SJ-05-0454 : Najis pada Karpet #2

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0454 : Najis pada Karpet #2

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=37762&sid=f17f643bbed49775e2bcb2a2af253294

Merujuk:

Maksudnya : “Jika ada atas carpet atau tikar atau seumpamanya najis, maka ia solat atas tempat najis, solatnya tidak sah. Sekiranya ia solat di tempat yang suci daripadanya, maka sah solatnya. Kata ashab kami : sama ada carpet itu bergerak dengan sebab pergerakannya atau tidak bergerak. Ini kerana ia tidak menanggung dan tidak menyentuh najis tersebut. Begitu juga sekiranya ia solat di atas katil yang mana kaki-kaki katil ada najis, hukumnya sah solat sekalipun katil bergerak sebab pergerakakannya”. [RUJUK al-Majmuk 3/152]

------------

Saya kurang faham di antara maksud dengan ashab. Apa beza di antara pernyataan "“Jika ada atas carpet atau tikar atau seumpamanya najis, maka ia solat atas tempat najis, solatnya tidak sah" dengan yang kedua.

Adakah maksud pernyataan yang saya quote tu ialah keadaan di mana najis tu berada di tempat sujud jadi ianya adalah najis?

Sebab yg kedua(ashab) tu macam berlawanan maksud dengan pertama

albaruhiyy (not verified)
SJ-05-0454 : Najis pada Karpet #2

Mungkin terjemahan ana mengelirukan :

ÐÇ ßÇä Úáí ÇáÈÓÇØ Ãæ ÇáÍÕíÑ æäÍæåãÇ äÌÇÓÉ ÝÕáí Úáí ÇáãæÖÚ ÇáäÌÓ áã ÊÕÍ ÕáÇÊå æÇä Õáí Úáí ãæÖÚ ØÇåÑ ãäå ÕÍÊ ÕáÇÊå ÞÇá ÇÕÍÇÈäÇ ÓæÇÁ ÊÍÑß ÇáÈÓÇØ ÈÊÍÑßå Ãã áÇ áÇäå ÛíÑ ÍÇãá æáÇ ãÇÓ ááäÌÇÓÉ æåßÐÇ áæ Õáí Úáì ÓÑíÑ ÞæÇÆãå Úáí äÌÇÓÉ ÕÍÊ ÕáÇÊå æÇä ÊÍÑß ÈÍÑßÊå

Sekiranya wujud najis di atas carpet atau tikar, kemudian ia solat di atas tempat najis (yakni kena najis tersebut cth sujud atas najis tersebut), maka hukumnya tidak sah solat.
Manakala jika dia solat di tempat suci (yakni berjauhan dari najis dan tidak terkena najis), maka hukumnya ialah sah solatnya.

Maksud kata-kata ashab ialah : Jika dia solat atas carpet tersebut (carpet yang ada najis d atasnya) kemudian carpet tu bergerak, maka hukum solatnya tetap sah.

Alasannya ialah kerana orang yang solat itu tidak menanggung najis dan tidak menyentuhnya.

Wallahualam