:salam
sejak kebelakangan ini byk berlaku kes pukau sama ada di kg atau pun bandar, org kaya atau pun miskin semua menjadi mangsa asalkan ada brg yang menjadi tarikan para pengamal pukau..masyarakat mula bimbang dan risau.. ::cry:
dan saya telah mendapat satu risalah ttg bagaimana nak hindarkan diri drpd ilmu pukau, atau dengan kata lain sbg pendinding diri..
antara lain dlm risalah tersebut yang dikeluarkan oleh seorang yang bergelar usatz dari sebuah pusat perubatan islam ialah "..hendaklah kita membaca surah yasin selepas solat maghrib tujuh malam berturut2 dan bacaan itu dihembuskan ke sebekas air. dan hendaklah iar yang telah dihembuskan dengan bacaan suray yasin itu disiram ke rumah bermula dari satu tempat ke kanan, dikelilingi rumah tersebut sehingga berjumpa dengan tempat permulaan semula..dan selepas itu, keluar ke halaman rumah dan azan dengan menghadap rumah pada waktu solat sebagai amalan agar tidak dipukau..". ada juga yang mengamalkan bacaan “ bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardi wala fissama’.wahuwassami’ul alim” dan juga bacaan “waja’alna min baini aidihim saddan wamin khalfihim saddan….” (surah yasin) bagi mengelakkan diri daripada dipukau atau disihir.
soalan saya: :eeeek:
1) apakah sumber amalan (kaifiat) sebagai mana yang dinyatakan dalam risalah berkenaan,sekiranya ada? Sekiranya tiada, apakah pula hukum sekiranya kita beramal dengannya?
2) Adakah terdapat amalan sahih daripada Nabi S.A.W bagi mengelakkan pukau atau sihir?
:wassalam
:salam
1) Allah ta'ala 'alam. Sepanjang pengetahuan ana, apa yg dijelaskan kaifiatnya di atas, tidak tsabit dari al-Qur'an dan sunnah. Dan menetapkan cara sedemikian rupa tidak ada asal dalam agama.
2) Bahkan ada. Dalam hadis ada mengisahkan perihalnya. Antara yang paling jelas adalah membaca ayatul kursi sptmana diriwayatkan oleh anNasai dan lainnya.
Selain itu, membaca surah alikhlas dan muawizatain(alfalaq dan annas) jg termasuk dalam sunnah dalam konteks melindungi diri dari gangguan syaitan sptmana mana yg diriwayatkan dalam bukhari dan kitab sunan yang lainnya. (Wahbah alZuhaili: tafsir almunir)
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
Assalamu'alaikum
Tambahan sedikit. Berikut adala beberapa bacaan dari al-Quran yang boleh dijadikan amalan (bacaan harian) bagi mencegah dan merawat sihir sebagaimana yang pernah di syarahkan oleh bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh.
1. Surah al-Baqarah : 255 / Ayat Kursi
2. Surah al-'Araf : 117 hingga 122
3. Surah Yunus : 79 hingga 82
4. Surah Tha Ha : 65 hingga 70]
5. Surah al-Kafirun
6. Surah al-Ikhlas
7. Surah al-Falaq
8. Surah al-Nas
Petikan : Majmu' Fataawa Samaahah alSyeikh Abdul Aziz bib Abdullah bin Baaz : Fatwa Aqidah - 2. susunan Dr Abdullah bin Ahmad al-Thayyaar. Riyad : Daar al-Watan, 1995. ms 649.
خيرالأمين