rasul terbaik lagi termulia , Baginda Rasulullah s.a.w .

Manakala Nabi Isa a.s sendiri akan menjadi imam sembahyang di saat akhir, iaitu setelah baginda a.s membunuh sendiri Dajjal LaknatulLahi ‘alaih . Diberikan laluan kepada Baginda Nabi Isa a.s sebagai imam sembahyang ini adalah sebagai satu penghormatan bagi seorang utusan Allah Ta’ala dan juga yang membunuh Dajjal di akhir zaman .

*********************************************

Soalan Saudara Lagi :

7 - Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini ? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.

Jawapannya :

Ya benar sekali sabda Baginda s.a.w itu . Dan hadistnya sebagai mana yang telah dinyatakan di atas ( Hadist ke-6 ) .

*********************************************

Soalan Saudara Lagi :

8 - Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya: Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan.

Jawapannya :

Ya benar sekali sabda Baginda Rasulullah s.a.w itu . Hadist yang menyebut perihal itu ialah :


Úóäú íõÓóíúÑö Èúäö ÌóÇÈöÑò ÞóÇáó åóÇÌóÊú ÑöíÍñ ÍóãúÑóÇÁõ ÈöÇáúßõæÝóÉö ÝóÌóÇÁó ÑóÌõáñ áóíúÓó áóåõ åöÌøöíÑóì ÅöáøóÇ íóÇ ÚóÈúÏó Çááøóåö Èúäó ãóÓúÚõæÏò ÌóÇÁóÊö ÇáÓøóÇÚóÉõ ÞóÇáó ÝóÞóÚóÏó æóßóÇäó ãõÊøóßöÆðÇ ÝóÞóÇáó Åöäøó ÇáÓøóÇÚóÉó áóÇ ÊóÞõæãõ ÍóÊøóì áóÇ íõÞúÓóãó ãöíÑóÇËñ æóáóÇ íõÝúÑóÍó ÈöÛóäöíãóÉò Ëõãøó ÞóÇáó ÈöíóÏöåö åóßóÐóÇ æóäóÍøóÇåóÇ äóÍúæó ÇáÔøóÃúãö ÝóÞóÇáó ÚóÏõæøñ íóÌúãóÚõæäó áöÃóåúáö ÇáúÅöÓúáóÇãö æóíóÌúãóÚõ áóåõãú Ãóåúáõ ÇáúÅöÓúáóÇãö ÞõáúÊõ ÇáÑøõæãó ÊóÚúäöí ÞóÇáó äóÚóãú æóÊóßõæäõ ÚöäúÏó ÐóÇßõãõ ÇáúÞöÊóÇáö ÑóÏøóÉñ ÔóÏöíÏóÉñ ÝóíóÔúÊóÑöØõ ÇáúãõÓúáöãõæäó ÔõÑúØóÉð áöáúãóæúÊö áóÇ ÊóÑúÌöÚõ ÅöáøóÇ ÛóÇáöÈóÉð ÝóíóÞúÊóÊöáõæäó ÍóÊøóì íóÍúÌõÒó Èóíúäóåõãõ Çááøóíúáõ ÝóíóÝöíÁõ åóÄõáóÇÁö æóåóÄõáóÇÁö ßõáøñ ÛóíúÑõ ÛóÇáöÈò æóÊóÝúäóì ÇáÔøõÑúØóÉõ Ëõãøó íóÔúÊóÑöØõ ÇáúãõÓúáöãõæäó ÔõÑúØóÉð áöáúãóæúÊö áóÇ ÊóÑúÌöÚõ ÅöáøóÇ ÛóÇáöÈóÉð ÝóíóÞúÊóÊöáõæäó ÍóÊøóì íóÍúÌõÒó Èóíúäóåõãõ Çááøóíúáõ ÝóíóÝöíÁõ åóÄõáóÇÁö æóåóÄõáóÇÁö ßõáøñ ÛóíúÑõ ÛóÇáöÈò æóÊóÝúäóì ÇáÔøõÑúØóÉõ Ëõãøó íóÔúÊóÑöØõ ÇáúãõÓúáöãõæäó ÔõÑúØóÉð áöáúãóæúÊö áóÇ ÊóÑúÌöÚõ ÅöáøóÇ ÛóÇáöÈóÉð ÝóíóÞúÊóÊöáõæäó ÍóÊøóì íõãúÓõæÇ ÝóíóÝöíÁõ åóÄõáóÇÁö æóåóÄõáóÇÁö ßõáøñ ÛóíúÑõ ÛóÇáöÈò æóÊóÝúäóì ÇáÔøõÑúØóÉõ ÝóÅöÐóÇ ßóÇäó íóæúãõ ÇáÑøóÇÈöÚö äóåóÏó Åöáóíúåöãú ÈóÞöíøóÉõ Ãóåúáö ÇáúÅöÓúáóÇãö ÝóíóÌúÚóáõ Çááøóåõ ÇáÏøóÈúÑóÉó Úóáóíúåöãú ÝóíóÞúÊõáõæäó ãóÞúÊóáóÉð ÅöãøóÇ ÞóÇáó áóÇ íõÑóì ãöËúáõåóÇ æóÅöãøóÇ ÞóÇáó áóãú íõÑó ãöËúáõåóÇ ÍóÊøóì Åöäøó ÇáØøóÇÆöÑó áóíóãõÑøõ ÈöÌóäóÈóÇÊöåöãú ÝóãóÇ íõÎóáøöÝõåõãú ÍóÊøóì íóÎöÑøó ãóíúÊðÇ ÝóíóÊóÚóÇÏøõ Èóäõæ ÇáúÃóÈö ßóÇäõæÇ ãöÇÆóÉð ÝóáóÇ íóÌöÏõæäóåõ ÈóÞöíó ãöäúåõãú ÅöáøóÇ ÇáÑøóÌõáõ ÇáúæóÇÍöÏõ ÝóÈöÃóíøö ÛóäöíãóÉò íõÝúÑóÍõ Ãóæú Ãóíøõ ãöíÑóÇËò íõÞóÇÓóãõ ÝóÈóíúäóãóÇ åõãú ßóÐóáößó ÅöÐú ÓóãöÚõæÇ ÈöÈóÃúÓò åõæó ÃóßúÈóÑõ ãöäú Ðóáößó ÝóÌóÇÁóåõãõ ÇáÕøóÑöíÎõ Åöäøó ÇáÏøóÌøóÇáó ÞóÏú ÎóáóÝóåõãú Ýöí ÐóÑóÇÑöíøöåöãú ÝóíóÑúÝõÖõæäó ãóÇ Ýöí ÃóíúÏöíåöãú æóíõÞúÈöáõæäó ÝóíóÈúÚóËõæäó ÚóÔóÑóÉó ÝóæóÇÑöÓó ØóáöíÚóÉð ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Åöäøöí áóÃóÚúÑöÝõ ÃóÓúãóÇÁóåõãú æóÃóÓúãóÇÁó ÂÈóÇÆöåöãú æóÃóáúæóÇäó Îõíõæáöåöãú åõãú ÎóíúÑõ ÝóæóÇÑöÓó Úóáóì ÙóåúÑö ÇáúÃóÑúÖö íóæúãóÆöÐò Ãóæú ãöäú ÎóíúÑö ÝóæóÇÑöÓó Úóáóì ÙóåúÑö ÇáúÃóÑúÖö íóæúãóÆöÐò

