:salam mengenai tahlil, para tabien dan tabiut yg buat betullke?? tetiba saja ad hamba allah kata ia dr tabiin dan tabiiut?? adakah ia benar?? setau saya imam syafi'i dr kalangan tabi'in dan tabi'ut kan?? kalu slh tlg btulkan...
Sumber Rujukan Islam Anda..
:wassalam alJawab:
Upacara berkumpul di rumah si mati untuk selamatan yang dipimpin oleh pak lebai dengan membawa wirid dan kemuncak wirid itu ialah membaca tahlil. Maka dinamakan majlis tahlil arwah (Malaysia) atau tahlilan di Indonesia.
Jika di kalangan tabi'in, ialah Imam Syafi'iy dan Imam Syafi'iy, beliau mencela amalan tahlilan arwah dalam kitabnya al-Umm, bahawa Imam Syafi'iy membenci berhimpun di rumah mayyit." sedangkan masa itu hanya berkumpul sahaja tanpa ada upacara tahlilan. Itupun sudah dicela oleh Imam Syafi'iy, jika ada upacara membaca tahlil beramai-ramai, sudah tentu Imam Syafi'iy akan bertambah benci akan amalan begitu.
Maka dakwaan si fulan itu adalah dusta dan zaman tabi'in dan tabi' tabi'in adalah zaman keemasan Islam, yakni Islam tanpa bid'ah. Islam murni dan asli. WA