SJ-06-0013 : jamak&qasar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0013 : jamak&qasar

Askm..sayer ingin bertanyer benar @salah pemahaman sayer ini ttg solat jamak dan qasar..
solat qasar ialah solat yg 4 rakaat dipendekkan menjadi 4 rakaat yg hanyer boleh dilakukan oleh musafir shj.syaratnyer hdklah melebihi 2 marhalah,musafir bkn utk maksiat,solat yg boleh diqasar solat 4 rakaat shj,niat solat pd takbiratul ehram dan tdk menjd makmum kpd yg bermukim(kalu jd imam tak aper).tempoh qasar 3 hari 3 mlm tak termasuk hari pergi dan hari balik.kalu tak tau brp lamer nak musafir tempohnyer maksimum 18 hari tak termasuk hari pergi dan balik.tmpt yg kita takleh qasar adelah tmpt mastautin/mukim dan tempat milad(kelahiran)kiter.
solat jamak ialah 2 solat yg dihimpunkan menjd 1 waktu.ader 2 cara;jamak takdim dan jamak ta'khir.syarat j.takdim ialah dikerjakan dgn tertib,niat dibuat pd solat pertama dan berturutan.syarat j.ta'khir ialah niat pd solat yg pertama dan kekal dlm perjlnn ketika masuknyer waktu ke dua.org yg boleh solat jamak ialah sakit,dlm hajat(doktor,penyelamat,polis trafik etc).mereka nie kena buat jamak ta'khir shj.selain tue dibenarkan jamak kerana hujan tp boleh jamak takdim shj.dan musafir juga dibenarkan solat jamak tp digabungkan bersama qasar.kalu tmpt bermastautin/mukim tidak dibenarkan solat hajat tp kalu watan asli/tmpt milad dibenarkan solat jamak.maknanyer kalu tinggal dan bekerja di kl boleh solat jamak bila balik kg halaman.tempohnyer samer dgn solat qasar 3 hari 3 mlm.
boleh ustaz tolong chek samaada pemahaman sayer nie betul atau tidak.sayer baru baca dan dah cari dlm arkib soalan ttg jamak dan qasar.maka inilah hasil pemahaman sayer.diharap dpt mambantu.
terimakasih n wassalam

Re: jamak&qasar

Wsm

Di alAhkam kami boleh menerangkan tatacara solat safar (jama'-qasar) ini menurut 4 madzhab muktabar (Hanafi/Maliki/Syafi'iy/Hanbali), kami dapati rumusan anda itu ada banyak menepati Fiqh Syafi'iyah.

AlAhkam juga boleh menyenaraikan metod solat safar menurut Fiqh Salafiyah khasnya menurut Syaikhul Islam Ibn Taymiyah-Ibn Qayyim atau Lajnah Salafiyah Ulama'2 Senior Kerajaan Arab Saudi.

Juga kita boleh senaraikan metod menurut Fiqh Muqarran (perbandingan madzhab dan Imam) spt Dr Wahbah Zuhaili, Sayyid Sabiq dan Prof Qardhawi. Dalam kitab Fiqh Islami wa Adillatuh karya Prof azZuhaili (terjemahan DBP 7 Jilid), pada Jilid 2, diterangkan kaifiat atau tatacara solat jama'-qasr menurut empat madzhab dgn terperinci.

Kalau kita buka kitab Syafi'iyah spt Kifayah alAkhyar atau alMuhadzab, atau Mughni Muhtaj, maka kita akan dapati metod syafi'iyah dgn detail.

Jadi anda mahu kami sahkan kefahaman anda berdasarkan neraca fiqh yg mana satu: fiqh Syafi'iyah, Fiqh Empat madzhab, Fiqh Salafiyah, Fiqh alMuqaran atau Fiqh Sunnah??