:wassalam
1)Rakan yg solat di sebelah saya tidak dapat rukuk bersama imam tetapi menamatkan solat bersama imam. Boleh kah saya menyuruh dia naik lg satu rakaat atau saya tidak perlu menegurnya?. Bagaimana pula jika rakaat keduanya tadi juga tidak dapat rukuk bersama imam?
2)Masjid negeri mempunyai ruang yang luas. Mestikah membina saf hingga hujung ke hujung atau membina saf baru sebelum penuh saf nun di hujung?
JKKK
:wassalam
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1) Masbuk yang tidak sempat dengan rukuk imam dikira tidak sempat dengan rakaat tersebut. Jadi, jika dia masuk pada rakaat pertama imam, tetapi sewaktu imam sudah bangkit iktidal, dia sudah terluput rakaat pertama, dan mesti menambahnya selepas selesai imam solat.
Kerana hadis sahih: "Sesiapa yang sempat satu rakaat daripada solat bersama imam, maka dia telah sempat dengan solat itu". Hadis Muslim (no: 607).
rujukan:
-Majmuk 4/555-556
Sebagai saudara seagama, orang yang mengetahui hendaklah menunjuk kepada orang yang lupa atau tidak mengetahui. Kerana hadis: "Agama itu adalah nasihat". Dan kerana menjadi sunnah Nabi SAW apabila melihat kesilapan para sahabat, baginda menegurnya seperti dalam kes setengah sahabat yang tidak menyempurnakan basuhan kaki ketika wudhu'.
Walaupun begitu, mestilah dengan cara yang berhikmah, kerana di sana ada beberapa kemungkinan spt:
-mungkin dia sudah yakin sempat dengan imam, cuma kita yang tidak perasan.
-atau mungkin dia berpegang kepada pendapat lain, yg mengatakan sempat dengan iktidal pun dikira sempat dengan imam.
Apabila masbuk itu sudah masuk dalam solat bersama imam, dan pada rakaat seterusnya dia terlewat rukuk, maka ini perlu diperincikan dalam bab: makmum ketinggalan imam.
-jika makmum ketinggalan satu rukun, maka tidak membatalkan solatnya.
-jika makmum ketinggalan 2 rukun fi'liy, batal solatnya kecuali jika uzur.
rujukan:
-Minhaj Talibin Nawawi m/s 125
2) Ibn Rusyd menyebut: "Telah ijmak seluruh ulama bahawa saf awal sangat digalakkan". (Bidayatul Mujtahid 1/108).
Dan banyak dalil daripada hadis yang menggalakkan mendapat saf pertama. Antaranya: "Kalau mereka mengetahui kelebihan saf hadapan, nescaya mereka akan buat undian". HR: Bukhari (no: 688) dan Muslim (no: 439).
Oleh itu, tidak ada sebab untuk meninggalkan saf pertama dan sengaja membuat saf kedua sedangkan suara imam di masjid negeri sudah pasti didengari kerana menggunakan pembesar suara.
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com