:salam
ada satu jenama bir tanpa alkohol dari iran yang akan dijual di negara ini tak lama lagi...namanya ISTAK....dikatakan mampu membina tenaga dan mengurangkan tekanan....diperbuat dari malt.....ini sangat mengelirukan....
apa hukum meminum bir ISTAK dari iran ini?
adakah ia sama dengan arak?
faisal tehrani yang mempromosi bir ini dalam blognya
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Bir tanpa tanpa alcohol yang diberi nama ISTAK ini telah lama berada di pasaran Timur Tengah dan mendapat sijil halal kerajaan Iran. Cuma di Malaysia, buat pertama kalinya sebuah syarikat, Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman jenama ISTAK' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.
Minuman ini dikatakan dihasilkan dari pemilihan malt (barli yang diperam) yang paling berkualiti. Kandungan alkoholnya adalah 0.0%.
Cuma apa yang ditegur oleh Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan FOMCA ialah menggunaan istilah BIR HALAL dan BIR TIDAK HALAL yang agak mengelrukan masyarakat.
Lihat : http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.702.2
Lihat : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm
Sila lihat komentar Ustaz Jailani Ahmad atau dikenali dengan Ustaz Jai didalam blog beliau :- http://ustjai.wordpress.com/2009/05/13/beer-halal/
Sekian, wassalam
خيرالأمين