assalamualaikum....
nak bertanya sedikit kemyuskilan......
apakah hukumnya menggunakan barangan utk kegunaan luaran (bukan makanan) seperti sabun, ubat gigi, bedak dll yg mengandungi bahan dari sumber hawaian yg halal seperti lembu, tetapi tidak disembelih mengikut cara islam?
harap dapat jawapan yg segera. TQ
:wassalam
Jawapan
Lembu yg tidak disembelih secara syara' itu adalah bangkai dan jumhur ulama' mengharamkan dari memanfa'atkan zatnya kecuali kulit yg disamak. Maka lelemak lembu jika dijadikan bahan asas dalam industri sabun, ubat gigi, bedak, dll, maka ia adalah haram (Imam Nawawi, almajmoo' syarah alMuhadzaab: 9/ms 42)
Ulasan: sebab itu Malaysia mengujudkan piawaian atau persijilan HALAL-JAKIM kerana memastikan bahan2 yg menjadi bahan asas sesuatu produk itu adalah datang dari punca2 Halal.
Pendapat minoriti spt Madzhab Hanafi, Zahiri dan ahli tahqeeq spt Ibn Taymiyah, muridnya Ibn Qayyim, Ibn Hazm, Ibn alArabi, asSyaukani, Siddiq Hasan Khan dll, mengharuskan di atas prinsip al_istihalah (perubahan zat) dan Istihlak (hancurnya zat yg haram) [Ibn Abidin, Radd alMukhtar 'alaa adDuur alMukhtar, cetakan Bulaq, 1272H)
Maksud kaedah Istihalah ialah perubahan najis dari sifat asal kepada suatu zat yg baru, manakala kaedah al_istihlak ialah zat najis itu hilang atau larut dalam suatu bentuk campuran dan adunan dan hilang sifatnya.
Dalil mereka ialah para sahabat yg memasuki Iran memakan keju buatan Majusi walaupun ia diproses menggunakan pepsin (air usus haiwan/bangkai) [Majmu' Fatawa Syaikhul Islam Ibn Taymiyah : 21/102-104]
Pendapat yg rajih:
Dalam keadaan tidak ada dharurat dan kesempitan, maka pendapat Jumhur diungguli dan umat Islam hendaklah menggunakan produk yg datang semua bahan2nya dari punca2 halal. Kerana Islam berdiri di atas kehalalan dan kesucian.
Dalam keadaan dharurat dan ada kesulitan, maka pendapat minoriti diungguli kerana dasar Islam ialah mempermudah bukan mempersulit.
:aklam