SJ-05-0068 : Baca doa sambil menadah kedua tangan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0068 : Baca doa sambil menadah kedua tangan

Saya ada terbaca terjemahan Al-Ajwiba An-Naafi'ah 'an As 'ilati Lajnah Masjid Al-Jaami'ah karangan Imam Al-Bani dekat laman web [web]http://www.ibn-qayyim.info/node/[/web] .Salah satunya ada menyatakan antara perkara bidaah adalah "Jemaah membaca doa sambil menadah kedua tangan ketika Imam duduk diatas mimbar diantara dua khutbah (Al-Manaar 6/793-794, 18/559)". Selalunya yg saya dengar ustaz2 kata waktu nilah antara waktu yang dimakbulkan klu berdoa.
Minta komen ustaz....

Re: Baca doa sambil menadah kedua tangan

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr c++ dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Terjemahan Bid'ah Jumaah karangan Syiekh Nasyiruddin al-Albani itu diambil dari Laman web al-ahkam : URL : http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=26494

Persoalan yang sdr timbulkan diatas ini mempunyai dua persoalan besar.

a. Sa'at bila pada hari Juma'at di kabulkan do'a.
b. Bolehkah berdo'a pada masa Imam diatas mimbar dengan mengangkat tangan?

a. Pada umumnya, orang2 Islam digalakkan berdo'a dengan banyaknya pada hari Jumaat oleh kerana pada hari tersebut terdapatnya waktu dimana Allah swt akan menjawab do'anya. Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah :saw menyebut mengenai Jumaat dan bersabda :-

Ýöíåö ÓóÇÚóÉñ áÇ íõæóÇÝöÞõåóÇ ÚóÈúÏñ ãõÓúáöãñ æóåõæó ÞóÇÆöãñ íõÕóáøöí íóÓúÃóáõ Çááøóåó ÊóÚóÇáóì ÔóíúÆðÇ ÅöáÇ ÃóÚúØóÇåõ ÅöíøóÇåõ æóÃóÔóÇÑó ÈöíóÏöåö íõÞóáøöáõåóÇ
"Di saat/waktu ini tidak akan berdiri dan bersolat seseorang Islam yang memhohon kepada Allah swt sesuatu melainkan diberikannya, baginda telah mengisyaratkan dengan tangannya menunjukkan pendik waktu tersebut" [Hadith Riwayat al-Bukhari #893, Muslim #852].

Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz membahagikan 2 masa yang Allah swt kabulkan do'a hambanya pada hari Jumaat.

ÃÍÏåãÇ : ÅäåÇ ÈÚÏ ÇáÚÕÑ Åáì ÛÑæÈ ÇáÔãÓ Ýí ÍÞ ãä ÌáÓ íäÊÙÑ ÕáÇÉ ÇáãÛÑÈ ¡ ÓæÇÁ ßÇä Ýí ÇáãÓÌÏ Ãæ Ýí ÈíÊå íÏÚæ ÑÈå ¡ æÓæÇÁ ßÇä ÑÌáÇð Ãæ ÇãÑÃÉ . Ýåæ ÍÑí ÈÇáÅÌÇÈÉ ¡ áßä áíÓ ááÑÌá Ãä íÕáí Ýí ÇáÈíÊ ÕáÇÉ ÇáãÛÑÈ ¡ æáÇ ÛíÑåÇ ÅáÇ ÈÚÐÑ ÔÑÚí ßãÇ åæ ãÚáæã ãä ÇáÃÏáÉ ÇáÔÑÚíÉ .
æÇáËÇäí : ÃäåÇ ãä Ííä íÌáÓ ÇáÅãÇã Úáì ÇáãäÈÑ ááÎØÈÉ íæã ÇáÌãÚÉ Åáì Ãä ÊÞÖì ÇáÕáÇÉ . ÝÇáÏÚÇÁ Ýí åÐíä ÇáæÞÊíä ÍÑíøñ ÈÇáÅÌÇÈÉ .

"1. Selepas waktu Asar sehingga terbenamnya matahari, bagi seesiapa yang duduk menunggu solat maghrib, samada dia berada didalam masjid atau dirumahnya memhohon do'a kepada tuhannya, samada lelaki atau wanita. Dia berhak mendapat jawapan, akan tetapi bukanlah untuk lelaki yang bersolat maghrib dirumah, dan selainnya melainnkan dia uzur syarie sebagaimana yang dinyatakan didalam dalil2 syariah.

2. Tatkala Imam duduk diatas mimbar untuk berkhutbah jumaat sehinggalah dilakukan solat Jumaat. Maka doa pada 2 waktu-waktu ini berhak menerima jawaban (dari Allah)"

Syeikh Sayed Sabiq rh. mengatakan bahawa dalil makbul do'a selepas solat asar adalah sebagaimana riwayat Abdullah bin Salam ra, berkata :

æÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÌÇáÓ- ÅäÇ áäÌÏ Ýí ßÊÇÈ Çááå ÊÚÇáì Ýí íæã ÇáÌãÚÉ ÓÇÚÉ áÇ íæÇÝÞåÇ ÚÈÏ ãÄãä íÕáí íÓÃá Çááå ÚÒ æÌá ÝíåÇ ÔíÆðÇ ÅáÇ ÞÖì áå ÍÇÌÊå. ÞÇá ÚÈÏ Çááå: ÝÃÔÇÑ Åáì ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã¡ Ãæ ÈÚÖ ÓÇÚÉ. ÝÞáÊ: ÕÏÞÊ¡ Ãæ ÈÚÖ ÓÇÚÉ. ÞáÊ Ãí ÓÇÚÉ åí¿ ÞÇá: "ÂÎÑ ÓÇÚÉ ãä ÓÇÚÇÊ ÇáäåÇÑ" ÞáÊ: ÅäåÇ áíÓÊ ÓÇÚÉ ÕáÇÉ. ÞÇá: "Èáì¡ Åä ÇáÚÈÏ ÇáãÄãä ÅÐÇ Õáì Ëã ÌáÓ áÇ íÌáÓå ÅáÇ ÇáÕáÇÉ Ýåæ Ýí ÕáÇÉ" ÑæÇå ÇÈä ãÇÌå.
"Rasulullah :saw sedang duduk - aku mencari Kitab Allah swt pada hari Jumaat dan bukan pada waktunya yang tidak dipersetujui hamba Allah yang Mukim bersolat, memhon Allah azzawa jalla dengannya sesuatu hendak apa sahaja kehendak dan hajat. Abdulllah berkata : Maka dia memberi isyarat kepada Rasulullah :saw, atau beberapa jam. Maka aku berkata : Benarlah, atau beberapa jam. Aku berkata : Waktu mana ia?. Baginda berkata :'Saat akhir dari waktu2 siang'. Aku berkata : sesungguhnya waktu tersebut tidak dibenarkan bersolat. Maka baginda berlata :'Bahkan, sesungguh hamba yang mukmin apa selesai solat duduk, tidaklah duduknya melainkan solatnya itu menunjukkan didalam didalam solat" [Riwayat Ibn Maajah].

Imam Shawkani rh. berpendapat bahawa hadith Abdullah bin Salam ini rajih dan jelas menunjukkan bahawa waktu yang dikabulkan doa pada hari Jumaat adalah selepas solat Asar.

Syeikh Ibn Baaz berkata bahawa kedua2 waktu ini disebutkan sebagai waktu yang sesuai dikabulkan do'a pada hari Jumaat, sebagaimana yang terdapat pada hadith2 sahih. Maka diharapkan agar waktu ini terjadi kepada baki waktu hari tersebut. Menurut beliau terdapat juga pada semua waktu ketika sujud didalam solat Allah swt menerima do'a hambanya, sebagaimana hadith Nabi :saw :-

ÃÞÑÈ ãÇ íßæä ÇáÚÈÏ ãä ÑÈå æåæ ÓÇÌÏ ¡ ÝÃßËÑæÇ ÇáÏÚÇÁ
"Sangat dekat hambanya dengan Tuhannya itu ketika sujud, maka perbanyakkan do'a" [Hadith Riwayat Muslim].

b. Isu mengangkat tangan semasa Imam berkhutbah telah dibincangan didalam Soal-Jawab al-ahkam. Diantara url nya :

1. SJ-05-0060 : doa ketika khutbah
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=28410

2. SJ-2643 : Mengangkat Tangan Ketika BerDoa pada hari Jumaat
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=14736

Kesimpulannya mengangkat tangan untuk berdo'a tidak disyariatkan kepada Imam (dan sudah tentu makmum pun menturutinya) semasa berkhutbah pada hari Jumaat. Semasa membaca do'a, Imam hanya disyaratkan mengisyaratkan jari telunjuknya sebagaimana hadith 'Umarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwan diatas mimbar mengangkat tangan, dan didalam riwayat lain Abu Daud menambah : ketika Bishr sedang membaca do'a semasa hari Jumaat, dan dia berkata :

ÞóÈøóÍó Çááøóåõ åóÇÊóíúäö ÇáúíóÏóíúäö áóÞóÏú ÑóÃóíúÊõ ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ãóÇ íóÒöíÏõ Úóáóì Ãóäú íóÞõæáó ÈöíóÏöåö åóßóÐóÇ æóÃóÔóÇÑó ÈöÅöÕúÈóÚöåö ÇáúãõÓóÈøöÍóÉö
"Moga Allah menjadikan kedua tangannya buruk. Aku melihat Rasulullah :saw melakukan tidak lebih dari ini dengan tangannya; dan dimenunjukkan dengan jari telunjurnya" [Hadith riwayat Muslim #874, Abu Daud #1104].

Komentar Imam al-Nawawi didalam Sharh Muslim :

Ýöíåö Ãóäøó ÇáÓøõäøóÉ Ãóäú áÇ íóÑúÝóÚ ÇáúíóÏ Ýöí ÇáúÎõØúÈóÉ æóåõæó Þóæúá ãóÇáöß æóÃóÕúÍóÇÈäóÇ æóÛóíúÑåãú ÇåÜ .
"Ini menunjukkan adalah merupakan sunnah TIDAK mengangkat tangan didalam khutbah dan ialah merupakan pandangan Malik dan sahabat2nya dan selain mereka"
---------------

Kesimpulannya, bagi mereka yang mahu berdo'a ketika Imam sedang berkhutbah, bolehlah melakukannya tanpa mengangkat tangan dan juga secara perlahan (sir) akan tidak kedengaran kepada makmum disebelah. Walaubagaimanapun, waktu selepas solat Asar sehingga terbenamnya matahari juga merupakan waktu2 yang makbul permintaan seseorang oleh tuhannya. :aklam

wasssalam
========
Rujukan :

1. Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh. ÓÇÚÉ ÇáÅÌÇÈÉ íæã ÇáÌãÚÉ . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=46551

2. Syiekh Syed Sabiq rh. ÓÇÚÉ ÇáÅÌÇÈÉ íæã ÇáÌãÚÉ. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=8336

3. Syeikh Ibrahim Jalhum. ÓÇÚÉ ÅÌÇÈÉ ÇáÏÚÇÁ ãä íæã ÇáÌãÚÉ url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=69373

خيرالأمين