assalamualaikum.
saya yang jahil ni ingin bertanya beberapa soalan!
adakah terdapat suruhan dari Allah, Rasulullah SAW dan juga Sahabat Sahabat Baginda SAW, apabila kita hendak mengerjakan solat berjamaah atau sendirian kita meletakan Al-Qur'an didepan untuk kita bacakan semasa mengerjakan solat? juga terdapat apabila selesai kita mengkebumikan mayat
kita adakan solat hadiah atau fidyah untuk simati!i
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan sdr sa51 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Tidak ada nas atau dalil dari Allah swt atau dari hadith Nabi :saw yang memerintahkan kita ketika bersolat meletakkan al-Quran dihadapan sebagai rujukan bacaan. Sebenarnya, penyelerasan qiraat al-Quran (membukuan al-Quran) ini berlaku pada zaman Uthman ra, dimana mushaf al-Quran ini ditulis didalam satu huruf/dialek, didalam usaha menyatukan mushaf al-Quran umat Islam. Pada zaman Uthman ra. al-Quran di standardizekan, dan sudah tentu sunnah atau amalan meletakkan al-Quran semasa solat tidak timbul pada zaman Nabi :saw.
Hukum melihat kepada mushaf al-Quran semasa solat telah kami bincangkan didalam SoalJawab di bawah :-
SJ - 2697 : Sembahyang Sambil Lihat Quran
http://al-ahkam.net/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=15523&page=&view=&sb=5&o=&vc=1
SJ-05-0009 : Bacaan AlQuran
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26992
Ulama' seperti Imam Nawawi rh berpendapat bahawa lebih afdal menggunakan hafalan semasa didalam solat berbanding membaca mushaf al-Quran di luar solat.
----------------
Sebelum kita berbincang mengenai Solat hadiah dan Fidyah kepada si-mati, elok juga kita perhatikan pandangan ulama'2 mengenai isu samada sampai atau tidak ganjaran solat keatas si-mati. Berikut kami ringkaskan fatwa yang diambil dari Markas Fatwa kelolaan Dr Abdullah al-Faqih.
Ulama2 berselisih pandangan mengenai sampai atau tidak pahala Solat kepada si-mati. Mazhab Maliki da Syafie mengatakan tidak ada, sebagaimana firman Allah swt : (æÃä áíÓ ááÅäÓÇä ÅáÇ ãÇ ÓÚì) "Dan sesungguhnya tidaklah manusia itu memperolehi melainkan apa yang diusahakan"[al-Najm :39]. Maknanya, amalan solat ini adalah amalan individu, dan ganjarannya atas apa yang mereka lakukan. Sabda Nabi :saw (ÅÐÇ ãÇÊ ÇáÅäÓÇä ÇäÞØÚ Úãáå ÅáÇ ãä ËáÇË: ÕÏÞÉ ÌÇÑíÉ¡ Ãæ Úáã íäÊÝÚ Èå¡ Ãæ æáÏ íÏÚæ áå) "Apabila mati seseorang Insan maka telah putus amalannya melainkan 3 : Sedeqah Jariah, atau Ilmu yang bermunafaat atau anak soleh yang mendo'akan keatasnnya" [hadith riwayat Muslim]. Ulama2 ini berkata : tidak sampai kepada mayat melainkan 3 perkara yang disebut didalam hadith diatas.
Mengenai Puasa, telah diriwayatkan didalam hadith Ibn Abbas ra., berkata : telah datang seorang lelaki kepada Nabi :saw dan berkata :'Ya Rasulullah, ibuku telah mati dan dia masih mempunyai puasa satu bulan, Apakah perlu aku menqadha' bagi pihaknya?. Maka baginda menjawab : Jikalau ibu kamu mempunyai hutang, apakah kamu akan selesaikan? Maka dia menjawab : YA, maka baginda berkata : Hutang Allah lebih berhak di selesaikan' (ÑÓæá Çááå¡ Åä Ããí ãÇÊÊ æÚáíåÇ Õæã ÔåѺ ÃÝÃÞÖíå ÚäåÇ¿ ÞÇá: áæ ßÇä Úáì Ããß Ïíä ÃßäÊ ÞÇÖíå¿ ÞÇá: äÚã.ÞÇá: "ÝÏíä Çááå ÃÍÞ Ãä íÞÖì") hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Begitu juga dengan ibadat Haji, telah datang dari hadith Ibn Abbas ra. seorang wanita Johaina telah datang kepada Nabi :saw dan berkata :'Ibuku telah bernazar untuk menunaikan Haji, dan belum sempat menunaikan Haji dia telah mati. Apakah boleh aku melakukan Haji bagi pihaknya?. Baginda menjawab : YA, lakukan haji untuknya! Pada pandangan kamu jika ibukamu mempunyai hutang, apakah kamu akan menyelesaikannya?. Maka qadha'kanlah (selesaikanlah), kerana hutang Allah lebih berhak di penuhi' [hadith riwayat al-Bukari] (Åä Ããí äÐÑÊ Ãä ÊÍÌ Ýáã ÊÍÌ ÍÊì ãÇÊʺ ÃÝÃÍÌ ÚäåÇ¿ ÞÇá: "äÚã¡ ÍÌí ÚäåǺ ÃÑÃíÊ áæ ßÇä Úáì Ããß Ïíä ÃßäÊ ÞÇÖíÉ¿ ÇÞÖæÇ Çááå¡ ÝÇááå ÃÍÞ ÈÇáæÝÇÁ).
