SJ-04-0096 : basuh kemaluan anak batal wudhuk ke?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0096 : basuh kemaluan anak batal wudhuk ke?

:salam

Apakah batal wudhuk seseorang sekiranya membasuh kemaluan anaknya yang berusia 10 bulan?

SJ-04-0096 : basuh kemaluan anak batal wudhuk ke?

:salam

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Ulama berselisih pendapat dalam hal mengatakan samada menyentuh kemaluan akan membatalkan wudhuk seseorang atau tidak.
Menurut mazhab Syafie dan Ahmad , menyentuh kemaluan samada faraj atau zakar sendiri atau orang lain adalah perkara yang membatalkan wudhuk.

Dalilnya hadis Rasulullah saw :

“Sesiapa yang menyentuh alat kelaminnya (zakar) , janganlah ia menunaikan solat sehingga mengambil wudhuk terlebih dahulu.”

(HR Abu Daud : 181 , Ahmad : 2/223 , Al-Hakim : 1/137)

“Mana-mana perempuan yang menyentuh alat kelaminnya (faraj) hendaklah mengambil wudhuk”

(HR Al-Baihaqi : 1/132 , Daruqutni : 1/147)

Manakala menurut Mazhab Abu Hanifah , menyentuh kemaluan tidak membatalkan wudhuk secara keseluruhannya.Mazhab Malik pula berpendapat bahawa menyentuh kemaluan adalah perkara yang membatalkan wudhuk jika disertai dengan syahwat.

Berkenaan dengan persoalan adakah batal wudhuk jika menyentuh kemaluan bayi yang berusia 10 bulan dapat disimpulkan seperti berikut :
Mazhab Syafie dan Ahmad mengatakan batal wudhuk samada kemaluan yang disentuh itu adalah kemaluan anak kecil atau orang yang telah mati.
Manakala menurut Imam Malik , menyentuh kemaluan kanak-kanak tidaklah membatalkan wudhuk.

WA

Ruj :

Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Wahbah Zuhaili
Majmu’ah Fatawa , Syaikh Kamil ‘Uwaidah

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com