Ertinya : Drp Saidina Yusair Bin Jabir r.a , dia berkata : (( “ Kufah telah dimasuki angin yang panas , maka tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang hanya berteriak : Wahai ‘Abdullah Bin Mas’ud !!! , sesungguhnya Hari Qiamat telah pun tiba “ )) . Saidina Yusair berkata lagi : “ Pada waktu itu Saidina ‘Abdullah Bin Mas’ud pun bangun setelah dia terbaring sebentar tadi sambil berkata : (( “ Sesungguhnya tidak akan berlaku Hari Qiamat sehinggalah tidak ada lagi harta warisan yang dibahagi-bahagikan , sehingga tiada seorang pun yang bergembira dengan harta ghanimah “ )) .

Kemudian beliau r.a pun mengisyaratkan ke arah Negara Syam sambil berkata lagi : (( “ Di sana nanti ada pihak musuh yang memang menanti untuk memerangi umat Islam dan umat Islam juga akan berkumpul di sana untuk menyahut cabaran perang itu “ )) .

Aku ( Saidina Yusair r.a ) pun bertanya : “ Adakah musuh yang kau maksudkan itu adalah Rom ? “ .

Jawab beliau r.a : (( “ Ya ! . Di dalam peperangan itu akan terjadi gejala murtad yang hebat sekali . Lalu menyebabkan umat Islam telah pun meletakkan syarat sesama mereka bahawa mereka akan berperang sampai mati dan tidak lagi akan kembali kecuali memenangi peperangan itu .

Maka berperanglah mereka ( Umat Islam dan Rom ) sehinggalah mereka berhenti disebabkan oleh malam . Masing-masing pulang ke kem masing-masing dan keputusan pun berakhir dengan seri . Dan selepas itu matilah umat Islam yang meletakkan syarat tadi .

Selepas itu , muncul pula ( pasukan kedua ) umat Islam yang sanggup berperang sehingga mereka mati dan mereka telah meletakkan syarat bahawa mereka tidak akan lari melainkan mestilah memenangi peperangan itu . Maka mereka pun memerangi Rom sehinggalah malam menjelma dan memberhentikan peperangan itu . Setiap pasukan pun kembali ke kem masing-masing . Akhirnya pasukan umat Islam ini menemui ajal mereka .

Kemudian , muncul pula ( sekali lagi ~ pasukan ketiga ) umat Islam yang juga meletakkan syarat bahawa mereka tidak akan lari daripada peperangan melainkan memenangi peperangan itu ~ sama ada mati syahid ataupun mencapai kemenangan ~ mereka memerangi Rom sampailah waktu senja dan di saat itu masing-masing pulang ke kem ( pangkalan ) masing-masing . Tiada siapa juga yang menang dan kalah di dalam peperangan kali ini . Kemudian, pasukan umat Islam tadi ( yang berjanji dan bersyarat ) pun meninggal dunia .

Kemudian , apabila datangnya hari keempat , telah maralah satu pasukan umat Islam yang masih berbaki untuk memerangi Rom , maka di saat inilah Allah menjadikan kekalahan itu menimpa pihak Rom sehngga mereka dibunuh dan diperangi secara besar-besaran ( perang yang sangat dahsyat ) ~ peristiwa itu tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku selainnya ~ sehingga apabila burung melintasi tentulah ia akan jatuh mati .

Selepas itu , setiap keluarga pun mengira-ngira jumlah anggota yang tinggal sehingga jika mereka asalnya berjumlah 100 orang , yang hidup hanyalah seorang sahaja . Di saat ini , adakah orang yang akan bergembira dengan harta ghanimah ? , ataupun adakah orang yang akan bergembira dengan menerima harta pusaka ? .

Dalam keadaan begitu , tiba-tiba mereka ( umat Islam yang masih tinggal ) terdengar bunyi pekikan yang paling kuat yang menyatakan bahawa sesungguhnya Dajjal telah pun menyerang saki-baki keluarga mereka yang masih tinggal , lalu umat Islam yang mendengar itu pun meninggalkan apa-apa sahaja yang ada di tangan mereka ( harta-benda ) dan bersiap-sedia menanti kedatangan Dajjal . Umat Islam itu pun mengirimkan 10 pahlawan perang yang berada di barisan hadapan “ )) .

Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenai mereka : (( “ Sesunguhnya aku benar-benar kenal siapakah mereka dan siapakah bapa-bapa mereka . Begitu juga , aku sangat mengenali warna-warna kuda-kuda tunggangan mereka . Merekalah sebaik-baik pahlawan perang di atas muka bumi pada waktu itu , ataupun merekalah di antara pasukan tentera yang paling terbaik “ )) ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh : 6332 .

*********************************************

Soalan Saudara Lagi :

9 - Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda
yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi .

Jawapannya :

Ya benar sekali sabda Baginda Rasulullah s.a.w itu . Hadist yang menyebut perihal itu ialah :


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó áóÇ ÊóÞõæãõ ÇáÓøóÇÚóÉõ ÍóÊøóì íõÞóÇÊöáó ÇáúãõÓúáöãõæäó ÇáúíóåõæÏó ÝóíóÞúÊõáõåõãõ ÇáúãõÓúáöãõæäó ÍóÊøóì íóÎúÊóÈöÆó ÇáúíóåõæÏöíøõ ãöäú æóÑóÇÁö ÇáúÍóÌóÑö æóÇáÔøóÌóÑö ÝóíóÞõæáõ ÇáúÍóÌóÑõ Ãóæö ÇáÔøóÌóÑõ íóÇ ãõÓúáöãõ íóÇ ÚóÈúÏó Çááøóåö åóÐóÇ íóåõæÏöíøñ ÎóáúÝöí ÝóÊóÚóÇáó ÝóÇÞúÊõáúåõ ÅöáøóÇ ÇáúÛóÑúÞóÏó ÝóÅöäøóåõ ãöäú ÔóÌóÑö ÇáúíóåõæÏö

Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (( “ Tidak akan berlaku Hari Qiamat sehinggalah umat Islam memerangi Yahudi . Maka mereka pun dibunuh oleh umat Islam lalu mereka lari bersembunyi di balik batu dan pokok , lalu batu dan pokok itu nanti akan berkata : Wahai orang Islam , wahai hamba Allah ! , ini ada Yahudi yang bersembunyi di belakangku , marilah bunuh dia ! . Kecuali pokok al-Gharqad kerana itu adalah daripada pokok Yahudi “ )) ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh , al-Imam Muslim rh , al-Imam Ibnu Majah dan al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh .

PENJELASAN HADIST :

Dalam beberapa bulan lepas , kita telah dikejutkan oleh berita bahawa tentera Islam di Palestin telah berjaya membunuh beberapa orang Yahudi setelah mendengar pokok bertutur dengan mereka dan menunjukkan tempat persembunyian Yahudi . Dan jika benarlah berita itu , maka ini tidak lain adalah satu petanda awal kemenangan umat Islam dan sebagai satu tanda bahawa dunia hampir sampai ke penghujungnya .

Walaupun begitu , ini tidaklah bererti bahawa mana-mana pihak boleh mengEKSPLOITASI peristiwa-peristiwa itu dengan mengatakan bahawa Hari Qiamat sebenar akan berlaku pada sekian-sekian masa dan hari ( sbg mana dakwaan Dr. Rashad Khalifah ~ tok guru kpd Kassim Ahmad anti-Hadist dan juga sebagai mana dakwaan Hj. Ashaari ~ bekas pemimpin al-Arqam yang selalu beralasan dengan “ Jadual Allah “ ) .

Bilakah ia akan berlaku ada sesuatu yang ghaib . Manakala sesuatu yang ghaib itu TIDAK DAPAT DIYAKINI melainkan dengan adanya berita dan pemberitahuan mengenainya daripada Allah Ta’ala yang Maha Mengetahui segala yang zahir dan segala yang ghaib .

Jika ada orang mendakwa Hari Qiamat itu akan berlaku 70 tahun lagi , atau pada masa-masa tertentu dan tarikh tertentu , maka dia sebenarnya telah mendakwa bahawa dia mengetahui ILMU GHAIB yang hanya diketahui oleh Allah Ta’ala . Maka dimanakah bukti sebenar dakwaannya itu ??? .

Umat Islam tidaklah disuruh menanti-nanti kedatangan Hari Qiamat sebagai mana umat Islam tidaklah disuruh agar duduk berehat sehinggalah datangnya Imam al-Mahdi ( barulah nak berjuang ) .

Ini disebabkan QIAMAT bagi setiap orang itu ialah apabila datangnya ajal maut kepadanya .

Dan siapakah yang tahu bilakah masa sebenar dia akan menemui maut ??? .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

*********************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 - FATHUL MUN’IEM SYARAH SAHIH al-IMAM MUSLIM RH
Oleh : Al-Imam an-Nawawi rh & Al-‘Allamah Prof. Dr. Musa Shahin Lashin ha
Jilid : 10 , Halaman : 495 sampai seterusnya .
Terbitan : Darul Shurook , Kaherah ( 2002 )

2 – AHADIST MU’UJIZAT ar-RASUL ALLATI ZOHARAT FI ZAMANINA
Oleh : Dr. Abd Muhdi Bin Abd Qadir Bin Abd Hadi ( Pensyarah Hadist Universiti al-Azhar )
Bahagian Pertama
Terbitan : Maktabah al-Iman , Agouza , Kaherah ( 2001 )

3 – EMPAT PULUH HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN ( EDISI BARU )
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari an-Nadwi ha
Terbitan : Khazanah Banjariyah , Pokok Sena , Kedah D. Aman . ( Edisi April 1998 )

4 –IMAM MAHDI : KEMUNCULANNYA DI AKHIR ZAMAN
Oleh : al-Fadhil Ust. Hashim A. Ghani
Terbitan : DINIE Publishers ( 1994 )

5 – LAIN-LAIN


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
16 / Safar / 1424 H
18 / April / 2003 M

JUMAAT – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum