A bekerja dan tinggal bersama isteri kedua di KL. Setiap hujung minggu A akan pulang ke Perak untuk menjalankan tanggungjawab terhadap isteri pertama pula. Boleh ke A mengerjakan solat jamak/qasar sepanjang berada di rumah isteri pertama ?
Sumber Rujukan Islam Anda..
Jawab
Mengikut kajian Dr Wahbah azZuhaili dalam Fiqh Islami (terjemahan DBP-YAPEIM), kampung isteri adalah dikira watan atau maksudnya si suami tidak dianggap musafir di kampung isterinya. Maka si A tidak boleh jama'-qasar di rumah isteri pertama atau keduanya. Ini adalah tidak adil kerana setelah dia beristeri dua, maka dia telah mengetepikan isteri tuanya yg berjasa dan menganggap dia tidak mahu lagi bermukim di rumah isteri tuanya dan hanya akan berniat bermukim di rumah isteri muda sahaja. Maka demi keadilan, dia hendaklah adil dalam membahagikan waktu giliran dan menganggap kedua-dua kampung isterinya sebagai tempat dia akan bermukim. Ini kerana berumahtangga bukan sahaja tempat melepaskan nafsu seks tapi juga tempat membina kehidupan dan keluarga. Tidak boleh seseorang menganggap rumah isterinya hanya sebagai singgahan sekedar melepaskan tanggungjawab sahaja.
:aklam