SJ-11-0092 : Tukaran wang asing

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0092 : Tukaran wang asing

Assalammualaikum...
Saya ada sedikit pertanyaan pasal tukaran wang ni...pertama sekali saya nak minta maaf sbb terpaksa tanya gak kat sini...saya dah cari dekat laman web http://www.zaharuddin.net tapi penerangan nye terlalu detail sampai saya pun pening sbb banyak terms yg tak paham...tak reti nak adapt masuk situasi saya ni...lagi satu, dekat web ahkam pun cam tak banyak sangat lagi pasal isu ni...so saya tanya lah berdasarkan situasi saya sendiri...

Bermula kisahnya cam ni...saya sekarang belaja di US...dah nak abis belaja ni ada lah saudara mara suruh tolong beli barang pastu nak bayar balik kan...soalan saya:
Diorang nak bayar balik tu kan...kena bayar ikut tukaran wang asing semasa(masa nak bayar tu) ataupun ikut nilai tukaran wang masa saya beli barang tu?Saya cuma takut ada unsur riba...

Timer kasih kerana tolong jawab ye... ::wink:

SJ-11-0092 : Tukaran wang asing

:wassalam

al-Jawab:

apa yg anda hadapi tu bukanlah masuk dalam kategori tukarang wang asing atau forex. Ini kerana tukarang wang asing berlaku bila anda membuat urusniaga di bursa atau pembelian menggunakan kad kredit semasa di luar negara. Ini saja yang melibatkan riba.

Dalam kes anda, katakan anda membeli set pinggan mangkuk USD$ 200 di WalMart sebelum bertolak pulang ke Malaysia. Exchange rate semasa pembelian ialah RM 3.75 = 1 USD. Maka bila anda menyerahkan barangan itu kepada sedara mara anda, maka mereka hendaklah menjelaskan pada kadar tukarang 3.75 juga, walaupun rate sekarang ialah RM semakin menokok berbanding dgn USD (maksudnya RM semakin kukuh berbanding dgn USD). Jika anda nak ambil untung pun boleh juga jika anda ada mentaliti business. tapi jika sekadar nak tulong sedara mara, maka mintalah mereka bayar exchange rate ketika anda membeli barangan tersebut di US. WA