assalamualaikum
Pada suatu hari Joha (bukan nama sebenar) singgah di sebuah masjid untuk solat Maghrib. Pada masa itu solat jamaah sudah selesai tetapi ada seorg lelaki sedang solat. Lalu Joha pun berniat utk berimamkan lelaki tersebut tanpa mengetahui bahawa lelaki tersebut seorg musafir yg sedang solat Isya' 4 rekaat jamak taqdim. Apakah yg patut dilakukan oleh Joha apabila lelaki itu bangun utk mengerjakan rekaat yg ke 4.
Jika Joha terus mengikut lelaki itu, maka solat Maghribnya akan jadi 4 rekaat. Bolehkah dia menunggu dlm keaadaan duduk sehingga lelaki itu selesai rekaatnya yg ke 4?
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-06-0025 : Imam sembahyang Isya' makmum sembahyang Maghrib
Primary tabs
Tue, 14/02/2006 - 1:25pm
#1
SJ-06-0025 : Imam sembahyang Isya' makmum sembahyang Maghrib
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr zorro dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Terdapat beberapa perkara yang disentuh didalam soalan ini :-
a. Perbezaan niat solat diantara ma'mum (joha yang bersolat maghrib) dengan Imam (yang bersolat 'Isya')
b. Ma'mum melakukan tertib didalam menunaikan solat jama' Ta'khir.
c. Kaifiat bersolat dengan Imam yang lebih rakaatnya dari Ma'mum.
a. Ulama' membenarkan niat yang berbeza diantara Imam dan Ma'mum didalam solat berjemaah; didalam contoh diatas, Imam solat Isya' dan Ma'mum solat. Imam Syafie rh. membenarkannya dengan merujuk kepada riwayat Jabir ra. :
ßÇä ãÚÇÐ íÕáí ãÚ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÇáÚÔÇÁ , Ëã íäØáÞ Åáì Þæãå ÝíÕáíåÇ áåã åí áå ÊØæÚ æåí áåã ãßÊæÈÉ
"bahawa Muaz bersolat Isya' bersama2 Nabi, kemudian terlah bergegas kepada kaumnya lalu bersolat dengan mereka, baginya adalah sunat dan bagi kaumnya adalah solat wajib"
al-Lajnah al-Daa'imah menyebut :
æáÇ íÖÑå ÇÎÊáÇÝ äíÊå Úä äíÉ ÇáÅãÇã Úáì ÇáÕÍíÍ ãä Þæáí ÇáÚáãÇÁ
"Tidak memudharatkan perbezaan Niat ma'mum dengan niat Imam menruut pandangan yang benar dikalangan ulama'" [al-Lajnah al-Daa'imah 7/402]
b. Melakukan tertib didalam Solat Jama' (Ta'khir) merupakan sunat hukumnya bagi mazhab Syafie, akan tetapi wajib bagi kebanyakkan Mazhab (eg: Hanbali). Didalam contoh diatas; Joha telah menunaikan Solat Maghrib dan diikuti oleh solat Isya'. Salah satu hadith yang menjadi dalil adalah :
Dari Jaabir ibn Abdullah berkata :
Ãä ÚãÑ Èä ÇáÎØÇÈ ÑÖí Çááå Úäåã ÌÇÁ íæã ÇáÎäÏÞ ÈÚÏ ãÇ ÛÑÈÊ ÇáÔãÓ ÝÌÚá íÓÈ ßÝÇÑ ÞÑíÔ ÞÇá : íÇ ÑÓæá Çááå ãÇ ßÏÊ ÃÕáí ÇáÚÕÑ ÍÊì ßÇÏÊ ÇáÔãÓ ÊÛÑÈ ¡ ÞÇá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã : æÇááå ãÇ ÕáíÊåÇ ¡ ÝÞãäÇ Åáì ÈØÍÇä ÝÊæÖà ááÕáÇÉ æÊæÖÃäÇ áåÇ ÝÕáøóì ÇáÚÕÑ ÈÚÏ ãÇ ÛÑÈÊ ÇáÔãÓ , Ëã Õáì ÈÚÏåÇ ÇáãÛÑÈ .
