:salam
Kalau saya nak musafir hari Jumaat, betul ke kena keluar sebelum Subuh kalau nak jamak solat Zuhur (sepatutnya solat Jumaat) dengan Asar?
Sebab kemungkinan masih dalam highway sekiranya bermusafir, keluar rumah dalam pukul 7, pukul 1 masih dalam highway lagi.
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dengan dengan kadar yang ringkas, In Sya Allah.
Menurut al-Mausu'ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah : Ulama bersepakat bahawa adalah dilarang melakukan permusafiran selepas tergelincir matahari (masuk waktu Jumaat), iaitu apabila bayang-bayang seseorang itu sama panjangnya. Kerana Jumaat itu wajib bagi mereka yang diwajibkan menunaikannya.
Bagi situasi permusafiran sebelum tergelincir matahari, Mazhab Maliki dan Hanbali mengatakan hukumnya makruh. Mazhab Hanafi mengatakan hukumnya Harus dan mazhab Syafie mengharamkan permusafiran sebelum tergelincir matahari.
Walaubagaimanapun, permusafiran selepas solat Jumaat adalah harus dan tidak adalah perselisihan mengenainya.
Soalan ini pernah dijawab dahulu. Berikut adalah tautannya :-
SJ-05-0007 : Musafir pada hari Jumaat
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=26803
Sekian, wassalam
خيرالأمين