assalamualaikum warahmatullah
saya tinggal di jepun.saya ada seorang kenalan yg akan berkahwin bulan hadapan.bagi org jepun yg kebanyakannya tidak beragama,mereka akan mengikut cara org kristian iaitu kahwin di gereja dan ada makan makan di hall.
bolehkah saya menghadiri perkahwinan mereka di gereja?
waalaikumussalaam warahmatullah...
setahu saya, kita tidak dilarang untuk pergi ke gereja sekiranya ada tujuan tertentu contohnya berdakwah dan ada perbincangan atau sebagainya. kalau dalam situasi begini, memang tidak salah kerana kita menghadiri majlis perkahwinan orang yang kita kenali. kita tidak meredhai kekufurannya tapi kita menghadiri majlis itu sebagai seorang kenalan yang dijemput. masuk gereja tak ada masalah.
[tahqiq thtl:
fiqh Umar alKhattab adalah syadid (keras) sebagaimana riwayat alBukhari, kitab Solat, di mana Umar berkata kepada nasrani Syam (Syria), " kami tidak mahu masuk gereja-gereja kamu kerana terdapat patung2 di dalamnya)
Fiqh Ibn Abbas pula ringan spt yg disebut oleh syaikh alitantawi:
" adalah Ibn Abbas solat di gereja, melainkan di gereja yang ada patung di dalamnya" lihat Fath alBari 1/358)
wallahu a'lam