"Umar datang pada hari al-Khandaq dan menyumpah orang kafir Quraish dan berkata :'Ya Rasulullah, Aku belum lagi bersolat Asar sehingga matahari hampir terbenam'. Nabi :saw berkata :'Demi Allah, Aku pun belum bersolat juga', Maka dia pun turun ke Buthaan (nama wadi/lembah) lalu mengambil wudhu' dan bersolat Asar setelah matahari terbenam, kemudian dia bersolat Maghrib" [hadith Riwayat al-Bukhari #893].
Menurut al-Haafiz didalam al-Fath bahawa hadith ini mengajar kita bagaimana melakukan solat yang tertinggal secara tertib, dan jumhur ulama' bersetuju hukumnya wajib.
Dengan menunaikan solat Maghrib dahulu, Joha telah melaksanakan amalan yang rajih.
c. Perbezaan rakaat Imam dan Ma'mum; Imam solat 4 rakaat, ma'mum 3 dsb. Disini saya memetik fatwa Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh (bekas Mufti Arab Saudi) :-
ÐÇ ÏÎá ÇáãÓáã ãÚ ãä íÕáí ÕáÇÉ ÑÈÇÚíÉ æåæ íÞÕÏ ÕáÇÉ ÇáãÛÑÈ ÝÅäå íÌáÓ Ýí ÇáËÇáËÉ æÅÐÇ Óáã Óáã ãÚå ¡
"Jika seseorang Islam masuk bersolat dimana mereka bersolat 4 rakaat dan dia bersolat Maghrib, hendaklah dia duduk pada rakaat ketiga (3), dan (menunggu Imam sehingga)beri salam bersamanya (Imam)" [Fatwa IslamOnline, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz. ÕáÇÉ ÇáãÛÑÈ ÎáÝ ÅãÇã íÕáí ÑÈÇÚíÉ. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528619872 ].
Kaifiatnya : Joha telah cukup 3 rakaat, duduk didalam Tashahud Akhir; sambil menunggu Imam menghabiskan rakaat ke 4 solat Isya'nya dan melakukan salam bersama2 Imam.
Cara ini juga boleh diaplikasikan didalam situasi Imam melakukan rakaat yang berlebihan, contohnya Solat Zohor 5 rakaat. Kesimpulan yang diberikan oleh Dr Hushamuddin Bin Mousa Affana, professor Fiqh & usul di Universiti Quddus :-
æÎáÇÕÉ ÇáÃãÑ Ãä ÇáÅãÇã ÅÐÇ ÞÇã Åáì ÎÇãÓÉ Ýí ÕáÇÉ ÑÈÇÚíÉ ÝÚáíå Ãä íÑÌÚ ÅÐÇ ÓÈÍ ÇáãÕáæä æÚáíå ÓÌæÏ ÇáÓåæ ÅáÇ ÅÐÇ ÊíÞä ãä ÎØà ÇáãÃãæãíä æÃãÇ ÇáãÃãæãæä Ýßá ãä ÊíÞä Ãäå Õáì ÃÑÈÚÇð ÝíÍÑã Úáíå ãÊÇÈÚÉ ÇáÅãÇã Ýí ÇáÎÇãÓÉ ÝÅä ÊÇÈÚå ÈØáÊ ÕáÇÊå ¡ æåæ ãÎíÑ Èíä Ãä íäÊÙÑ ÇáÅãÇã ÝíÓáã ãÚå Ãæ íäæí ãÝÇÑÞÉ ÇáÅãÇã ..
"Secara ringkasnya - Imam jika dia berdiri untuk rakaat ke 5 bagi solat yang 4 rakaat, maka hendaklah dia kembali dan melakukan sujud sahwi, melainkan jika Imam yakin yang salah adalah ma'mum (kerana menegur) dan bagi Ma'mum pula kesemuanya yakin bahwa mereka telah bersolat 4 rakaat, maka ma'mum dilarang mengikuti Imam pada rakaat yang ke 5, kerana ia akan membatalkan solat. Dia boleh memilih samada ingin menunggu dan memberi salam bersama Imam, atau berniat mufaraqah dari Imam" [Fatwa IslamOnline, Dr Hushamuddin Bin Mousa Affana. ãÇÐÇ ÅÐÇ ÞÇã ÇáÅãÇã Åáì ÑßÚÉ ÒÇÆÏÉ¿. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528623486 ].
--------
Sekian, wassalam
خيرالأمين