SJ-03-0031 : perihak najis

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0031 : perihak najis

:salam

1) Semasa sedang mengalirkan air ke atas najis hukmi, ada air yang terpercik ke badan kita. Adakah air tersebut bernajis juga dan perlukah kita membasuh badan/mandi untuk memastikan hilang najis tersebut?

2) Kain yang telah terkena najis yang masih belum dibasuh atau tidak dibasuh dengan sempurna telah dikeringkan dalam keadaan tersebut. Sekiranya kita memegang kain tersebut dan kemudiannya menyentuh pakaian lain, pakaian sembahyang misalnya, adakah pakaian sembahyang itu kira bernajis juga? Bagaiman pula dengan pakaian bernajis yang kering tadi bersentuh secara langsung dengan pakaian lain?

SJ-03-0031 : perihak najis

:wassalam

Jawab ringkas:

1. Percikan dari najis hukmi adalah juga najis. Jika terkena badan, maka hendaklah dibasuh tempat percikan itu. Jika terkena kain, maka hendaklah dibasuh kain itu. (lihat Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah bab Taharah)

2. Kain yg bernajis tapi dibiarkan kering, masih bernajis tapi menyentuhnya tidaklah apa-apa. Ia dilarang digunakan utk solat. Cara menyucinya adalah dgn membasuhnya. Najis tidak berjangkit jika sudah kering tapi sifat kenajisannya belum hilang. (ibid)
WA