:salam
apakah hukum menjual rokok??adakah sumber hasil pendapatan penjualan rokok itu HALAL??apa yang saya tahu, majlis fatwa kebangsaan telah menfatwakan rokok itu HARAM, adakah hukumnya sama dengan penjualan ARAK??. Arak diharamkan kerana memudaratkan, begitu juga dengan rokok,
ia diharamkan kerana memudaratkan, walapun tiada satu pun ayat al-quran dan al-hadith yang mengharamkan Rokok (berdasarkan pengetahuan saya).
p/s: Ustaz yang hisap rokok kompen akan putar belit benda ni......hehe
:wassalam
alJawab:
1. Rokok adalah haram. Keharaman sesuatu dalam Islam tsabit melalui nas yang qat'iy seperti arak, manakala rokok tsabit melalui nas-nas yang umum atau universal, antara nas-nas umum:
a. (Yang mengikut Muhammad) menghalalkan untuk mereka semua yang baik-baik dan mengharamkan untuk mereka semua hal yang buruk.) AQT 7:157.
Ulasan: Nah siapa cakap rokok tidak disebut, bukankan rokok termasuk dalam semua hal yang jelik dan buruk?
b. (Dan janganlah kalian melakukan melakukan perbuatan bunuh diri) AQT 4:29. Ulasan: merokok adalah perbuatan bunuh diri secara perlahan.
c. (dan janganlah kalian campakkan diri kalian dalam kebinasaan) AQT 2: 195. Ulasan: merokok dgn terangan mencampakkan perokok dalam kebinasaan.
d. ( dan dosa keduanya (arak dan judi) lebih besar dari manfa'atnya) AQT 2:219 Ulasan: Rokok menyamai arak dan judi, di mana kemudharatannya mengalahkan kebaikannya.
e. (Tidak ada makanan mereka melainkan dari pohon yang berduri. makanan tersebut tidak menyebabkan kegemukan dan tidak menghilangkan rasa lapar. ) AQT 88: 5-6 Ulasan: rokok adalah menyamai makanan penduduk neraka, tidak menyihatkan perokok dan tidak menghilangkan rasa lapar dan dahaga perokok
2. kebanyakan rumah fatwa negara2 umat Islam mengharamkan rokok dan antara ulama' tersohor yg mengharamkan ialah Prof al-Qardhawi dan Syaikh Ibn Baz
3. Adapun alasan perokok dan peniaga rokok mendakwa rokok tiada ayat dalam al-Qur:an (perihal haramnya merokok) adalah petanda kejahilannya akan dua ayat:
a. (Tidak ada sesuatupun yang tertinggal dari alkitab) AQ 6: 38
Ulasan: mafhum ayat ini ada benda yang AlQur:an sebut dgn nama spt khamar, judi dan babi, dan yg lain cukup AQ sebut sifatnya (spt rokok) Kalau alQur:an nak senaraikan semua benda, maka ia tidaklah setipis spt sekarang, tentulah berjilid-jilid. cukup AQ sebut dua tiga benda secara khusus dan yang lain memadai disebut sifat-sifatnya
b. (Nabi) mengharamkan utk mereka segala yang buruk-buruk) AQ 7: 157
Ulasan: rokok termasuk dalam segala sesuatu yang buruk-buruk.
4. menjawab soalan anda bahawa bisnes rokok adalah juga haram bila zat rokok itu sudah dikenalpasti haram. berdasarkan larangan Nabi SAW."
Sesungguhnya Allah pabila Dia mengharamkan sesuatu, maka diharamkan juga harganya." (HR Ahmad dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani, Ghayatul Maram)
Rujukan:
1. Halal dan Haram fil Islam lil Qardhawi
2. Hukm atTadkhin lil Syaikh Muhammad Jamil Zeenoo
sekian