Pandangan ini merupakan pandangan Imam al-Nawawi, dan Ibn Abdul Barr meriwayatkan secara ijma'.
Mazhab Hanafi dan Hanbali mengatakan bahawa sampai ganjaran solat kepada simati, sebagaimana diqiyaskan dengan puasa, sedekah dan Haji
Berkata Ibn Qayyim rh : "Ibadat boleh dibahagikan kepada 2 : Harta dan Badan. Telah ternyata didalam syara' bahawa sampai pahala/ganjaran sedekah keatas semua amal ibadat harta, telah ternyata menurut syara' bahawa sampai pahala puasa yang dikategorikan sebagai ibadat badan, telah dikhabarkan akan sampainya Haji, yang dikategorikan sebagai ibadat Harta dan ibadat Badan, dan tiga perkara dari jenis2 yang thabit/berdalilkan dengan Nas dan Konsiderasi (æÇáÚÈÇÏÇÊ ÞÓãÇä: ãÇáíÉ æÈÏäíÉ¡ æÞÏ äÈå ÇáÔÇÑÚ ÈæÕæá ËæÇÈ ÇáÕÏÞÉ Úáì æÕæá ÓÇÆÑ ÇáÚÈÇÏÇÊ ÇáãÇáíÉ¡ æäÈå ÈæÕæá ËæÇÈ ÇáÕæã Úáì æÕæá ÓÇÆÑ ÇáÚÈÇÏÇÊ ÇáÈÏäíÉ¡ æÃÎÈÑ ÈæÕæá ËæÇÈ ÇáÍÌ ÇáãÑßÈ ãä ÇáãÇáíÉ æÇáÈÏäíÉ¡ ÝÇáÃäæÇÚ ÇáËáÇËÉ ËÇÈÊÉ ÈÇáäÕ æÇáÇÚÊÈÇÑ.))"
Berkata Syiekh Ibn Taimiyah rh : "Telah sahih dari Nabi :saw mengenai sedekah keatas mayat, dan perintah berpuasa terdapat puasa mereka, maka sedekah kepadfa si-mati merupakan amalan soleh, maka begitulah datang keatasnya sunat berpuasa keatas mereka. Dengan ini telah datang dari ulama2 dan selainnya yang memprotes berkata : sesungguhnya dibenarkan mengkhususkan ganjaran dengan ibadat harta dan badaniyah keatas mayat orang Islam. Sebagaimana pandangan mazhab Abi Hanifah, dan beberapa kumpulan dari Malik dan Syafie.(æÞÏ ÕÍ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãäå ÃãÑ ÈÇáÕÏÞÉ Úáì ÇáãíÊ¡ æÃãÑ Ãä íÕÇã Úäå ÇáÕæã¡ ÝÇáÕÏÞÉ Úä ÇáãæÊì ãä ÇáÃÚãÇá ÇáÕÇáÍÉ¡ æßÐáß ãÇ ÌÇÁÊ Èå ÇáÓäÉ Ýí ÇáÕæã Úäåã. æÈåÐÇ æÛíÑå ÇÍÊÌ ãä ÞÇá ãä ÇáÚáãÇÁ: Åäå íÌæÒ ÅåÏÇÁ ËæÇÈ ÇáÚÈÇÏÇÊ ÇáãÇáíÉ æÇáÈÏäíÉ Åáì ãæÊì ÇáãÓáãíä. ßãÇ åæ ãÐåÈ ÃÍãÏ æÃÈí ÍäíÝÉ¡ æØÇÆÝÉ ãä ÃÕÍÇÈ ãÇáß æÇáÔÇÝÚí.)"
Kedua2 pandangan ulama' ini membahaskan ibadat badaniyah sampai atau tidak kepada si-mati. Kesemuanya setuju bahawa 3 perkara yang disebut didalam hadith (sedekah, ilmu & do'a anak) sampai kepada si-mati termasuklah ibadat harta.
