:salam
Moga kita dirahmati Allah,
Ada pandangan dalam solat bahawa tahiyyat awal, qunut, ltkkan tgn di dada, bacaan selawat kpd nabi ibrahim a.s, bacaan 3 kali zikir dalam setiap pergerakan itu adalah sunnat...manakala dalam berwuduk...cuci telinga adalah sunnat....
Persoalannya...
1) boleh tak masa solat...dia tinggalkan perkara itu??? cth si A solat zohor tanpa tahiyyat awal...4 rakaat sekaligus tanpa ada sujud sahwi...krn katanya itu adalah sunnat...
2) adakah solatnya diterima???dan adakah ia menepati rukun???
:aklam :wassalam
:wassalam
1- Persoalan wujudnya perkara2 yang dinamakan 'rukun' dan 'sunat' adalah perkara yang disepakati oleh semua ulama zaman berzaman. Sememangnya itu diambil daripada himpunan dalil2 yang diteliti oleh ulama. Termasuklah dengan melihat bagaimana sahabat dan tabiin menunaikan solat juga dapat memberikan gmbaran bahawa ada perkara yg rukun dan ada yang bukan rukun.
2- disepakati bahawa perkara sunat tidak akan membatalkan solat jika ditinggalkan kerana ia bukanlah rukun.
3- terdapat perbezaan pendapat tentang perkara2 tadi, adakah rukun atau sunat. melihat kpd beberapa contoh yg anda berikan, memang perkara2 tersebut adalah sunat dan tidak akan membatalkan solat jika ditinggalkan.
wallahu a'lam.