SJ-06-0030 : Solat jamak tanpa sebarang keuzuran

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0030 : Solat jamak tanpa sebarang keuzuran

Assalamualaikum kepada panel al-ahkam

soalan:

Bolehkan seseorang hamba Allah menjamak solat tanpa keuzuran kerana terdapat hadis rasulullah yg lebih kurang

nabi menjamak solat masa di madinah tanpa musafir dan tanpa hujan

mohon mintak penjelasan yg terang dan jelas ??

SJ-06-0030 : Solat jamak tanpa sebarang keuzuran

:wassalam

al-Jawab:

Matan yang betul ialah "..bukan kerana dalam ketakutan atau hujan.."
(al-Albani, sahih Sunan Abu Daud, no 1211 dari jalur Ibn 'Abbas ra)

Sebab yang lazim menjama' solat ialah ketakutan, hujan atau musafir. Inilah yang diamalkan oleh madzhab Syafi'iy. Manakala madzhab Hanbali dan juga Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani, sebab untuk menjama'kan solat itu diluaskan meliputi uzur, kesulitan dan kepentingan atau keperluan yang mendesak. (Abu Ubaidah Mansur alSalman, al Qawl alMubin/276)

Maka menjawab soalan anda, bahawa menjama' solat mesti ada asbab atau sebab yang mendesak. Jika tanpa udzur atau keperluan mendesak, maka jatuh ke dalam madzhab Syi'ah yang menjama' solat tanpa udzur!

sekian