SJ-10-0025 : Telur penyu & Telur Buaya

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0025 : Telur penyu & Telur Buaya

:salam

Moga ahli panel dirahmati Allah SWT,

Saya ada kemusykilan mengenai hukum pemakanan terhadap dua bahan tersebut iaitu :
1- Telur penyu, tuntung dan telur buaya = Bolehkah ianya dimakan??

2- Bhgn dalaman dari binatang buas dan berbiasa(harimau/ular)seperti hati dan hempedu = Bolehkan dimakan samada mentah atau dimasak?? kerana ada pendapat kata ianya utk dibuat ubat...
Pohon jasa baik ahli panel huraikan masalah tersebut..

Sekian, :wassalam

Re: Telur penyu & Telur Buaya

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr anakMINANG04 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

1a. Buaya - menurut pandangan yang sahih bahawa adalah haram memakannya, kerana ia juga duduk didarat dan mempunyai taring, walaupun ia menghabiskan masa yang lama didalam air, akan tetapi sebab yang awal tadi mendahului hukum (binatang darat yang bertaring). Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa buaya diharamkan oleh Mazhab Syafie dan Hanbali :

æááÇÓÊÎÈÇË Ýí ÇáÊãÓÇÍ ; æáÃäå íÊÞæì ÈäÇÈå æíÃßá ÇáäÇÓ .
"Kerana kotornya buaya dan sesungguhnya ia kuat pada taringnya dan buaya memakan orang"

Sudah tentu telur buaya juga haram dimakan.

1b. Penyu - Binatang yang memang tinggal di laut dan juga yang tinggal di darat, tiada khilaf dikalangan ulama'. Akan tetapi, binatang yang hidup didalam dua alam, wujudnya khilaf dikalangan ulama', ternasuklah penyu. Berkata Dr Abdullah Faqih :-

ÃÌÇÒ ÇáÚáãÇÁ Ãßá ÇáÓáÍÝÇÉ áÚãæã Þæáå ÊÚÇáì : (ßáæÇ ããÇ Ýí ÇáÃÑÖ ÍáÇáÇð ØíÈÇð ) æÞæáå ÃíÖÇ (æÞÏ ÝÕá áßã ãÇ ÍÑã Úáíßã ) æÞÇáæÇ Úä ÊÐßíÉ ÇáÓáÍÝÇÉ: ãÇ íÚíÔ Ýí ÇáÈÑ íÐßí ÈáÇ ÎáÇÝ Ýí Ðáß ¡ æãÇ íÚíÔ Ýí ÇáÈÑ æÇáÈÍÑ ßßáÈ ÇáãÇÁ æÇáÓáÍÝÇÉ ÝÇÎÊáÝæÇ Ýíå Èíä ãä ÞÇá ÈÇáÊÐßíÉ¡ æãä áã íÞá ÈåÇ ¡ æÇáÃæáì ÇáÊÐßíÉ ÎÑæÌÇ ãä ÇáÎáÇÝ .
"Ulama; membenarkan memakan penyu atas umum perintah Allah swt :- (Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik 2:168) dan juga firmannya (padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu 6:119) dan mereka bercakap mengenai rekomendasi penyu : apa yang hidup di darat, tidak ada perselisihan mengenainya, dan apa di bumi dan laut seperti anjing air dan penyu tersedapat khilaf dikalangan mereka, mereka yang rekomen berkata : sesiapa yang tidak mempercayainya, dicadangkan mula2 sekali keluar dari perselisihan"

Ibn Qudamah rh. didalam al-Mughni mengatakan bahawa penyu boleh dimakan sekiranya disembelih. Katanya :

ßá ãÇ íÚíÔ Ýí ÇáÈÑ ãä ÏæÇÈ ÇáÈÍÑ , áÇ íÍá ÈÛíÑ ÐßÇÉ , ßØíÑ ÇáãÇÁ , æÇáÓáÍÝÇÉ , æßáÈ ÇáãÇÁ , ÅáÇ ãÇ áÇ Ïã Ýíå , ßÇáÓÑØÇä , ÝÅäå íÈÇÍ ÈÛíÑ ÐßÇÉ .
"Semua yang hidup didarat dari kalangan binatang laut, tidak halal tanpa disembelih, sebagaimana burung laut, penyu, anjing laut, melainkan ia tidak berdarah seperti ketam dihalalkan tanpa sembelih"

Dikalangan ulama' yang berpegang kepada pandangan ini membenarkan memakan telur penyu.

2. Mengenai berubat dengan menggunakan barangan2 haram, disini saya mengambil petikan pandangan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, didalam bab (ÖÑæÑÉ ÇáÏæÇÁ) dalurat kerana berubat, didalam buku halal dan haram (ms 49-50) (terjemahan Ustaz Zainys, al-ahkam) :-

æÃãÇ ÖÑæÑÉ ÇáÏæÇÁ -ÈÃä íÊæÞÝ ÈÑÄå Úáì ÊäÇæá ÔíÁ ãä åÐå ÇáãÍÑãÇÊ- ÝÞÏ ÇÎÊáÝ Ýí ÇÚÊÈÇÑåÇ ÇáÝÞåÇÁ.. Ýãäåã ãä áã íÚÊÈÑ ÇáÊÏÇæí ÖÑæÑÉ ÞÇåÑÉ ßÇáÛÐÇÁ¡ æÇÓÊäÏ ßÐáß Åáì ÍÏíË "Åä Çááå áã íÌÚá ÔÝÇÆßã ÝíãÇ ÍÑã Úáíßã".
æãäåã ãä ÇÚÊÈÑ åÐå ÇáÖÑæÑÉ æÌÚá ÇáÏæÇÁ ßÇáÛÐÇÁ¡ ÝßáÇåãÇ áÇÒã ááÍíÇÉ Ýí ÃÕáåÇ Ãæ ÏæÇãåÇ¡ æÞÏ ÇÓÊÏá åÐÇ ÇáÝÑíÞ -Úáì ÅÈÇÍÉ åÐå ÇáãÍÑãÇÊ ááÊÏÇæí- ÈÃä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÑÎÕ Ýí áÈÓ ÇáÍÑíÑ áÚÈÏ ÇáÑÍãä Èä ÚæÝ æÇáÒÈíÑ Èä ÇáÚæÇã ÑÖí Çááå ÚäåãÇ áÍßÉ -ÌÑÈ- ßÇäÊ ÈåãÇ. ãÚ äåíå Úä áÈÓ ÇáÍÑíÑ¡ ææÚíÏå Úáíå.
æÑÈãÇ ßÇä åÐÇ ÇáÞæá ÃÞÑÈ Åáì ÑæÍ ÇáÅÓáÇã ÇáÐí íÍÇÝÙ Úáì ÇáÍíÇÉ ÇáÅäÓÇäíÉ Ýí ßá ÊÔÑíÚÇÊå ææÕÇíÇå.
æáßä ÇáÑÎÕÉ Ýí ÊäÇæá ÇáÏæÇÁ ÇáãÔÊãá Úáì ãÍÑã ãÔÑæØÉ ÈÔÑæØ:
Ãä íßæä åäÇß ÎØÑ ÍÞíÞí Úáì ÕÍÉ ÇáÅäÓÇä ÅÐÇ áã íÊäÇæá åÐÇ ÇáÏæÇÁ.
ÃáÇ íæÌÏ ÏæÇÁ ÛíÑå ãä ÇáÍáÇá íÞæã ãÞÇãå Ãæ íÛäí Úäå.
Ãä íÕÝ Ðáß ØÈíÈ ãÓáã ËÞÉ Ýí ÎÈÑÊå æÝí Ïíäå ãÚÇ.
Úáì ÃäÇ äÞæá ããÇ äÚÑÝå ãä ÇáæÇÞÚ ÇáÊØÈíÞí¡ æãä ÊÞÑíÑ ËÞÇÊ ÇáÃØÈÇÁ: Ãä áÇ ÖÑæÑÉ ØÈíÉ ÊÍÊã ÊäÇæá ÔíÁ ãä åÐå ÇáãÍÑãÇÊ -ßÏæÇÁ- æáßääÇ äÞÑÑ ÇáãÈÏà ÇÍÊíÇØÇ áãÓáã ÞÏ íßæä Ýí ãßÇä áÇ íæÌÏ Ýíå ÅáÇ åÐå ÇáãÍÑãÇÊ.

"Darurat kerana berubat ialah, kesembuhan suatu penyakit bergantung kepada makanan yang diharamkan. Mengenai hal ini, para fuqahak telah berselisih pendapat mengenainya. Sebahagian mereka tidak menganggap berubat dalam keadaan ini sebagai darurat yang memaksa sebagaimana dalam masalah makan. Pendapat ini bersandarkan kepada Hadis:

Ertinya: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang Ia haramkan atas kamu." (Riwayat Bukhari)

Sebahagian fuqahak pula mengatakan bahawa ia dapat digolongkan di dalam keadaan darurat. Mereka menganggap masalah memakan ubat sama seperti masalah makan (boleh makan yang diharamkan ketika darurat). Dalil golongan yang membolehkan memakan yang haram kerana berubat ialah, Nabi Muhamad s.a.w. pernah memberi rukhsah (keringanan) memakai sutera kepada Abdul Rahman bin Auf dan al-Zubair bin al-Awam r.a. Ini disebabkan penyakit yang menimpa mereka berdua, sedangkan pemakaian sutera adalah dilarang dan pemakainya diancam.

Barangkali inilah pendapat yang lebih hampir kepada roh Islam yang bersifat sentiasa melindungi kehidupan manusia. Sifat ini boleh kita perolehi di dalam setiap pensyariatan dan pesan-pesannya.

Namun, rukhsah (keringanan) memakan ubat yang mengandungi bahan yang diharamkan ada beberapa syaratnya, iaitu:

1. Dapat benar-benar merbahayakan kesihatan jika tidak memakan ubat berkenaan.
2. Tidak terdapat ubat lain yang halal sebagai penggantinya.
3. Hal ini disahkan oleh doktor yang dapat dipercayai dari sudut kepakaran dan agamanya.

Dapat kami katakan dari apa yang kami ketahui berdasarkan kepada kenyataan yang berlaku dan bersandarkan kepada kenyataan doktor-doktor yang dapat dipercayai: Bahawa tidak ada darurat perubatan yang sampai ke peringkat terpaksa memakan sesuatu yang diharamkan sebagai ubat. Cuma, kami di sini hanya menetapkan prinsipnya sahaja sebagai langkah berjaga-jaga (ihthiati) kepada orang Islam yang kadangkala berada di suatu situasi di mana tidak ada apa-apa melainkan yang diharamkan sahaja. " -[tamat petikan]
===========

Sekian, wassalam
-------------
Rujukan :

1. Markas Dr Abdullah Faqih. Íßã Ãßá ÇáÓáÍÝÇÉ. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=71513

2. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. al-Halal wa al-Haram fi Islam. cet. 27. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2002.

3. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. al-Halal wa al-Haram fi Islam. terjemahan Ust Zain. URL : http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=7098

خيرالأمين