SJ-04-0038 : Menyapu khuf

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0038 : Menyapu khuf

:salam
Kita tahu bahawa jika kita pakai setokin selepas kita bersuci, kemudian batal air sembahyang, kita nak ambik air sembahyang lagi utk. sembahyang, dibolehkan dgn. memadai menyapu setokin sebagai ganti basuh kaki. Tapi bagaimana cara yg sunnah menyapu khuf/setokin ini? Sapu bahagian atas kaki ke, tapak kaki ke, ataupun kedua2 atas kaki dan tapak kaki atau macam mana? Adakah disunatkan juga menyapu 3 kali?

SJ-04-0038 : Menyapu khuf

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan menakbar dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Kaedah menyapu khuf atau stokin -Fardu menyapu (air) walaupun sedikit di bahagian atas khuf, tidak sempurna menyapu di bahagian bawah khuf [al-Fiqh al-Manhaji, 1/67]. Riwayat dari Ali ra. bahawa dia berkata :

áæ ßÇä ÇáÏíä ÈÇáÑÃí áßÇä ÃÓÝá ÇáÎÝ Ãæáì ÈÇáãÓÍ ãä ÃÚáÇå¡ áÞÏ ÑÃíÊ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã íãÓÍ Úáì ÙÇåÑ ÎÝíå
dir="ltr">"Kalaulah agama ini [berdasarkan] pendapat semata-mata, nescaya bahagian bawah khuf lebih layak disapu dari bahagian atasnya. Telah aku melihat Rasulullah :saw menyapu bahagian atas kedua khufnya." [hadith Riwayat Abu Daud #162, isnad sahih]

Menurut Dr Abdullah al-Faqih adalah sunnah menyapu khuf sekali sahaja, kerana sesungguhnya tidak ada dalil yang thabit menunjukkan Nabi :saw menyapu lebih dari satu kali, bahkan ada Ulama' yang memakruhkannya, al-Rahibani melarangnya, begitulah juga pandangan Syiekh al-Islam Zakaria al-Ansari dan lain-lain. {Fatwa Islamweb.net # 44262 ].

Sekian, wassalam

خيرالأمين