:salam
Saya temui beberapa hadith Bukhari dan Muslim yang berlainan dan harap tuan dapat menerangkan yang mana yang lebih baik untuk diguna dan dihujjah.
Pertama, amalan Mengumpulkan dua tapak tangan. Lalu ditiup dan dibacakan Qul huwal-lahu ahad, Qul a’uudzu birabbil falaqi dan Qul a’uudzu birabbin naas. Kemudian dengan dua tapak tangan mengusap tubuh yang dapat dijangkau dengannya. Dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan, ia diulang sebanyak tiga kali.
Hadith lain pula menyebut bahwa Rasulullah Õáی Çááå Úáíå æÓáã ketika ingin tidur, baginda menggabungkan kedua tangannya, meludah sedikit pada keduanya, membaca ayat Kursi, Mu'awwidzatain, al-Kafirun, al-Ikhlash tiga kali, kemudian baginda mengusap bagian depan tubuhnya dengan keduanya, mulai wajahnya, lehernya, dadanya, perutnya, dan kedua kakinya.
Yang ke dua pula ialah amalan tasbih, tahmid dan takbir. Adakah tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali juga atau tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali.
Dan yang ke tiga ialah antara dua doa ini:
ÈöÇÓúãößó Çááøóåõãøó ÃóãõæúÊõ æóÃóÍúíóÇ
atau
ÈöÇÓúãößó Çááøóåõãøó õ óÃóÍúíóÇæÃóãõæúÊ
ÌóÒóÇßó Çááåõ ÎóíúÑðÇ
Al-Hamdulillah…..
Al-Jawab ,
Kesemua hadis yang disebutkan oleh saudara di atas adalah bertaraf sahih , sebagaimana berikut :
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam ( ÇáÏÚÜÜÜæÇÊ ) Bab “al-Ta’auwuz dan bacaan ketika tidur” (11/129) no : 6319
Untuk hadis ini saya tidak menjumpai kaedah Rasulullah saw berludah sedikit pada kedua tapak tangan.Walaubagaimana pun terdapat hadis yang lain yang menceritakan tentang suruhan membaca ayat al-Kursi ketika mendatangi tempat tidur iaitu yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (8/672) hadis no : 5010
Begitu juga dengan amalan membaca surah al-kafirun sebelum tidur yang mana dengan membacanya akan menyelamatkan si pembaca daripada bahaya syirik sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (7/391) hadis no : 3363 , Imam Ahmad dalam musnadnya : (5/456) , Abu Daud (4/313) hadis no : 5055 .
Hadis ini pula diriwayatkan oleh Bukhari dalam ( ÇáÏÚÜÜÜæÇÊ ) bab “Takbir dan tasbih” (11/123) hadis no : 6318 , dan juga diriwayatkan oleh Imam Muslim pada kitab ( ÇáÜÜÐßÑ æÇáÏÚÜÜÇÁ ) bab “Bacaan Tasbih di awal hari” (4/80/2091) hadis no : 2727.
Hadis ini sebenarnya adalah menceritakan bagaimana Rasulullah saw menenangkan keresahan Saidatina Fatimah ra yang ingin mencari Khadam sebagai pembantunya dengan mengatakan bahawa amalan membaca tasbih , tahmid dan takbir sebanyak 33 kali ketika hendak tidur adalah lebih baik daripada khadam.
Hadis ini diriwayatkan Imam Bukhari dalam ( ÇáÏÚÜÜÜæÇÊ ) bab “Apa yang diucapkan ketika tidur” (11/117)hadis no : 6312 dan juga diriwayatkan oleh Imam Muslim pada kitab ( ÇáÜÜÐßÑ æÇáÏÚÜÜÇÁ ) (4/59/2083) hadis no : 2711
Berbalik kepada persoalan saudara tentang yang mana satu lebih baik diamalkan ialah apa yang penting , apabila kesemua hadis yang tersebut di atas adalah sahih ,maka bolehlah kita mengamalkan mana-mana daripada hadis-hadis tersebut mengikut kesesuaian masa dan tempat.Ini kerana , hadis-hadis tersebut adalah sahih dan thabit dari amalan Rasulullah saw sendiri atau saranan Rasulullah saw kepada para sahabat radhiallahu anhum ajma’in.
Berbeza keadaannya , jika berlaku pertembungan sesuatu amalan antara hadis sahih dan dhoif , maka sudah tentulah yang perlu didahului dan diamalkan ialah amalan yang bersandarkan kepada hadis atau dalil-dalil yang sahih.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com