SJ-05-0200 : bacaan duduk antara 2 sujud

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0200 : bacaan duduk antara 2 sujud

assalamualaikum...

sy ade satu kemusykilan berkenaan bacaan semasa duduk antara 2 sujud...
adakah sebarang nas atau dalil berkenaan hal ini?krn ada ustaz yg mengatakan bahawa tidak perlu mambaca sebarang bacaan semasa duduk antara 2 sujud.
Diharapkan mendpt pencerahan didlm hal ini.
Mohon maaf jika soalan ini merupakan soalan ulangan. Jika ia soalan ulangan, diharapkan dpt memberitahu link yg berkenaan.

Terima kasih, wassalam.

SJ-05-0200 : bacaan duduk antara 2 sujud

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Bacaan tersebut datang dari Nabi :saw. Contoh 2 versi bacaan didalam duduk diantara 2 sujud :-

ÑÈ ÇÛÝÑ áí ¡ ÑÈ ÇÛÝÑ áí
dir="ltr">"Ya Tuhanku, ampunilah daku, Ya Tuhanku, ampunilah daku" [Hadith Riwayat Abu Daud 1/231, lihat Sahih Ibn Majah 1/148].

Çááåã ÇÛÝÑ áí ¡ æÇÑÍãäí ¡æÇåÏäí ¡ æÇÌÈÑäí¡ æÚÇÝäí¡æÇÑÒÞäí ¡ æÇÑÝÚäí
dir="ltr">"Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, berilah hidayah kepada ku, gantilah aku, sihatkan daku, berilah reski kepadaku dan tingkatkan darjatku" [Hadith dikeluarkan oleh Ashab al-Sunan kecuali al-Nasaa'i, lihat sahih Tirmudzi 1/90, dan Sahih Ibn Majah 1/148].

(kedua-dua bacaan diatas diambil dari Kitab Hisnul Muslim min Azkaari Kitaab wa Al-Sunnah, bacaan no: 48 dan 49, oleh Dr Said bin Ali Wahf al-Qahthani)

Menurut Mazhab Syafie, perbuatan duduk diantara dua sujud itu wajib bagi setiap rakaat beserta toma'ninah dan tidak termasuk membaca bacaan diatas. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/138]. Maksudnya, Mazhab Syafie tidak mewajibkan membaca bacaan diatas semasa duduk diantara 2 sujud.

Bagi mempercantikkan solat sebagaimana Nabi bersolat, eloklah dibaca bacaan ini sekurang-kurangnya sekali.

Sekian, wassalam

خيرالأمين