SJ-11-0036 : HUTANG ZAKAT

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0036 : HUTANG ZAKAT

Perlukah kita yang masih hidup ini melangsaikan hutang zakat bagi simati?? Disini saya ingin bertanyakan pendapat kepada yang lebih arif, terima kasih.

SJ-11-0036 : HUTANG ZAKAT

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr shahriz2002 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tanggungan ibadat zakat tidak akan terlepas bagi seseorang Islam walaupun masa telah berlalu. Menurut Imam al-Nawawi rh. :-

ÅÐÇ ãÖÊ Úáíå Óäæä æáã íÄÏ ÒßÇÊåÇ áÒãå ÅÎÑÇÌ ÇáÒßÇÉ Úä ÌãíÚåÇ
"Jika banyak tahun telah berlalu dan dia belum membayar zakat keatasNya, maka dia wajib membayar kesemua zakatnya" [al-Majmu' 5/302].

Bagi kes mereka yang telah mati, ia bergantung kepada ketaatan seseorang itu. Jika semasa hidupnya dia merupakan seorang yang sentiasa membayar zakat, maka menjadi tanggungjawab warisnya membayarkan bagi pihakNya. Berikut merupakan fatwa yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin :-

ÅÐÇ ßÇä åÐÇ ÇáÑÌá ÇáãÓÄæáõ Úäå íÎÑÌõ ÇáÒßÇÉó Ýí ÍíÇÊå ¡ æáßä Êã ÇáÍæáõ æãÇÊ ¡ ÝÚáì ÇáæÑËÉö ÅÎÑÇÌõ ÇáÒßÇÉ ö¡ áÞæáå Õáì Çááå Úáíå æÓáã : ( ÇÞÖæÇ Çááå ¡ ÝÇááå ÃÍÞ ÈÇáæÝÇÁ ) .
æÃãÇ ÅÐÇ ßÇä ÊÚãøóÏó ÊÑß ÅÎÑÇÌ ÇáÒßÇÉ ¡ æãóäÚóåÇ ÈÎáÇð : ÝåÐÇ ãÍáøõ ÎáÇÝò Èíä ÇáÚáãÇÁ ÑÍãåã Çááå æÇáÃÍæØ æÇááå ÃÚáã Ãä ÇáÒßÇÉó ÊõÎÑóÌ º áÃäå ÊÚáøóÞó ÈåÇ ÍÞøõ Ãåáö ÇáÒßÇÉö ÝáÇ ÊÓÞØ ¡ æÞÏ ÓÈÞ ÍÞøõ Ãåá ÇáÒßÇÉ Ýí åÐÇ ÇáãÇáö ÍÞøó ÇáæÑËÉ ¡ æáßä áÇ ÊÈÑÃõ ÐãÉ ÇáãíÊ ÈÐáß º áÃäå ãÕÑøñ Úáì ÚÏãö ÇáÅÎÑÇÌ ¡ æÇááå ÃÚáã

"Jika lelaki ini merupakan bertanggung jawab mengeluarkan zakat semasa hayatnya, akan tetapi 1 tahun berlepas dan dia mati, maka si-warisnya hendaklah mengeluarkan zakat, kerana Nabi :saw bersabda :'Selesaikan hutang dengan Allah, kerana hutang Allah lebih berhak diselesaikan'.

Akan tetapi, jika dia (semasa hayat) sengaja meninggalkan mengeluarkan zakat ; maka perkara ini khilaf (di perselisihkan) dikalangan ulama' . Jalan yang selamat - wallahu'alam - zakat hendaklah dikeluarkan, kerana ia bersangkutan dengan hak mereka yang boleh menerima zakat dan tanggungjawab ini tidak boleh dihilangkan. Hak orang yang berhak menerima zakat mengatasi Hak pewaris keatas harta, akan tetapi kewajipan si-mati tidak terlepas didalam kes ini, kerana dia sengaja tidak membayar. Wallahu'alam." [Majmu' fataawa Ibn Utsaimin, 18/43].

Dengan kata lain, harta yang diwariskan kepada si-pewaris lebih selamat di zakatkan Hak yang sepatut diberi kepada penerima zakat, berdasarkan keutamaan wajibnya zakat. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين