Assalaamualaikum,
Pernah saya di tanya tentang Kalimah Syahadah oleh seorang kawan yang belajar Ilmu Ketuhanan untuk saya cari sendiri jawapannya. Iaitu jika tidak mengucap kafir, mengucap kufur. Apakah maksudnya ?
Sumber Rujukan Islam Anda..
Assalaamualaikum,
Pernah saya di tanya tentang Kalimah Syahadah oleh seorang kawan yang belajar Ilmu Ketuhanan untuk saya cari sendiri jawapannya. Iaitu jika tidak mengucap kafir, mengucap kufur. Apakah maksudnya ?
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2480 : TEKA-TEKI “ ILMU KETUHANAN “
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara /I Nim yang telah mengemukakan soalan di atas .
Nampaknya saudara/I sendiri telah menghantar dua kali soalan yang sama ( dan saya telah memadam soalan yang berulang itu ) . Kami harap pada masa akan datang tidak ada lagi soalan yang sama dihantar dua kali dan kami juga mohon drp semua saudara/I yang bertanya agar dapat bersabar menunggu jawapannya . Ini disebabkan kami semua bukannya berkerja sepenuh masa 24 jam dengan al-Ahkam Online , bahkan kami sendiri mesti membahagi-bahagikan komitmen kami kepada kehidupan , pengajian dan perkerjaan kami serta tugas dakwah di al-Ahkam Online ini . ;)
“ Tidak mengucap kafir, mengucap kufur “ .
Inilah perkataan yang akan kita bincangkan . Disebabkan ianya terlalu ringkas dan berupa ayat tergantung maka ada KEMUNGKINAN ia bermaksud :
(1 ) ~ Sesiapa yang tidak mengucap , dia akan jadi kafir . Dan sesiapa yang mengucap pula dia akan menjadi kufur .
( 2 ) ~ Sesiapa yang tidak pernah mengucap 2 kalimah syahadah dia menjadi kafir . Dan sesiapa pula yang mengucapkan kalimah-kalimah kufur ataupun syirik dia akan menjadi kufur .
( 3 ) ~ Tidak mahu mengucap 2 kalimah syahadah sebagai mana yang diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir ( kerana dia sendiri enggan dan tidak suka akan sunnah Baginda s.a.w ) . Dan sesiapa pula yang sudah mengucapkannya akan tetapi kemudiannya dia mengucapkan kata-kata yang boleh membawa menjadi kufur ( seperti murtad dan syirik ) maka dia pun menjadi kufur ( seperti mengaku menjadi Tuhan , ataupun mengakui ada hukuman lain lebih baik drp hukuman Allah Ta’ala ) .
( 4 ) ~ Kawan saudara/I itu sebenarnya dia seseorang yang suka berteka-teki . Oleh itu bersabarlah sebab nanti dia sendiri akan memberikan jawapan yang dimaksudkannya .
Itulah beberapa kemungkinan drp sudut positif .
Adapun jika sebaliknya , maka ada kemungkinan juga :
( 1 ) ~ Kawan saudara/I yang dikatakan mempelajari ILMU KETUHANAN tu sebenarnya apa yang dipelajarinya ? . Kitab apakah yang digunakannya ? , siapakah gurunya ? dan kalau gurunya baik ataupun kitabnya betul sekalipun adakah kawan saudara/I itu sudah mempunyai kemampuan untuk mempelajari “ ilmu-ilmu yang dikatakan tinggi dan hebat “ itu ? .
( 2 ) ~ Pastikan adakah kawan saudara/ itu belajar “ ILMU KETUHANAN “ dengan bermakna belajar Ilmu Tauhid ( ‘Aqidah ) yang sahih . Kita bimbang dia bukan belajar Ilmu Tauhid ( ‘Aqidah ) tetapi dia belajar “ Ilmu Tareqat ( yang sesat ) “ pula .
( 3 ) ~ Kawan saudara bukannya belajar “ Tauhid “ ( ‘Aqidah ) tetapi belajar “ teka-teki “ hasil warisan Kaum Falsafah Sofastoieyun di zaman Yunani Kuno ( Greece ) . Hasilnya , walaupun nampak “ macam hebat “ tetapi ianya tidak memberi kepuasan kepada iman sebaliknya lebih suka menyebabkan orang ternganga kehairanan .
Ilmu Tauhid sepatutnya disajikan di dalam bentuk yang mudah difahami oleh masyarakat awam . Gunanya untuk mendekatkan lagi manusia dengan Allah Ta’ala dan mengelakkan mereka melakukan sebarang bentuk kesyirikan dan kemurtadan .
Ilmu Tauhid juga sepatunya disajikan sebagai PENJELASAN kepada manusia , bukannya sebagai ALAT PENGKABUR kepada manusia . Dan kaum Sekularisme sangat suka pengajian Tauhid disajikan di dalam bentuk “ kabur “ agar ideologi-ideologi sesat itu tidak diperangi oleh para pelajar ilmu Tauhid dan umat Islam semuanya . :bash
Kalau Ilmu Tauhid disajikan dengan bentuk “ berfalsafah “ dan “ berteka-teki “ , tidak mustahillah kita akan terus-menerus melihat ‘Aqidah umat Islam makin lumpuh dek serangan bertubi-tubi fahaman – fahaman yang dipenuhi oleh kesyirikan dan kemurtadan ! .
‘Ala kulli hal ( walau bagaimana pun ) saya tidak buruk sangka ( su’u dzon ) kepada kawan saudara/I itu sebab dia adalah orang Islam . Oleh itu jalan terbaik ialah saudara/I Nim sendiri mestilah bertemu dengannya dan bertanyakan jawapannya . Selepas itu , jika masih sangsi ataupun tidak puas hati , silalah menziarahi kami sekali lagi di sini .
Jangan lupa , temuilah rakan saudara/I itu dan tanyalah dia . :walksmil
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
02 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
04 / Mei / 2003 M
AHAD – Bandaraya Kaherah