SJ-02-0021 : Memilih calon pimpinan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0021 : Memilih calon pimpinan

:salam
Ustaz,apa hukumnya kita mengundi calon yang dari kalangan bukan Islam? dan dalam kes ni, tiada calon muslim yang bertanding di kawasan tersbut.

Terima kasih

SJ-02-0021 : Memilih calon pimpinan

:wassalam

al-Jawab:

1. Hukum mengundi calon non-muslim adalah dibolehkan dalam sistem politik kenegaraan moden. Demikian kata Prof Dr Abdul Karim Zaydan dalam ahkam alDzimmiyiin, hal 83. Tambahan lagi di Malaysia, ia sudah diamalkan pada 11 kali pilihanraya umum dan merupakan syarat kemerdekaan dari British.

2. Jika kita menerima hukum harusnya mengundi calon non-muslim dalam sistem politik moden, maka tidak ada masalah anda membuang undi bagi memilih wakil rakyat ke DUN dan Parlimen bagi kawasan yang tidak ada calon muslim di mana kawasan pilihanraya yang majoritinya kemungkinan adalah orang bukan Islam.
Isunya: ialah memilih kualiti calun atau parti. Ini adalah isu ijtihad peribadi seseorang sesuai dengan kematangan ilmu politik yang dimilikinya. Secara umumnya Islam mahu calon wakil rakyat non-muslim yang bersifat adil. Maksud adil ialah ia mempunyai sifat soleh yang lebih banyak dari sifat kejelikan, banyak khidmatnya dan bebas dari sifat2 yang merendahkan maruah (Ibn Nujaim, bahru Raiq, (7/100) Dalil AQ, terjemahnya:
" di antara ahlil kitab (warga non-muslim) ada mereka yang jika kamu mempercayakan harta yang banyak, niscaya dikembalikan kepadamu" AQT 3:75

Tetapi jika parti utama yang akan membentuk kerajaan adalah parti orang Islam dan ia memerlukan sebuah kerajaan yang kuat, maka anda boleh saja memilih keutamaan parti ke atas peribadi. Pendek kata, anda boleh menggunakan kaedah Fiqh yang masyhur: "apa sahaja yang membawa mudharat kepada umat Islam wajiblah dihindari" (Ibn Nujaim, asybah wan nazair/92) Dalam mengaplikasikan kaedah fiqh ini, anda perlu bijak membuang undi, matlamat akhir ialah umat Islam mendapat maslahat dan menolak mudharat. sekian WA