-------------
Apa yang dikatakan Solat Hadiah atau Solat Fidyah bagi si-mati tidak ada didalam Islam. Tidak ada nas atau dalil mengenai solat solat tersebut dan seseorang Islam tidak boleh mereka2 sesuatu amalan yang tidak dibawa oleh Nabi :saw. Sabda Nabi :saw :
Memadai dengan Solat Jenazah dan do'a2 agar Allah swt mengampunkan dosa2nya. Tidak terdapat nas khas yang membolehkan solat2 khas untuk dihadiahkan kepada si-mati. Menurut Syeikh Dr Mahmud Asyour, wakil Universiti al-Azhar :-
Apa yang wujud didalam bab Solat keatas si-Mati adalah, bagi anak2 (pewaris) bolehlah menunaikan solat yang telah dinazarkan bagi pihak ibu atau bapa mereka. Tidaklah ada solat khas yang dinamakan Solat Fidyah atau Solat Hadiah yang boleh dilakukan secara berjemaah untuk disampaikan kepada si-mati.
Komentar IslamOnline terhadap amalan mengupah orang untuk melakukan solat keatas si-mati :-
ÇáÃæáì :Ãä ÇáÕáÇÉ ÚÈÇÏÉ ÈÏäíÉ ãÍÖÉ áÇ ÊÌæÒ ÝíåÇ ÇáäíÇÈÉ .
ÇáËÇäíÉ :Ãä ÇáÕáÇÉ ÚÈÇÏÉ áÇ íÌæÒ ÝíåÇ ÇáÇÓÊÆÌÇÑ ¡áÃäåÇ ãä ÇáÞÑÈÇÊ .
1. Solat adalah ibadat badaniyah semata2 dimana melakukannya (bagi pihak si-mati) tidak dibenarkan.
2. Solat adalah Ibadat, Tidak boleh keatasnya diupah, kerana sesungguhnya ia adalah dari amalan2 yg mendekatkan diri kepada Allah." [Fatwa IslamOnline no: 84108]
--------------------
Disini kita dapat lihat bahawa ulama' berselisih pandangan mengenai samada sampai atau tidak amalan solat dikirimkan pada si-mati. Ada dikalangan ulama' yang menolak sama sekali ganjaran solat boleh sampai kepada si-mati. Jumhur mengatakan Solat Qadha' tidak boleh diqadakan oleh orang yang hidup. Terdapat juga hadith Ibn Abbas menasihatkan agar si-anak perempuan menunaikan nazar ibunya yang ingin bersolat di masjid Quba'. Hadith2 ini masih tidak lari lari lingkungan amalan anak2 yang soleh yang melakukan amalan baik dihadiahkan kepada kedua2 orang tua mereka yang telah meninggal.
Apa yang menarik amalan keatas si-mati adalah, persetujuan ulama'2 mengenai do'a dan istigfar kepada si-mati yang sudah tentu sampai kepadanya, mengapa tidak diwarwarkan??. Syiekh Ibn Utsaimin rh (Fataawa Ibn Utsaimin, 21/267) menyatakan bahawa jika benar2 amalan puasa, haji dsb adalah merupakan amalan keutamaan yang perlu dilakukan kepada si-mati, sudah tentu terdapat hadith2 khusus yang menekankan hal yang sedemikian. Nabi :saw hanya membenarkan sahaja (approve) perbuatan sahabat, akan tetapi tidak menggalakkan. Amalan2 keutamaan keatas si-mati adalah :
a. Berdo'a
b. Mohon agar Allah swt mengampunkan dosa2 mereka
Tambahan bagi ibu-bapa mereka yang telah meninggal :-
c. Menghormati kawan baik ibu-bapa kita.
d. Merapatkan silatul rahim dengan kawan2 ibu-bapa
:aklam, wassalam
=========
Rujukan :
1. Markas Fatwa pengawasan Dr Abdullah al-Faqih. ÃÞæÇá ÇáÚáãÇÁ Ýí æÕæá ËæÇÈ ÇáÕáÇÉ Úä ÇáãíÊ . URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=11599&Option=FatwaId
2. Markas Fatwa pengawasan Dr Abdullah al-Faqih. åá ÇáÕáÇÉ Úä ÇáãíÊ ãÔÑæÚÉ . URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=8132&Option=FatwaId
3. Syeikh Dr Mahmud Asyour. ÇáÕáÇÉ Úä ÇáãíÊ. URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=42081
4. Fatwa IslamOnline. ÇÓÊÆÌÇÑ ÔÎÕ ááÕáÇÉ Úä ÇáãíÊ . URL :http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=84108
خيرالأمين