Assalamualaikum warahmatullah,
Terima kasih kepada pihak al-ahkam kerana sudi menjawab soalan saya selama ini, terutamanya thtl, gayat dan ziyad. Hasil jawapan tersebut, penyakit was-was saya telah berkurangan.
Saya ada dua soalan,
Apakah perlu disertu(basuh dengan air & tanah) apabila terkena bangkai anjing yang telah hancur? yang disepakati ialah apabila terkena air liur, adakah dikira tidak terdapat air liur pada bangkai anjing yang hancur?
(Masalah ini timbul apabila cebisan bangkai tersebut telah terpelanting dan mengenai saya, habuan dari lori satu tan di hadapan. Saya tidak menyertu, cuma membasuh sahaja, kerana beranggapan tidak terkena air liur, namun sekarang saya merasa musykil.).
Soalan kedua,
Sejak al-ahkam berubah wajah, solan-soalan ulangan tidak dapat dirujuk kerana jawapan dengan link URL tidak berfungsi.
Terima kasih,
Wassalamualaikum
:salam
Apa jelas, hanya air liur anjing yang perlu dibasuh dgn air dan tanah sptmana yang sdr snediri sebutkan. Yg lainnya, fuqaha’ berbeza pendpt mengenainya.
Dalam situasi yg sdr sebutkan, bangkai yg terpelanting itu tidak perlu disertu. Memadailah dgn basuhan air sehingga bersih. Tindakan sdr itu benar berdasarkan pendpt fiqh yg sdr pegangi itu.
Tidak ada apa yg perlu dimusykilkan dalam hal spt ini.Tidak perlu diselidik pula hal tersebut krn ia hanya akan mendatangkan penyakit was2 shj.(Sayyid Sabiq, Fiqhus Sunnah)
Soalan di atas lebih sesuai ditanya diruangannya yg khusus.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.